Skip to main content

Serangan Israel di Tahun Baru 2009

Aku bukannya tidak peka terhadap isu Palestin yang sedang berlaku saat ini di sana punca aku tidak menulis apa-apa post di blog aku sejak peristiwa itu berlaku. Aku amat peka tentang isu itu. Pada hari pertama pengeboman Israel terhadap Gaza aku telah mengikuti liputannya yang agak panjang lebar di berita di TV Mesir. Namun aku tidak berkesempatan untuk mencoretkan apa-apa tentangnya.

Aku mengikuti apa sahaja reaksi masyarakat antarabangsa tentang isu itu. Terutamanya reaksi masyarakat Malaysia sendiri. Serangan Israel kali ini agak luar biasa dari serangan-serangan mereka sebelum ini. Hinggakan ada yang menyifatkannya sebagai serangan mereka terhebat abad ini.

Aku seperti sesetangah orang lain, tiada kata-kata yang dapat aku luahkan untuk mengambarkan rasa sedih, simpati, kekesalan dan kebimbanganku terhadap apa berlaku di sana. Banyak persoalan bermain difikiranku; antaranya, mengapakah Israel semakin berani melakukan serangan yang agak besar terhadap Palestin? Sepangjang pengetahuanku sejak aku mula mengenali isu Palestin, Israel tidak pernah melakukan serangan sehebat ini. Ini membuktikan mereka semakin berani. Apakah punca Israel semakin berani? Ada orang mengatakan bahawa Israel sedang mengambil kesempatan terhadap tempoh pertukaran kuasa yang berlaku di Amerika. Mungkin benar. Mungkin dahulu pun mereka pernah membuat taktik yang sama. Tetapi adakah benar alasan politik Amerika adalah alasan mereka semakin berani? Alasan politik Amerika atau politik Israel bukanlah alasan yang tepat. Alasannya aku rasa adalah kerana inilah masanya yang tepat untuk melakukan serangan yang sebegitu. Kerana umat Islam yang ada sekarang adalah umat Islam yang lemah dibandingkan dengan umat Islam tahun dahulu. Aku katakan umat Islam tahun ini ialah kerana jika tidak, tentu Israel tidak berani menyerang sebegitu jika umat Islam seperti umat Islam dahulu. Sebabnya adalah umat Islam adalah lemah. Mengapa lemah? Jawapannya ada disekiling kita. Cubalah kita fikirkan sendiri. Tiada apa-apa tindakan yang kita lakukan untuk memberi jalan keluar yang sebenar kepada rakyat Palestin. Apa yang kita mampu lakukan hanyalah melihat, meratap dan...(pelbagai lagi tindakan yang tidak menyelesaikan masalah) Orang Arab Mesir sendiri yang terkenal dengan kekuatan tubuh mereka dan kepekaan mereka terhadap isu ini, seperti kita juga, mereka hanya sekadar mampu membuat demostrasi jalanan yang bukan sahaja tidak didengari oleh rakyat Palestin malah oleh kerajaan Israel sendiri.

Aku tidak mahu menulis panjang tentang isu ini kerana bagiku cukuplah tulisan-tulisan penulis lain mengambarkan kedahsyatan serangan kali ini. Laungan dan tulisan sudah cukup banyak di mana-mana. Perkara yang kita perlukan adalah tindakan. Keadaan iman kita semakin lemah. Sehinggakan musuh kita semakin berani.

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Membaca Novel

Ini adalah suatu topik yang telah lama aku pendamkan untuk menulisnya. Aku sering menangguhkan hasratku untuk menulisnya kerana sebelum ini aku tiada sokongan pendapat daripada orang lain. Namun baru-baru ini ketika aku sedang menyelak sebuah buku aku terjumpa suatu pendapat yang hampir serupa dengan pendapatku. Iaitu tentang kesan negatif membaca novel. Buku yang aku maksudkan adalah buku tulisan Dr. ‘Aidh Al-Qarni yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan judul “Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia”, (ianya kepunyaan seorang perempuan). Aku terpandang sedikit kata-katanya mengenai keburukan sesetengah novel. Iaitu baginya sesetengah novel boleh membuatkan manusia khayal, tidak berpijak di dunia yang nyata malah membahayakan diri mereka sendiri. Beliau berkatanya: “ Sesungguhnya kebahagiaan anda terletak pada ilmu pengetahuan dan pandangan hidup yang lurus, sedangkan hal seperti itu tidak diperolehi dari kisah-kisah romantic atau murahan yang membuat pembacanya mengkhayal dan melay...

Nasyid B. Inggeris Maher Zain (Mumtaz)

Assalaimu'alaikum. Aku tak pasti adakah dia sudah dikenali di Malaysia atau belum. Dan adakah lagu-lagunya telah dimainkan di ikim.fm. Kalau belum, anda boleh mendengarnya melalui pautan di bawah nanti. Bagiku lagu-lagunya best-best belaka dan berstandard barat betul. Jarang kita jumpa orang arab dapat menyanyikan lagu barat berstandard barat betul. Aku juga tak pasti tentang dirinya dan bila albumnya mula muncul. Aku mendapat maklumat tentangnya di blog teman aku. Nanti sesiapa yang ingin mendengar lagu-lagunya dalam MP3 boleh cek di blog teman aku itu. Menurut satu laman web dia orang Lubnan dan dia pernah menyanyi di USA. Albumnya mula muncul sejak Ogos 2009. Rupanya klip-klip lagunya pun sudah banyak di youtube. Bagi mereka yang memegang fatwa boleh muzik boleh layan lagu-lagunya. Tetapi bagi mereka yang memegang fatwa haram muzik sila abaikan sahaja posting ini. Senarai lagu-lagunya. 01. Always Be There.mp3 669.0KB 02. Ya Nabi Salam Alayka.mp3 749.9KB 03. Inshallah.mp3 670.7K...

Makkah dikejutkan dengan hujan lebat 2 jam

Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Makkah hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarng sekali menerima hujan. Cuaca panas di tanah suci Makkah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lalu dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam. Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Makkah, Aziziah, Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya. Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Makkah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam. Aliran trafik Kota Makkah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas. Kota Makkah berdebu berikutan pe...