Wednesday, December 16, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431H


Gambar Hukum Hudud di Somalia




Penduduk lihat hukuman rejam yang MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.

MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh. Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

“Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman.

“Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya. “Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

“Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya.
SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.

“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. – Agensi

*Gambar & berita: Kosmo!

Thursday, November 26, 2009

Monday, November 23, 2009

Syiekh Abu Bakar Awang Meninggal Dunia...Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

(Gambar: Abu Bakar dengan anak-anak muridnya)

oleh: Ismail Hashim

ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.

Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Ketika dihubungi di hospital, Mudir MTID, Syeikh Abdul Majid Abu Bakar An-Nadwi berkata, jenazah akan disolat dan dikebumikan di perkuburan Masjid Raudhatus-Solehin, Derang bersebelahan sahabat karibnya, Ustaz Niamat.


Ustaz Abu Bakar yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh ulamak negara, Dato’ Dr Haron Din sangat mahir dalam bidang Feqah Muamalah dan menulis beberapa buku ilmiah mengenainya. Beliau meninggalkan empat cahayamata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketika dihubungi Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengucapkan takziah mewakili PAS negeri itu dan menyifatkan pemergian Ustaz Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar kepada agama dan negara.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azri Ahmad mengesahkan, Ustaz Abu Bakar menjadi Timbalan Ketua dewan itu dari 1995 hingga 2000 di bawah Al-Marhum Ustaz Azahari Abdul Razak.“Dewan Ulamak PAS Kedah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini yang berkorban jiwa raga di atas jalan perjuangan kebenaran, semoga Allah SWT mencucuri Rahmat-Nya ke atas rohnya,” ujar Azri.

irwannadwi: Dia adalah guruku.

Thursday, November 19, 2009

Kita ibarat pinggan


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat…

Kredit untuk isuhangat.net

Wednesday, November 4, 2009

Barzakh Airlines


Diadaptasi dari artikel berbahasa Indonesia.

Gambar hiasan


Jadual penerbangan tuan-tuan dan puan-puan tidak tertera di mana-mana, namun tuan-tuan dan puan-puan jangan bimbang, kerana nama tuan-tuan dan puan-puan telah ada direkodkan untuk perjalanan ini.

Tuan-tuan dan puan-puan diharapkan sentiasa bersedia kerana tuan-tuan dan puan-puan akan berangkat pada bila-bila masa sahaja.

Diharapkan, tuan-tuan dan puan-puan dapat menunggu di “jalan yang lurus” sehingga nama tuan-tuan dan puan-puan dipanggil.

Informasi tentang perjalanan ini tidak dapat didapati daripada brosure-brosure penerbangan biasa, tetapi ia melalui Al-Qur’an dan Al-Hadis.

Sila ambil perhatian, pesawat penerbangan tuan-tuan dan puan-puan bukan Air Asia Airlines, MAS Airlines, ataupun Firefly Airlines. tetapi Al-Jenazah Airlines.

Tiada had berat bagi bagasi tuan-tuan dan puan-puan kerana bagasi tuan-tuan dan puan-puan bukan lagi beg-beg seberat 23Kg, tetapi amalan baik buruk tuan-tuan dan puan-puan semasa di dunia, tak lebih dan tak kurang.

Tuan-tuan dan puan-puan diingatkan agar tidak membawa sebarang benda atau harta ke dalam pesawat kerana ianya tiada kaitan lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan dikehendaki memakai sejenis pakaian seragam, iaitu kain kafan berwarna putih.

Semasa di dalam pesawat, tuan-tuan dan puan-puan akan diberikan di tempat yang berasingan yang standard iaitu liang selebar 4x7 kaki. Tiada business class atau ekonomi class disediakan.

Pesawat ini tidak memerlukan kemudahan tandas dan lampu. Kerana kemudahan-kemudahan itu tidak lagi diperlukan di sini.

Kemudian para petugas malaikat akan mendatangi melayani tuan-tuan dan puan-puan bagi bertanyakan beberapa soalan lazim.

Untuk memudahkan tuan-tuan dan puan-puan, sila buat amalan baik sebanyak mungkin di dunia ini supaya pertanyaan mereka dapat dijawab dengan sempurna. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat menjawabnya.

Untuk makluman, tuan-tuan dan puan-puan tidak dapat menghubungi sesiapa sepanjang penerbangan di dalam pesawat. Kerana tiada talian talifon disediakan.

Destinasi pendaratan tuan-tuan dan puan-puan adalah Akhirat Airport di mana tuan-tuan dan puan-puan akan diadili di Padang Mahsyar di sana.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah yang telah disediakan.

Perjalanan ini akan mengambil masa dalam tempoh yang tidak diketahui. Diharapkan, tuan-tuan dan puan-puan dapat bersabar.

Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat tiba dengan selesa ke destinasi tuan-tuan dan puan-puan dan dapat menikmati ganjaran-ganjaran yang baik di padang mahsyar kelak.

Kematian Airlines

Tuan-tuan dan puan–puan, pesawat kita akan transit di Padang Mahsyar Airport untuk menukarkan pesawat ke Syurga Airport atau Neraka Airport.

Sila semak tiket amalan anda untuk memudahkan mengenal pasti destinasi yang dituju.

Semoga penerbangan tuan-tuan dan puan-puan dirahmati Allah. Sekian, terima kasih.

Sambungan versi asal Indonesia

Penerbangan ini tidak akan dibajak atau dibom, karena itu, anda tidak perlu bimbang tentang keselamat anda.

Sajian tidak akan disediakan, anda tidak perlu risau masalah alahan atau halal haram makanan.

Jangan risaukan tentang pembatalan, penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya.

Jangan pikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda hilang selera bersuka ria.

Jangan bimbang tentang pembelian tiket, ia telah siap di booking sejak ruh anda ditiupkan di dalam rahim ibu.

YA…BERITA BAIK !!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh karena itu bergembiralah selagi bisa! Dan sekiranya anda bisa!

Hanya ingat! Penerbangan ini datang tanpa ‘Pemberitahuan’. Cuma perlu ingat!! Nama anda telah tertulis dalam tiket untuk Penerbangan. …

Saat penerbangan anda berangkat… tanpa doa Bismillahi Tawakkaltu ‘Alallah, atau ungkapan selamat jalan.Tetapi Lailahaillallah….

Anda berangkat pulang ke Rahmatullah. Mati.

ADAKAH KITA TELAH SIAP UNTUK BERANGKAT?

Sunday, October 4, 2009

Ta'ziah Buat Mangsa Gempa

Ta’ziah buat mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Kesedihan dan kesukaran yang kalian tanggung tentunya cukup besar. Kerana itu tiada kata-kata yang layak diungkap untuk menggambarkan rasa simpati. Semoga kalian bersabar terhadap ujian Allah s.w.t. Dan semoga Dia memberikan kalian yang ganjaran pahala yang besar ke atas kesabaran kalian.

Thursday, September 17, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Jangan lawat Indonesia?

