Friday, December 26, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

Sempena kedatangan tahun hijrah 1430H ini, aku mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Hijrah' kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga tahun hijrah yang baru ini bakal membawa seribu keberkatan dan kerahmatan.
Semoga dosa-dosa kita sepanjang tahun lalu kepada Allah s.w.t. diampunkan olehNya. Dan dosa-dosa kita sesama manusia dimaafkan oleh mereka. Diharapkan agar kita dapat membuka suatu lembaran baru dalam hidup kita. Jadikanlah kekurangan yang telah berlaku pada tahun lalu sebagai iktibar untuk kita melangkah dengan lebih maju ke hadapan. Semoga kita dapat meningkatkan prestasi kerja buat kita dan amal ibadah kita. Semoga Allah s.w.t. akan membantu kita dalam segala urusan kita. Terutamanya dalam usaha kita untuk menjadi di kalangan hamba-hambaNya yang ta'at, patuh dan bertaqwa kepadaNya. 'Kullu 'Am wa Antum Bikhair'

Tuesday, December 23, 2008

Gambar menyayat hati 1429/2008

Gambar yang menyayat hati yang telah berlaku pada 1429/2008

A man carries the body of a child recovered from the rubble of a destroyed house after an air strike in Baghdad’s Sadr City in Iraq on April 29, 2008. (REUTERS/Kareem Raheem)

Saturday, December 20, 2008

Beraya Haji di Mesir

Assalamualaikum wrt wbt

Maaf kerana baru-baru ini pada raya Aidil Adha aku terlupa untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam kerana aku terlalu leka. Bila aku teringat, sudah pun raya.

Namun walaubagaimanapun aku berharap semoga sesiapa saja yang melakukan ibadah korban baru-baru ini ibadahnya diterima oleh Allah s.w.t dan diberikan ganjaran yang setimpal.

Pada raya haji baru-baru ini, pengalaman aku beraya di Mesir agak berbeza dengan pengalaman aku beraya Aidilfitri. Kerana jika pada raya ‘Aidilfitri aku beraya di Kaherah, ibukota Mesir. Pada raya haji baru-baru ini aku beraya di luar Kaherah. Iaitu di suatu tempat bernama Syibin. Aku sengaja beraya di luar Kahrah untuk merasakan pengalaman baru beraya di Mesir.

Syibin terletak lebih kurang 60km daripada Kaherah. Ia adalah sebuah bandar kecil tetapi bukanlah kampung. Memang terdapat beberapa kawasan pertanian sebelum memasuki pekan Syibin, tetapi kerana di dalamnya terdapat beberapa kilang besar maka aku tidak menganggapnya sebagai kampung.

Di Mesir umumnya, sebelum hari raya, banyak gerai-gerai bermusim menjual kambing dan lembu didirikan di tepi-tepi jalan. Kelihatannya seperti gerai-gerai penjual-penjual lemang yang tumbuh pada musim raya di KL. Bayangkanlah kalau gerai-gerai yang menjual lemang di tepi-tepi jalan KL tu dipenuhi dengan puluhan kambing. Itulah gambarannya gerai-gerai menjual binatang korban di sini.
Salah satu gerai menjual binatang korban

Raya haji di Mesir pada tahun ini adalah dalam musim sejuk. Suhu pada pagi raya mungkin sekitar 16 darjah celcius. Agak sejuk juga di pagi raya, apatah lagi untuk mandi sunat di pagi raya. Disebabkan aku belum terbiasa dengan sistem pemanas air di rumah yang aku tumpangi, maka terpaksalah aku mandi dengan air yang walaupun sejuk.

Kami pergi solat raya berjalan kaki dari rumah ke stadium. Solat hari raya di Syibin diadakan di stadium. Hampir seluruh penduduk Syibin menunaikan solat raya di sana. Hampir penuh satu padang bola dengan penduduk Syibin. Termasuk yang hadir adalah wakil rakyat dan pembesar-pembesar Syibin.

Bergambar bersama penuntut Malaysia di Syibin dan sebahagian penduduk Syibin selepas solat di stadium.


Selepas solat, aku ingatkan aku boleh menyaksikan orang Mesir melakukan ibadah korban secara beramai-ramai, rupanya orang Mesir tidak melakukan ibadah korban secara bergotong-royong. Mereka melakukan korban masing-masing. Sesetengah mereka membawa lembu korban yang telah mereka beli ke tukang penjual daging dan mengupah tukang jual daging tersebut untuk menyembelih lembu korban mereka di luar kedai penjual daging itu. Sesetengah yang lain pula melakukannya sendiri di rumah-rumah mereka. Oleh kerana di Mesir tiada sistem longkang, maka darah binatang korban hampir memenuhi sesetengah jalan. Darah itu kemudian akan dibasuh.
Kebanyakan orang Mesir menyembelih kambing. Kebanyakkan mereka menyembelihnya di atas bumbung-bumbung rumah mereka. (Rumah-rumah di Mesir berbumbung petak tidak seperti di Malaysia). Namun tiada orang Mesir yang menyembelih unta.

Aku tidak sempat pulang ke Kaherah untuk menyaksikan ibadah korban yang dilakukan oleh penuntut-penuntut Malaysia di Kaherah. Dengarnya agak meriah. Kerana banyak ekor unta, lembu dan kambing yang mereka tumbangkan. Di sini ada beberapa keping gambar acara mereka itu.

Wednesday, December 3, 2008

DOWNLOAD EBOOK AL-MA'THURAT

Sila klik pada gambar untuk download ebook Al-Mathurat.

Sila klik di sini untuk download MP3 Al-Ma'thurat.