Assalaamu'alaikum Baru-baru ini, iaitu dari 17hb hingga 26hb April 2009, telah berlangsung di PWTC, KL, Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) 2009. Seperti biasa, lebih seminggu ianya diadakan, Dan seperti biasa, akulah orang yang jarang melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Namun tidak seperti pada PBAKL sebelum-sebelum ini, pada tahun ini, aku terlambat sedikit mengunjunginya. Aku mula menjengahnya pada hari ke 5. Tidak seperti biasa. Biasanya pada awal-awal ia dirasmikan aku telah menjengahnya. Ada banyak sebabnya mengapa kali ini aku terlewat sedikit. Antaranya, bajet buku aku untuk tahun ini sudah habis. Aku telah menggunakannya ketika aku mengunjungi pesta buku Mesir baru-baru ini. Sebab itulah semangat aku untuk membeli buku di PBAKL ini sudah tiada. Dan sebab itu jugalah aku melambatkan kunjunganku ke sana. Aku biasanya pada awal-awal PBAKL dirasmikan aku telah menjengahnya kerana aku tidak mahu terlepas buku-buku yang terkadang awal-awal lagi sudah kehabisan. Untuk mengela...