Isu kemarahan segetintir warga Indonesia terhadap rakyat Malaysia akibat iklan promosi Malaysia yang dibuat oleh Discovery Channel yang mengandungi ‘tarian Pentet’ yang akhirnya mengakibatkan Malaysia dan warganya diprovokasikan membuatkan aku rasa tidak selesa.

Di sini, aku tidak hendak mengulas isu tersebut secara terperici. Mungkin orang lain boleh mengulasnya. Cuma apa yang aku ingin kongsikan di sini adalah tentang sedikit pendapatku dalam isu ini.

Pagi tadi aku membaca beberapa sms yang dihantar oleh pembaca sebuah akhar tempatan kepada akhbar itu. Rata-rata mereka geram terhadap sikap segelintir rakyat Indonesia yang melakukan provokasi tersebut. Marah benar mereka.

Tapi apa yang aku tertarik adalah ada satu surat yang disiarkan dari seorang pembaca yang menyarankan agar rakyat Malaysia tidak melawat Indonesia. Dia menyarankan agar rakyat Malaysia bertukar memilih untuk melawat negara-negara jiran Malaysia yang lain seperti Thailand, Singapore dan lain-lain.

Bagiku, lihatlah akibat yang akan ditanggung oleh rakyat Indonesia jika terus berfikiran pendek dan mengikut amarah mereka.

Aku rasa mereka yang melakukan provokasi itu kebanyakkan hanya mengikut provokasi tanpa berfikir rasionalnya yang mendalam. Malaysia sudah pun menjelaskan punca isu tarian tersebut. Tentang lagu ‘Terang Bulan’ pula, terang-terang mereka yang tersalah. Kerana lagu itu bukan asal milik Indonesia. Di youtube ada lagu asalnya.

Di sini, aku mahu mengajak mereka memikirkan tentang beberapa perkara yang terkini:

Selepas kejadian pengeboman di Jakarta baru-baru, Indonesia tentu bimbang jika bilangan pelancong ke Negara mereka berkurangan selepas banyak kejadian seumpama itu yang berlaku. Ia boleh menyebabkan para pelancong merasa terancam untuk melancong di sana. Dari segi diplomatiknya, mereka tentu meminta belas agar negara lain tidak mengeluarkan larangan agar rakyat mereka tidak melawat negara itu agar bilangan pelancong tetap ada.

Sedangkan sepatutnya mereka tidak menerima lawatan pelancong lagi. Kerana keadaan yang tidak selamat di sana. Namun bukan sahaja tiada larangan dari Malaysia, malah Malaysia membantu mempromosikan negara mereka selepas kejadian itu dengan menyiarkan iklan pelancongan ke negara itu di celah-celah buletin utama Malaysia.

Apalah sangat dengan suatu tarian kecil daripada darah manusia yang sanggup ditumpahkan?

Kalaulah orang Malaysia bertukar kepada melawat Negara kafir. Tidakkah itu satu lagi kerugian apabila orang kafir mendapat manfaat daripada harta orang Islam? Sedangkan orang Islam sepatutnya menolong orang Islam.

Jadi sekadar ini dan jika ada warga Indonesia yang singgah di blog ini fikir-fikirkanlah pendapat aku.

Tuesday, September 8, 2009

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua rakan neters. Rasanya agak terlewat aku mengucapkan salam ’ceria’ ini. Maklumlah tidak berkesempatan. Namun, kalaupun terlewat, setidak-tidak aku telah mengucapkannya kepada semua sebelum Ramadhan lagi. Tetapi dalam bentuk e-kad. Dalam bentuk essay...inilah kali pertama aku mengucapkannya untuk tahun ini.

Diam tak diam, tidak sampai separuh bulan sahaja kita berpuasa. Cukup pantas masa berlalu. Rasanya bagai belum terasa sangat kehangatan puasa kali ini, tidak lama lagi ia akan pergi. Tumpuan manusia pun belum penuh terhadapnya dan mereka kini beralih pula kepada tumpuan perkara lain. Iaitu persiapan hari raya. Bagi kakitangan kerajaan, mungkin ada di kalangan mereka memikirkan tentang adakah dapat bonus atau tidak raya kali ini. Bagi yang baru berkahwin; mungkin tentang beraya di mana tahun ini.

Bagiku, pada awal Ramadhan tahun ini, masih terasa lagi akan suasana Ramadhan yang aku lalui di Mesir pada tahun lalu. Walaupun sudah setahun berlalu. Suasananya dan gambarannya bagai masih terasa dan masih segar diingatan. Teringat aku kepada pengalaman berbuka, bersahur, berterawih, melihat para remaja dan orang dewasa yang membaca al-Quran di mana-mana dan berbagai-bagai lagi. Walaupun puasa di sana tidak semeriah di Malaysia, tapi ianya cukup bermakna.

Tahun ini, aku kembali berpuasa di tempat asalku. Terasa bagai terlalu lama aku meninggalkannya dan bagai banyak perubahan berlaku. Banyak perkara yang aku kekok melaluinya pada awalnya. Walaupun keadaan itu tidaklah lama. Padahal baru setahun atau ‘sepenggal’ aku meninggalkannya. Aku bagai kekok mahu membeli juadah berbuka puasa yang beraneka warna dan jenis (di mesir tak banyak pilihan), bershopping (di Mesir, pakai baru tahun lepas aje), pergi ke tempat-tempat yang aku biasa ziarahi dahulu di bulan Ramadhan dan sebagainya. Memang terdapat sedikit perubahan. Kudapati Masjid Kampong Baru yang aku sering bersolat tarawih padanya ada sedikit perubahannya. Suasana Masjidnya dan masjid-masjid lain pun ada perubahan.

Baiklah. Hanya sekadar ini coretanku di kali yang singkat ini. Semoga apa yang kita amalkan sepanjang Ramadhan ini diterima Allah s.w.t. Semoga kita dapat menjadi insan-insan yang bertaqwa. Ramadhan Karim.

Wassalam.

Thursday, August 20, 2009

Monday, August 17, 2009

Sunday, August 16, 2009

Apa itu H1N1?



viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico .virologi virus H1N1
incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hari. ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakitpesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.
Siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
Simptom2

day 1 – rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 – selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 – sakit dada yg teruk……..jumpa doktor dengan segera…….
day 5 and above lung collapse @ koma
Langkah2 kawalan
1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.
Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.
(Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.)
http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/
Untuk maklumat dalam Bahasa Inggeris sila lihat di sini: What Is Swine Flu? How Is Swine Flu Treated?

