Selamat menyambut Ramadhan kepada semua rakan neters. Rasanya agak terlewat aku mengucapkan salam ’ceria’ ini. Maklumlah tidak berkesempatan. Namun, kalaupun terlewat, setidak-tidak aku telah mengucapkannya kepada semua sebelum Ramadhan lagi. Tetapi dalam bentuk e-kad. Dalam bentuk essay...inilah kali pertama aku mengucapkannya untuk tahun ini. Diam tak diam, tidak sampai separuh bulan sahaja kita berpuasa. Cukup pantas masa berlalu. Rasanya bagai belum terasa sangat kehangatan puasa kali ini, tidak lama lagi ia akan pergi. Tumpuan manusia pun belum penuh terhadapnya dan mereka kini beralih pula kepada tumpuan perkara lain. Iaitu persiapan hari raya. Bagi kakitangan kerajaan, mungkin ada di kalangan mereka memikirkan tentang adakah dapat bonus atau tidak raya kali ini. Bagi yang baru berkahwin; mungkin tentang beraya di mana tahun ini. Bagiku, pada awal Ramadhan tahun ini, masih terasa lagi akan suasana Ramadhan yang aku lalui di Mesir pada tahun lalu. Walaupun sudah setahun berlalu. S...