Skip to main content

Anekdot: Ramalan yang Tepat

Assalamu’alaikum wrt. Wbr.

Sudah lama aku tidak mengupdate blog aku. Masalahnya adalah urusan-urusanku tidak mengizinkan aku untuk mencari idea-idea untuk menulis. Kebetulan baru-baru ini aku mendapat sedikit peluang. Lalu aku menyiapkan 3 artikel. Tapi malangnya setelah siap artikel-artikel itu, aku gagal mempostkannya. Aku tidak tahu apa puncanya. Setiap kali aku cuba sign in, aku gagal. Aku sangkakan server blogspot.com yang ada problem. Jadi ku biarkan. Namun tetap aku mencuba untuk beberapa hari sehingga seminggu. Tidak juga dapat. Tadi aku ke TM Point. Ketika di sana aku mencuba menggunakan internet freenya. Aku cuba sign in ke blogku, rupanya boleh. Rupa-rupanya tiada apa-apa masalah pada blogspot.com. Sahlah yang berproblem adalah PC aku.
Artikel ini aku postkan menggunakan laptop orang lain. Genuhlah aku nanti. Jika setiap kali aku hendak post posting baru aku terpaksa pinjam laptop orang.

Baiklah ini bingkisanku...

Anekdot: Ramalan Islam yang tepat

Baru-baru ini ketika aku sedang membelek sebuah kitab Arab, iaitu kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah, karangan Ibn Kathir, aku terbaca sebuah kisah yang menarik tentang suatu ramalan yang pernah dibuat yang tepat berlaku seperti apa yang diramalkan.

Kisah itu berlaku sekitar tahun 833M. Ramalan tersebut adalah tentang kejayaan tentera Islam menawan kembali kota Bait Maqdis daripada tangan tentera kristian yang telah menawannya semenjak sekian lama.

Apa yang menarik adalah dikisahkan bahawa terdapat seorang ahli tafsir bernama Ibn Barjan. Beliau pernah menulis di dalam kitab tafsir al-Qurannya pada tahun 822M bahawa umat Islam akan berjaya menawan kota Bait Maqdis pada tahun 833M. Iaitu 11 tahun selepas dia menulisnya. Dan perkara itu terjadi tepat seperti apa yang diramalkan. Iaitu selepas 11 tahun kemudian!

Sungguh menakjubkan! Bagaimana dia boleh memberi ramalan yang sebegitu tepat tentang kemenangan itu? Pengarang (Ibn Kathir) memetik kata-kata Abu Hasan As-Sakhawi yang memberi komentar terhadap peristiwa tersebut bahawa perkara itu bukan daripada Ilmu Huruf (iaitu ilmu ramalan yang bersumberkan huruf-huruf). Tetapi dia telah mengambil kesimpulan daripada awal surah Ar-Rum iaitu firman Allah s.w.t. yang bererti: “Alif Laam Miim, Rom telah dikalahkan di bumi yang rendah. Dan mereka setelah mereka dikalahkan mereka akan menang dalam beberapa tahun”. (Surah ar-Rum: Ayat 2)

Apa yang bermain di fikiranku adalah bagaimana dia dapat mengambil kesimpulan daripada ayat tersebut untuk memberi ramalan itu? Sungguh hebat ilmunya. Jangan salah sangka. Bukan segala ilmu tentang angka-angka itu benar. Lihat di sini.

Baiklah, sekadar ini sahaja bingkisanku. Semoga ada faedah yang kita boleh dapatkan daripada kisah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Membaca Novel

Ini adalah suatu topik yang telah lama aku pendamkan untuk menulisnya. Aku sering menangguhkan hasratku untuk menulisnya kerana sebelum ini aku tiada sokongan pendapat daripada orang lain. Namun baru-baru ini ketika aku sedang menyelak sebuah buku aku terjumpa suatu pendapat yang hampir serupa dengan pendapatku. Iaitu tentang kesan negatif membaca novel. Buku yang aku maksudkan adalah buku tulisan Dr. ‘Aidh Al-Qarni yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan judul “Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia”, (ianya kepunyaan seorang perempuan). Aku terpandang sedikit kata-katanya mengenai keburukan sesetengah novel. Iaitu baginya sesetengah novel boleh membuatkan manusia khayal, tidak berpijak di dunia yang nyata malah membahayakan diri mereka sendiri. Beliau berkatanya: “ Sesungguhnya kebahagiaan anda terletak pada ilmu pengetahuan dan pandangan hidup yang lurus, sedangkan hal seperti itu tidak diperolehi dari kisah-kisah romantic atau murahan yang membuat pembacanya mengkhayal dan melay...

Bersolat di Mesir

Mungkin agak pelik tajuk ini. Namun setelah aku terangkan nanti mungkin baru dapat difahami maksudnya. Bersolat di Mesir sebenarnya tiada apa-apa perbezaannya dengan solat di mana-mana. Orang Islam Mesir bukanlah bermazhab Maliki yang mempunyai banyak perbezaan solatnya dengan solat mazhab-mazhab lain. Contoh solat mazhab Maliki; tangan dilepaskan, jari digerakkan dalam tasyahhud dan sebagainya. Orang Mesir kebanyakkannya bermazhab…Syafie. Jadi cara mereka solat adalah sama dengan kita. Aku teragak-agak untuk mengatakan bahawa mereka bermazhab Syafie adalah kerana sepanjang aku solat subuh di masjid di Mesir hanya sekali sahaja imamnya membaca Qunut subuh . Namun sebenarnya bukanlah perkara ini yang ingin aku tonjolkan di sini. Apa yang aku ingin kongsikan adalah praktik mereka bersolat. Kelainan orang Mesir bersolat adalah antaranya; bagi pekerja atau peniaga yang tidak pergi solat berjemaah, mereka biasanya akan bersolat di kali lima kedai atau restoran mereka atau di mana-mana ruang...

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: Part I

Mulai hari ini 19hb Mac 2010 hingga 28hb Mac akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 (PBAKL) di bangunan PWTC, KL. Inilah saat yang di tunggu-tunggu oleh ulat-ulat buku. Di sini, aku belum ada apa-apa komen tentangnya. Aku cuma mahu memperingatkan sahaja tentang tarikhnya. Kerana masih ada orang yang bertanya kepadaku tentangnya. Tentang komen tentangnya, insyaAllah di PBAKL part II. InsyaAllah petang ini atau esok pagi aku akan menyempatkan diri menjenguknya. Mudah-mudahan ada buku-buku yang menarik yang sesuai dengan aku yang boleh aku bawa pulang. Di sini pautan laman web rasmi PBAB. Dan di sini pula adalah pautan peta kedudukan gerai-gerai pameran.