Sunday, August 2, 2009

Pengwarwaran: Seminar Takhrij Hadith

SEMINAR TAKHRIJ HADITH: REALITI DAN KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA

Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut:
1- Mendedahkan keperluan dan usaha takhrij hadith dalam masyarakat serantau.
2- Mengenal pasti peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat awam serantau.
3- Mengenal pasti cabaran dan rintangan dalam memastikan kesahihan hadith-hadith Nabi s.a.w
TEMA
"Ilmu Takhrij Pemangkin Keutuhan Maklumat"

Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut:

  • Ilmu Takrij Dan Kaedah-Kaedah Takhrij
  • Keperluan dan Kepentingan Takhrij Di Institusi Pengajian Tinggi dan Dalam Masyarakat Awam
  • Cabaran dan Permasalahan Dalam Mentakhrij Hadith
    Takhrij Menggunakan Kaedah ICT
  • Keperluan Takhrij Dalam Bidang Aqidah, Fiqh, Tasawuf
    Keperluan Takhrij Kitab-Kitab Jawi
  • Keperluan Takhrij Dalam Buku-Buku Bacaan Awam/ Surat khabar/majalah/khutbah Jumaat
  • Bahaya Penyebaran Hadith-Hadith Palsu Dan Terlalu Daif dalam Masyarakat
    Mekanisme Menangani Penyebaran Hadith Palsu Dan Daif
  • Keperluan E-hadith Dalam Takhrij Hadith
TARIKH 30 dan 31 Disember 2009 (Rabu & Khamis)
TEMPAT Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.
PENGANJUR Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur
KERJASAMA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Pembentang kertas kerja utama terdiri daripada:

Prof. Dato' Dr. Mohd. Yakub@Zulkifli Hj Mohd Yusoff (UM)
Prof Dr Muhammad Abu Layth Khayr Abadi (UIAM)
Prof Dr Jawiah Dakir (UKM)
Prof Madya Dr Fauzi Deraman (UM)
Prof Madya Dr. Rozdi Othman (USM)
Prof. Madya Dr. Ishak Hj Suliaman (UM)
Prof Madya Dr. Abdullah Benyousef Kareena (Prince of Songkla University)
Dr Lutfi Fathullah (UIN Jakarta,Indonesia)
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI SEMINAR INI, BOLEH KEMUKAKAN ABSTRAK KE EMEL: http://groups.yahoo.com/group/blalang_group/post?postID=rRbgbD3n0E3LmSdATU80e1GQ2XRGYd7jmGm-2ScqF3gTaj1HUiD38RifjFmvOvyu7ZkI8YGYDt47Cx7n.
Semua Muslimin dan Muslimat, Para Pelajar, Ahli Akademi di jemput hadir dan menyertai seminar ini.

p/s: Aku hanya tolong mengwarwarkan sahaja. Aku tiada kena mengena dengan seminar ini.

Sunday, July 19, 2009

Radio Islamik Online Negara Jiran



Siaran radio yang baik dari Pulau Batam, Indonesia. Siarannya penuh dengan bacaan-bacaan Al Quran, hadis, doa. Tidak dicemari dengan lagu-lagu yang melalaikan.

Bagi sesiapa yang tinggal di selatan Johor, mereka boleh mencapai siarannya di 106.00 dan bagi sesiapa yang ingin mendengarnya melalui internet bolehlah ke http://www.hang106.com/

Sunday, June 28, 2009

Diet Rasulullah S.A.W













Benefits:
- Milk contains vitamins and minerals that fruits have.
- Pressed Dates help the liver resist toxic elements using the anti-toxic or antibiotics that the dates contains.
- Pressed dates help the body get rid of the harmful chemical elements that the body has to deal with, like the lead that a high rate of it in the body can cause renal failure.






Sunday, June 7, 2009

Empayar Nestle (Mesti baca)





100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.
Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.
Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.
Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.
Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ? Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:
Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.
Saya terjemahkan di sini:
Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat MalaysiaBukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?
Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

Fakta yang hilang?Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.
Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:
O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.
Saya terjemahkan di sini:
O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.
Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.
Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.
Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam
Sumber rujukan: InMinds.co.uk

Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. Sumber>>
Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.
R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.
Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.
Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!
Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.
Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.
Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.
Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.
Apa Pendirian Kita?
Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.
Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?
Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?
Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.
Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.
Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?
Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!
Kredit kepada : kami-peduli

Sunday, May 31, 2009

Keajaiban di peperangan Gaza


Assalamualaikum...

Buat pedoman kita...yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah. yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang. Allah-hu-akbar.

Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut danmemusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakahyang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah.

Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah

Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.

Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allahswt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai. Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih.

Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .


Kredit kepada :Ustaz Halim www.inijalanku. wordpress. com

Tuesday, April 28, 2009

Tip berucap di khalayak ramai


Menurut kebanyakan pendapat, penyampaian ucapan atau ceramah yang baik bergantung pada tiga perkara utama:
  • Siapakah yang menyampaikan?

  • Bagaimanakah maklumat tersebut disampaikan?

  • Apakah yang disampaikan?

Jika diteliti, faktor orang yang menyampaikan diletakkan paling atas sekali dalam senarai.

Mengapa? Lazimnya, apabila dimaklumkan bahawa akan ada satu ceramah di tempat anda, apakah perkara pertama yang akan anda tanya? Soalannya pasti "Siapa penceramahnya?" Identiti penceramah sangat penting kerana identiti merupakan daya penarik bagi penganjur untuk menarik lebih banyak penonton.

Walaupun terdapat hanya seorang penceramah yang terkenal dan penceramah lain ialah penceramah biasa yang belum dikenali, daya tarikan dan reputasi penceramah utama tadi mampu untuk menarik kehadiran penonton.

Situasi yang sama juga berlaku dalam penganjuran sesuatu konsert. Apabila tiket konsert mula dijual, penganjur akan meletakkan nama penyanyi yang paling terkenal di atas untuk menarik perhatian peminat. Penganjur juga akan membuat berbagai-bagai helah untuk memastikan penonton tidak meninggalkan konsert lebih awal dengan meletakkan penyanyi pujaan mereka di akhir konsert.

Sebagai bukti penyanyi tersebut hadir, mereka mungkin akan menampilkannya pada permulaan rancangan dengan janji bahawa beliau akan muncul semula. Dengan ini, peminatnya tidak mungkin akan berganjak.

Begitulah pentingnya daya tarikan yang ada pada seseorang penyampai yang baik. Semua ini merupakan reputasi yang dibina sejak awal pembabitan dalam bidang ini dan digilap oleh pengalaman.

Faktor kedua pula ialah cara maklumat disampaikan. Dua orang yang berlainan boleh menyampaikan ceramah dengan menggunakan teks ucapan yang sama tetapi kesannya kepada penonton sudah pasti berbeza.

Bagi topik dan ayat yang sama, sebenarnya boleh disampaikan dengan pelbagai lenggok bahasa, penekanan suara pada perkataan tertentu dan gerak-geri badan yang mengiringi penyampaian tersebut. Situasi ini banyak berlaku kepada pemandu pelancong kerana bagi setiap destinasi, mereka mempunyai skrip untuk bercerita tentang latar belakang tempat yang dilawati kepada pelancong. Bagaimanakah maklumat tersebut disampaikan? Penuh semangat, sambalewa ataupun bersahaja?

Cara penyampaian sangat penting kerana hal ini boleh menimbulkan mood yang berbeza kepada pelancong. Lawatan ke Tugu Negara misalnya boleh menjadi satu pengalaman yang biasa ataupun boleh menjadi sesuatu yang menarik dan menyentuh perasaan.

Pada satu lawatan ke Tugu Negara, terdapat dua kumpulan daripada dua agensi pelancongan yang berbeza. Bagi kumpulan pertama, pemandu pelancong tersebut memberikan penerangan kepada pelancong mengenai Tugu Negara, tahun Tugu Negara dibina, simboliknya dan sejarah yang membawa kepada pembinaannya.

Cara penyampaian adalah sangat bersahaja sehinggakan memberikan impresi bahawa Tugu Negara hanyalah salah satu daripada banyak tugu lain di Malaysia yang tidak ada keistimewaannya. Tidak ada seorang pun pelancong yang berminat untuk mengetahui perihal tugu tersebut dengan lebih lanjut lagi.

Berlainan pula dengan kumpulan yang kedua. Pemandu pelancong memulakan pengenalan kepada Tugu Negara sebagai sebuah tugu peringatan yang banyak memberi erti kepada negara. Cara penyampaian yang agak melankolik sungguh menyentuh hati dan pelancong yang datang turut menghargai pengorbanan askar-askar Melayu yang berjuang habis-habisan pada zaman sebelum kemerdekaan. Mereka turut tersentuh oleh semangat cinta akan negara yang ditunjukkan oleh askar-askar yang terkorban dalam memelihara kedaulatan negara.

Contoh di atas merupakan contoh terbaik untuk membezakan dua penyampaian yang berbeza dengan menggunakan maklumat yang sama. Setiap fakta yang diberikan oleh pemandu pelancong bagi kumpulan kedua telah disebut oleh pemandu pelancong bagi kumpulan pertama.Yang membezakan hanyalah cara penyampaian, gaya suara dan elemen emosi yang ditunjukkan.

Kebanyakan orang mungkin menyangka kandungan teks ucapan ialah faktor terpenting dalam memastikan sesuatu penyampaian berjaya. Tidak dinafikan kepentingannya tetapi seperti yang telah dijelaskan, dua individu mungkin menyampaikan teks yang sama tetapi cara penyampaian yang berbeza telah meletakkan satu ucapan itu pada tahap yang lebih baik daripada yang satu lagi.

Penyampaian yang baik akan berjaya menarik minat penonton untuk terus mendengar tanpa jemu dan hal ini membantu ke arah memastikan mesej yang ingin disampaikan sampai kepada penonton.

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan ‘penyampaian’ atau ‘delivery’? Adakah penyampaian satu perpindahan dari satu tangan ke tangan yang lain? Apabila anda membeli sebuah kereta, penjual kereta akan datang kepada anda dan memberikan kunci kereta berserta dokumen penjualan. Anda menerima semua perkara tersebut dan proses jual beli berakhir di situ. Adakah semudah itu dengan penyampaian sesuatu maklumat?

Sarina merupakan seorang novelis yang terkenal dan pada satu majlis, Sarina telah diminta untuk menyampaikan satu ucapan pendek tentang masalah penjualan novel di negara ini. Sebagai seorang novelis yang telah banyak menghasilkan novel yang bermutu tinggi dan mendapat sambutan yang sangat baik, Sarina tidak pernah merasakan keperitan untuk memastikan semua novelnya terjual. Dia tidak pernah terfikir langsung tentang masalah tersebut yang bagi pendapatnya, langsung tidak wujud.

Oleh sebab tidak terdapat sebarang kaitan antara perkara yang disampaikan dengan elemen emosi semasa Sarina menyampaikan masalah-masalah yang mungkin wujud, Sarina gagal untuk mengaitkan dirinya dengan topik tersebut. Akibatnya, penonton tidak dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Sarina kerana dia tidak mempunyai ‘nyawa’. Ucapannya bukan hasil nukilan dari hatinya. Apa yang disampaikan hanyalah berdasarkan cerita-cerita yang didengarinya daripada media massa dan juga teman-teman seperjuangan yang tidak bernasib baik, tidak seperti dirinya.

Yang dilakukan oleh Sarina bukanlah satu penyampaian. Hal ini kerana penonton tidak merasakan sesuatu mesej telah disampaikan kepada mereka dari hati dan dari minda penceramah ke hati dan ke minda mereka.Oleh itu, penting bagi setiap penceramah untuk mengetahui cara untuk menarik perhatian penonton, tidak bercakap sambalewa dan lebih sistematik dalam penyampaian.

1. Mulakan dengan sesuatu yang menarik perhatian penontonWalaupun anda kurang bersedia dari segi penyediaan teks, anda masih boleh menyampaikan sesuatu mesej dengan baik sekiranya berpengetahuan dalam topik tersebut. Namun, pada permulaan ucapan, pengenalan yang diberikan haruslah cukup menarik untuk melakar imej yang positif terhadap diri anda.

Sebagai contoh, walaupun Sarina tidak bersedia kerana dia tidak mempunyai pengalaman seperti yang tertulis dalam topik di atas, dia masih berupaya untuk ‘bercerita’ pengalaman yang pernah dialami oleh kawan-kawannya.Sarina boleh memulakan ucapannya dengan kenyataan yang menarik perhatian, seperti, "Dua minggu lepas, saya didatangi oleh rakan baik saya, yang juga merupakan novelis. Beliau banyak menulis cerita tentang percintaan kaum remaja. Dia datang dengan muka yang muram…" atau Sarina boleh memulakan dengan satu soalan, "Berapa orang di sini yang membaca surat khabar hari ini?"…atau "Berapa ramaikah di sini yang suka membaca novel?"Walau apa-apa jua teknik yang digunakan, pastikan teknik tersebut mampu menarik perhatian penonton supaya terus mendengar.

2. Pastikan penyampaian anda penuh bertenagaSeperti yang telah disarankan sebelum ini, variasi suara amat penting. Pastikan kelajuan suara anda perlahan apabila memperkatakan sesuatu yang agak dramatik dan pastikan anda membayangkan keceriaan apabila menceritakan perkara yang menggembirakan. Jangan lupa untuk berhenti apabila perlu. Bercakap tanpa henti seperti kereta api ekspres tidak akan membantu anda menyampaikan mesej.

Jangan hanya berdiri kaku di belakang rostrum tetapi berjalan ke hadapan apabila anda ingin menarik perhatian penonton dan berikan deskripsi dengan pergerakan tangan dan mimik muka anda. Pastikan setiap pergerakan mempunyai matlamat. Jangan mundar-mandir tanpa hala tuju kerana lambat laun penonton akan bosan. Sarina mungkin telah melakukan kesilapan kerana dia tidak bergerak dan tidak mencuba untuk memenangi hati penonton. Dia tenggelam dalam masalahnya sendiri yang merupakan konflik dalaman dirinya.

Sebelum membuat ucapan, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya beberapa jam sebelum masa yang dijadualkan. Mental dan fizikal yang cukup rehat sangat penting untuk mengelakkan rasa gugup. Anda juga harus memberikan perhatian pada perut anda. Kebanyakan penceramah hanya mengambil makanan yang ringan sahaja sebelum berucap. Jangan sekali-kali makan berlebihan kerana apabila perut terlalu kenyang, anda pula terpaksa berdiri untuk menyampaikan ucapan, peraliran darah akan tertumpu ke bahagian perut. Akibatnya, peraliran darah ke otak akan berkurangan dan hal ini menyebabkan anda lesu dan tidak boleh berfikir dengan baik.

Oleh itu, elakkan makan dengan banyak. Selepas menyampaikan ucapan, anda boleh sambung kembali makan makanan yang dihidangkan.

3. Pastikan ucapan anda sistematikAnda tidak perlu memerah otak untuk mencari idea yang banyak untuk membuat sesuatu pembentangan. Memadai dengan dua atau tiga idea yang baik. Susun idea berikut mengikut kepentingan dan sediakan fakta sokongan seperti contoh, definasi, testimonial atau statistik.

Alat bantuan visual juga boleh disertakan sebagai daya tarikan yang sesuai. Bagi Sarina, dia hanya perlu menyampaikan tiga perkara iaitu:

1. Status penjualan novel setakat ini – penjelasannya boleh disokong dengan statistik penjualan novel yang boleh didapati daripada penerbit.

2. Masalah yang dihadapi oleh novelis – novel tidak laku disebabkan oleh faktor-faktor tidak ada kualiti, strategi pemasaran yang lemah, kurang promosi dan sebagainya. Untuk tambahan, Sarina boleh berkongsi cara penerbit buku membuat promosi dan pemasaran.

3. Cara untuk mengatasi masalah ini – salah satu cadangan yang boleh Sarina utarakan adalah denganmenyarankan agar pihak kerajaan mengawal lambakan novel yang tidak berkualiti, tingkatkan kreativiti penulis agar mampu mengeluarkan novel mengikut kehendak orang ramai, penyelidikan tentang cita rasa pembeli dan sebagainya.

Walaupun Sarina tidak pernah mengalaminya, dia sepatutnya arif tentang keadaan pasaran semasa yang agak lembap dan mengaitkan pengetahuan dan pengalamannya.

4. Sertakan perkataan yang menunjukkan turutanPerkataan-perkataan seperti "Pertama," "Kedua," atau "Akhir sekali," boleh menjadi petunjuk yang sistematik kepada penonton mengenai struktur ucapan anda. Hal ini boleh membantu mereka untuk mengikuti perjalanan ucapan anda.Perkataan-perkataan ini juga boleh membezakan pengenalan, isi dan penutup ucapan anda secara keseluruhannya. Dengan ini, ucapan anda akan lebih sistematik dan penonton dapat memahami objektif ucapan yang disampaikan dengan mudah.

5. Ceritakan pengalaman anda. Teknik ini berkesan apabila anda membuat pembentangan terutama sekali dalam bidang teknikal. Lazimnya, bidang teknikal tidak begitu mudah untuk difahami, kecuali semua hadirin yang ada merupakan orang yang bekerja atau belajar dalam bidang ini. Untuk memudahkan pemahaman, anda boleh menceritakan pengalaman anda sendiri dengan bahasa yang mudah.

Berdasarkan pengalaman yang dilalui, anda mampu mengaitkan pendengar secara emosi dengan fakta yang anda ceritakan. Hanya pengalaman peribadi dapat mencapai impak sedemikian.

Apabila anda bercerita, ikutlah kronologi kejadian dengan memasukkan maklumat seperti orang yang terlibat, perkara yang terjadi, masa, sebab dan tempat. Jika anda menggunakan panduan ini, cerita anda tidak akan kekurangan fakta yang diperlukan untuk pemahaman.

Sebagai menambah keunikan pembentangan anda, anda boleh menggunakan alat bantuan visual seperti tayangan video pendek, carta flip dan sebagainya. Sebelum itu, pastikan anda menonton dahulu visual tersebut dengan duduk di tempat penonton dan di belakang sekali. Pastikan penonton yang duduk di belakang sekali dapat melihat visual tersebut.

Buat pengenalan kepada visual berkenaan dan jelaskan sebab visual itu dipilih. Jangan biarkan visual tersebut menjadi demontrasi bisu. Anda harus memberikan petunjuk pada setiap peringkat. Jangan berhenti bercakap langsung. Anda harus memandang ke arah hadirin, bukan visual tersebut. Apabila visual tersebut sudah tidak digunakan, tutup atau sembunyikan daripada pandangan penonton kerana visual tersebut boleh mengganggu konsentrasi mereka terhadap anda.

Seandainya anda menyampaikan ucapan untuk memujuk penonton supaya membuat sesuatu, sebagai tambahan kepada pengalaman yang anda alami sendiri, masukkan juga testimonial daripada pakar yang dihormati dan dikenali oleh semua hadirin untuk membuktikan yang anda serius.Anda juga boleh memasukkan data statistik yang sahih. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membuktikan bahawa pendengaran penting untuk meningkat kualiti servis kepada pelanggan, anda boleh membentangkan statistik yang menyatakan kecekapan pendengaran manusia hanyalah sebanyak 25% sahaja walaupun kita menghabiskan lebih dari separuh masa kita berkomunikasi dengan mendengar.

Petikan dari buku CARA MUDAH BERUCAP DI KHALAYAK dari isuhangat.blogspot.com

Monday, April 27, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

Assalaamu'alaikum

Baru-baru ini, iaitu dari 17hb hingga 26hb April 2009, telah berlangsung di PWTC, KL, Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) 2009. Seperti biasa, lebih seminggu ianya diadakan, Dan seperti biasa, akulah orang yang jarang melepaskan peluang untuk mengunjunginya.

Namun tidak seperti pada PBAKL sebelum-sebelum ini, pada tahun ini, aku terlambat sedikit mengunjunginya. Aku mula menjengahnya pada hari ke 5. Tidak seperti biasa. Biasanya pada awal-awal ia dirasmikan aku telah menjengahnya. Ada banyak sebabnya mengapa kali ini aku terlewat sedikit. Antaranya, bajet buku aku untuk tahun ini sudah habis. Aku telah menggunakannya ketika aku mengunjungi pesta buku Mesir baru-baru ini. Sebab itulah semangat aku untuk membeli buku di PBAKL ini sudah tiada. Dan sebab itu jugalah aku melambatkan kunjunganku ke sana.

Aku biasanya pada awal-awal PBAKL dirasmikan aku telah menjengahnya kerana aku tidak mahu terlepas buku-buku yang terkadang awal-awal lagi sudah kehabisan. Untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku, awal-awal ia dibuka aku telah pun mengunjunginya.

Pada tahun ini, selain alasan bajet menyebabkan semangatku yang telah berkurangan untuk membeli buku, ada alasan-alasan lain yang membuatkan semangat aku semakin kurang. Antaranya ialah saiz PBAKL tahun ini telah dikecilkan dibandingkan dengan PBAKL lepas-lepas. Jika dulu, selain dewan di bangunan utama, dewan besar di bahagian luar (aku tidak mengingati namanya) juga digunakan untuk menambahkan ruang PBAKL. Tapi tahun ini tidak ada lagi. Aku tidak pasti apakah sebabnya. Adakah kerana masalah ekonomi yang melanda dunia atau ada alasan-alasan lain. Suasana menjadi agak padat kerana semua pengunjung tertumpu pada satu bangunan, ada beberapa gerai tidak kelihatan, tata letak gerai sudah berubah dan rasanya seperti ada sesuatu yang kurang.

Aku rasa banyak buku yang menarik yang terdapat di pesta buku kali ini. Walaupun aku sempat hanya melihatnya secara sekilas pandang sahaja kerana aku tak bersemangat untuk membeleknya satu persatu. Cuma apa yang aku tidak pasti adalah apakah trend penerbitan buku (terutamanya buku-buku agama) untuk tahun ini. Secara sekilas pandangan, trend penerbitan buku pada tahun ini agak pelbagai, tiada trend tertentu. Pilihan menjadi bertambah banyak.

Antara buku yang agak menarik perhatianku di pesta buku ini adalah;
  • Himpunan tulisan Tun Mahathir di blog beliau. Mungkin ada orang yang tertarik untuk menjadikan tulisan beliau sebagai bahan rujukan. Jadi inilah peluang bagi meraka. Aku tidak membelinya atas alasan yang telah kukatakan tadi.
  • Siri Soal jawab persoalan-persoalan agama yang remeh temeh yang anda malu bertanya tentangnya; zakat, solat dsb. Keluaran Telaga Biru. Agak menarik siri-siri ini dan agak unik pemilihan tajuk-tajuknya. Mungkin ia boleh disamakan dengan siri buku-buku panduan Idiot Guides dan siri Dummies. Tapi yang ini dalam bidang agama dan dalam bahasa melayu. Moga isinya memuaskan.
  • Siri panduan membuka perniagaan, Bela lembu dsb (aku tak ingat bidang-bidang lain kerana aku tak bawa buku nota untuk mencatatkannya. Agak menarik tajuk bidang-bidang lain). Keluaran PTS.

Banyak lagi buku-buku lain, tapi aku tak mengingati judul-judulnya kerana aku tidak focus dalam kunjunganku pada kali ini. Kalau ada buku yang aku beli, tentu seronok jika aku boleh membuat ulasan mengenai buku-buku itu di sini.

Hasil pemerhatianku kepada kemeriah buku-buku yang diterbitkan dan para pengunjung yang datang ke pesta buku ini ialah buku masih lagi relevan untuk bahan bacaan. Tidak dapat nafikan kepentingannya sekalipun sekarang ini ramai orang lebih suka melayari internet untuk membaca dan mencari bahan maklumat.

Akhir sekali aku ingin berkongsi beberapa tips membeli buku melalui beberapa pengalaman. Antaranya:

  • Lihat tahun cetakan buku tersebut.
  • Lihat tempat cetakan (penting bagi yang mahukan cetakan tempat tertentu seperti Malaysia daripada Indonesia. Sebab masalah bahasa).
  • Lihat bilangan cetakan. Berguna untuk mengetahui sambutan orang ramai kepada buku tersebut.
  • Buat perbandingan harga di antara kedai-kedai.
  • Penilaian buku (untuk perbandingan terbitan atau sebagainya}: Menilai buku bukan sahaja kerana kecantikan kulitnya dan tajuknya. Tetapi isi, olahan, tata cetak dan harganya.

Mungkin banyak lagi tip-tip lain daripada orang lain. Cukuplah ini sebagai tips daripada aku.


Sekian, wassalam.

Friday, April 17, 2009

Selamat Tinggal Mesir

Assalamualaikum wrt. wbt .

Agak lama aku tidak mengupdate blog aku. Sejak pulang ke Malaysia, minat dan keluangan masaku sudah tidak sama lagi sepertimana ketika aku di Mesir. Di Malaysia, walaupun aku mempunyai keluangan masa, namun semangat untuk mengupdate blog sudah berubah. Jangankan kata hendak mengupdate blog, hendak melayari internet pun jarang. Di sini aku cuba melakarkan sepatah dua kata agar ia dapat menjadi penerus semangat dan kesinambunganku untuk terus berkongsi bicara di ruang maya ini dan aku dapat terus bertitle 'blogger' (Walaupun selama ini aku belum layak bergelar dengan gelaran itu).

Alhamdulillah aku telah selamat menjejakkan kakiku semula ke tanahairku Malaysia pada beberapa minggu lalu. Aku mengucapkan ‘Sayonara Mesir’ kepada tempat saudara-saudaraku seIslam di Mesir. Semoga kalian dirahmati, dilindungi Allah s.w.t dan jumpa lagi insyaAllah.

Bersyukurlah aku selamat tiba di Malayisa. Alhamdulillah aku sihat, tidak mengalami apa-apa masalah perubahan cuaca dan dapat terus membuat kerja-kerja harian seperti biasa. Rasanya kerana tidak lama aku meninggalkan Malaysia dan di Mesir juga aku berpeluang untuk menjumpai makanan-makanan Asia Tenggara, maka aku tidak melepaskan rindu sangat dengan masakan-masakan Malaysia. Biasa-biasa sahaja.

Entah bilakah lagi aku berpeluang untuk ke Mesir untuk kali kedua. Aku bukan telah jatuh cinta dengan Mesir menyebabkan aku teringin ingin untuk ke sana sekali lagi. Tapi kerana rasanya belum puas aku di sana, masa pula tidak mengizinkan untuk aku tinggal lebih lama sana. Maka terpaksalah aku meninggalkan bumi Mesir tempat saudara-saudara seIslamku yang banyak karenahnya. InsyaAllah ada rezeki, aku akan sampai ke sana lagi.

Teman-temanku di Mesir pernah memberitahuku, ada satu kata-kata yang terkenal di Mesir “Sesiapa yang pernah minum air sungai Nil dia akan kembali sekali lagi ke Mesir.” Aku tidak tahulah sejauh mana kebenaran kata-kata ini. Kemungkinan banyak kebenarannya. Atau mungkin perkara ini berlaku di atas mana-mana tempat sahaja yang pernah diduduki oleh seseorang dalam tempoh masa yang lama. Maka dia akan berniat untuk kembali kepadanya pada suatu hari nanti. Ada kebarangkaliannya. Atau atas alasan-alasan lain. Jika benar kata-kata itu, insyaAllah ada rezeki aku ke sana lagi.

Setelah banyak pancaroba yang telah kulalui sebelum pulang, akhirnya tiba juga aku di Malaysia. Tidak banyak perkara yang ingin aku coretkan tentang kisah perjalanan pulangku. Cuma seperkara dua yang ingin catatkan di sini, iaitu apa yang aku lihat ialah pemeriksaan di lapangan terbang Mesir untuk berlepas agak ketat. 6 pemeriksaan passport dibuat oleh pihak berkuasa Mesir terhadap penumpang sebelum mereka memasuki pintu kapal terbang. Di Malaysia dulu, semasa aku mahu berlepas 1 kali sahaja.
Ketika aku tiba di KLIA, tiada kastam yang menunggu di laluan keluarku aytu memanggilku untuk membuat pemeriksaan. Kemungkinan mereka telah mengimbas beg aku. Atau kerana aku rakyat Malayisa maka mereka tidak perlu cek. Atau adakah mereka terlalu cekap higgakan tidak perlu membuat pemeriksaan. Aku bimbang tentang selama ini banyak berita mengenai penyeludup dadah berani membawa dadah melalui KLIA. Aku bimbang jika sebabnya adalah sistem kita yang begitu.

Setelah itu aku terpaksa memandu kereta untuk pulang ke KL. Agak tercangak-cangak juga mencari jalan yang pernah ku lalui. Apa yang agak mengecewakanku adalah walaupun kita bagai sering mengambil berat tentang kemajuan dibandingkan dengan Mesir. Masih ada dua tiga papan arah jalan yang mengelirukan yang mengambarkan kita bagai tidak maju. Papan tanda ikut suka nak pasang. Hampir sahaja aku tersesat. Manakan tidak, tertulis di papan tanda di sebelah kiri ke KL e arah kiri. Papan tanda kanan juga tertulis ke arah KL?! Bagi orang yang sedang keletihan seperti aku tentu berasa bengan.

Oklah. Sebenarnya dahulu banyak lagi ole-ole kisah Mesir yang aku tak sempat ceritakan. insyaAllah bila-bila ada masa, ada mood dan umur panjang aku ceritakan lagi.

Wassalam

Thursday, April 2, 2009

Bersolat di Mesir

Mungkin agak pelik tajuk ini. Namun setelah aku terangkan nanti mungkin baru dapat difahami maksudnya. Bersolat di Mesir sebenarnya tiada apa-apa perbezaannya dengan solat di mana-mana. Orang Islam Mesir bukanlah bermazhab Maliki yang mempunyai banyak perbezaan solatnya dengan solat mazhab-mazhab lain. Contoh solat mazhab Maliki; tangan dilepaskan, jari digerakkan dalam tasyahhud dan sebagainya. Orang Mesir kebanyakkannya bermazhab…Syafie. Jadi cara mereka solat adalah sama dengan kita. Aku teragak-agak untuk mengatakan bahawa mereka bermazhab Syafie adalah kerana sepanjang aku solat subuh di masjid di Mesir hanya sekali sahaja imamnya membaca Qunut subuh .

Namun sebenarnya bukanlah perkara ini yang ingin aku tonjolkan di sini. Apa yang aku ingin kongsikan adalah praktik mereka bersolat.

Kelainan orang Mesir bersolat adalah antaranya; bagi pekerja atau peniaga yang tidak pergi solat berjemaah, mereka biasanya akan bersolat di kali lima kedai atau restoran mereka atau di mana-mana ruang kedai mereka. Asal saja tempat itu muat untuk bersolat (bukan di depan tandas atau dalam tandas). Tidak kisahlah sama ada ketika itu ada pelanggan atau tidak. Ini kerana kebanyakan kedai di mesir biasanya tidak mempunyai bilik khas solat. Di bangunan pejabat pun, mereka biasanya solat secara berjemaah beramai-ramai di mana-mana kaki lima bangunan. Mereka tidak mempunyai surau. Mereka hanya memerlukan tikar sembahyang. Tidak kisahlah cantik atau tidak. Asal tidak bernajis. Maka mereka bersolat di tepi tempat orang lalu lalang. Sungguh mudah cara hidup mereka. Aku segan nak ambil gambar saat-saat itu. Jadi tak ada gambar untuk itu.

Di sesetengah tempat pula, kita boleh melihat orang bersolat di atas rumput. Biasanya ini tidak memerlukan kepada apa-apa tikar. Betul-betul di atas rumput. Temanku pernah berkata kepadaku, “Inilah kelebihan Mesir yang sukar ditemui di Malaysia”.

Mungkin ada hikmahnya cara hidup mereka begini. Mungkin kerana tubuh badan mereka besar-besar, mungkin kalau nak buat surau, berapa besar pun tak cukup.

Di Mesir jarang terdapat surau. Kesemuanya masjid. Saiz masjid-masjid di Mesir tidaklah besar. Jarang yang besar. Tapi banyak. Terutamannya di Kaherah. Sebab itulah ia pernah diberi jolokan ‘The City of thousand Mosques’.

Di dalam masjid, biasanya ada sederet kerusi di saf belakang. Itu adalah untuk orang-orang tua yang telah uzur. Mereka solat secara duduk di kerusi di saf belakang walaupun dipisahkan dengan banyak saf-saf yang masih kosong.

Di antara kelainan bersolat di Mesir adalah jika ada saf di antara dua tiang mereka akan tinggalkan. Mereka biasanya tidak akan membuat saf di antara dua tiang (kecuali dalam solat jumaat dan terawih).

Dan satu lagi mereka biasanya membetulkan saf dengan hujung jari kaki. Bukannya dengan tumit sepertimana di tempat kita. Dan mereka tidak semestinya membuat saf di dalam kotak saf. Ikut suka mereka. Asal saja ada bentuk agak-agak garisan di lakaran sejadah masjid yang membolehkan mereka meluruskan saf, maka itu jadi panduan untuk meluruskan saf. Perkara ini sebenarnya bukanlah disenangi oleh orang pihak masjid sendiri. Aku pernah melihat ada pihak masjid yang cuba mendidik ahli jemaahnya agar buat saf dalam kotak saf. Tapi itu semua sia-sia belaka.

Jangan terkejut jika ketika anda sedang bersembahyang ada orang menegur anda, menuntun anda ke depan atau kebelakang atau sebagainya. Macam-macam boleh berlaku. Antara sebab anda kena tegur adalah kemungkinan ketika itu ada dua jemaah dalam satu masa. Maka jemaah kedua kena dibatalkan. Antaranya…aku pernah bersolat sunat di tempat lelaki di ruang belakang di salah sebuah masjid. Tiba-tiba ada seorang wanita datang bersolat di situ. Kemudian aku terdengar suara orang tua sedang bercakap. Selesai solat, rupanya orang tua itu menegurku supaya aku memberhentikan solatku kerana wanita itu sedang bersolat di situ.

Sesuatu yang aneh lagi adalah, jika ada seseorang baru takbir untuk solat sunat, tiba-tiba bilal iqamat. Dia akan terus memberhentikan solat sunatnya dengan memberi salam ketika itu juga dengan cara berdiri. Aku tak pasti sama ada perkara ini dibolehkan atau tidak kerana inilah kali pertama aku menyaksikannya.

Banyak lagi keanehan praktik solat di Mesir. Banyak kes-kes kecil yang aku tak ingat atau aku malas ceritakan kerana nak ringkaskan cerita. Semoga bingkisan ini dapat membuka satu lagi dimensi baru kepada kita terhadap keagungan kebijaksanaan Allah s.w.t. dalam mencipta bangsa-bangsa yang mempunyai cara tersendiri yang pelbagai-bagai. Waallahu’alam.

Sunday, March 22, 2009

Musim sejuk di Mesir 2008/2009

Semenjak bulan November lalu hingga kini, iaitu bulan Mac, musim sejuk di Mesir belum tamat-tamat. Mungkin bagi setengah orang, pengalaman melalui musim sejuk adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kerana kita di Malaysia sememangnya suka kepada udara sejuk, air sejuk dan sebagainya. Kali terakhir aku melalui musim sejuk adalah ketika aku di India. Bagi yang pernah mengalami musim sejuk, musim sejuk bukanlah suatu musim yang mengenakkan. Musim sejuk terkadang boleh menjadi musim paling menyiksakan. Kerana itu, banyak tajuk post-post teman-teman bloger Mesir aku berbunyi ‘Berperang dengan Musim Sejuk di Mesir’.

Mungkin ada orang yang tertanya-tanya; adakah di Mesir ada musim sejuk? Persoalan ini mungkin timbul kerana kita biasanya membayangkan bahawa Mesir ini dipenuhi dengan padang pasir dan padang pasir biasanya disinominkan dengan panas. Namun realitinya tidaklah begitu. Kerana bukanlah seluruh Mesir ini dipenuhi dengan padang pasir. Malah tempat-tempat yang berdekatan sungai Nil adalah tanah yang subur.

Pada awal musim sejuk, terutamana di Kaherah, musim sejuk dimulakan dengan hujan yang sedikit dalam dua tiga kali, kemudian setelah itu musim sejuk bermula. Ketika itu aku masih ingat, di Malayisa banyak negeri sedang dilanda banjir besar di mana-mana. Takziah kepada mangsa-mangsa banjir.

Setiap negara yang mengalami musim sejuk pasti mengalami perubahan musim yang berperingkat-peringkat. Biasanya dimulakan dengan hujan pertama, kedua dan berikutnya. Setelah itu, udara akan berubah sedikit demi sedikit hinggalah perubahan udara yang menyeluruh berlaku. Maha bijaksana Allah taala. Perubahan sebegini adalah agar tubuh manusia tidak terkejut dengan perubahan udara yang berlaku. Jika tidak, mungkin manusia akan jatuh sakit jika perubahan itu mendadak.

Di Kaherah, hujan perubahan musimnya adalah terlalu amatlah sedikit jika dibandingkan dengan hujan perubahan musim di India. Ketika aku di India, hujan perubahan musimnya agak lebat sama lebatnya dengan hujan di Malaysia.

Musim sejuk di Mesir pada tahun ini dikatakan tidak sesejuk tahun-tahun sebelum ini. Paling tinggi udaranya 7C. (Itupun dah kira sejuk, tidak tahulah jika lebih sejuk daripada itu). Kira-kira dalam dua minggu cuacanya di tahap itu. Pada ketika itu ramai orang jarang ke mana-mana.

Bagi orang yang tinggal di Kaherah atau orang mempunyai peralatan yang lengkap, musim sejuk mungkin masih dapat ditanggung. Di Kaherah, terdapat banyak pembangunan, maka udaranya mungkin tidaklah sesejuk jika dibandingkan dengan udara di luar Kaherah yang kurang pembangunannya.

Alhamdulillah aku bernasib baik kerana aku dapat menyewa di rumah yang mempunyai peralatan yang lengkap; ada pemanas air dan pemanas udara. Jika tidak, tentu pengalaman buruk melalui musim sejuk di India berulang kembali di Mesir. Kesian juga apabila mendengar ada di kalangan pelajar kita yang tiada pemanas air dan pemanas udara ataupun ia rosak. Aku dapat bayangkan bagaimana sukarnya mereka. Terutamanya ketika mahu mengambil wudu' waktu solat subuh. Tentang mandi...biasalah kalau 3-4 hari sekali mandi. Malah ada yang satu minggu sekali mandi kerana air terlalu sejuk.

Yang menariknya di musim sejuk, air tidak perlu di simpan dalam peti sejuk untuk menjadikannya sejuk. Letakkan sahaja sebentar di luar ia akan menjadi sejuk macam diletakkan dalam peti sejuk. Makanan juga lambat basi. Dan seperkara lagi yang menarik adalah terdapat banyak buah limau dan buah strawberi muncul dalam musim sejuk.

Bagi masyarakat arab Mesir, sesetengah mereka kurang merasa bahana kesejukkan. Mungkin kerana badan mereka kebal. Setengah mereka hanya berpakaian biasa; tanpa mengenakkan apa-apa baju sejuk atau jaket sedangkan udara tengah sejuk.

Oklah. Sekadar ini catatan aku untuk kisah musim sejuk di mesir. Wassalam.

Saturday, March 21, 2009

Bahasa Arab Mesir

Umum mengetahui bahawa Mesir adalah sebuah negara Arab. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa bahasa pertuturan di Mesir bukanlah bahasa Arab yang biasa didengar atau dubaca; iaitu bahasa standard. Seperti bahasa Bahasa Al-Quran, Hadith, bahasa penulisan dan ucapan rasmi.Bahasa Arab pertututran di Mesir adalah bahasa Arab loghat atau dialek “”Ammiyyah”. Bagi sesetengah orang, mengertikannya bahasa pasar. Pokoknya ada banyak perubahan dan perbezaan antara bahasa Arab standard dan bahasa slanga sehingga tidak dapat difahami.

Punca Bahasa Arab Mesir menjadi loghat ‘ammiyyah adalah kerana dikatakan Mesir pernah menjadi pusat ketamaddunan dunia, maka pelbagai bangsa pernah datang dan mereka memberi kesan kepada penambahan bahasa Mesir. Salah satu lagi faktor adalah kerana Mesir pernah dijajah dalam tempoh yang panjang oleh pelbagai penjajah asing. Perkara ini juga menyebabkan bahasa Mesir dimasuki oleh bahasa-bahasa penjajah asing itu. Maka menurut orang Mesir sendiri, bahasa Mesir adalah percampuran antara 1. bahasa ‘qitb’ (iaitu bahasa mesir kuno), 2. bahasa Arab, 3. bahasa Inggeris, 4 bahasa Itali, 5. bahasa Perancis dan 6. bahasa Turki. yang paling dominant adalah bahasa Arab..

Bagi sesiapa yang pernah belajar Bahasa arab di negara selain di negara-negaranya, jika mereka datang ke Mesir, mereka mungkin tidak akan dapat memahami bahasa Arab Mesir.kecuali sedikit sahaja. Mereka boleh berbual dengan orang Mesir menggunakan bahasa arab standard. Orang Mesir boleh memahami percakapan mereka. Namun mereka tidak akan mendapat respon dalam bahasa standard. Jadi mereka tidak akan memahami apa-apa..

Bahasa arab standard di Mesir hanya digunakan pada perkara-perkara rasmi sahaja, seperti dalam ucapan rasmi, khutbah, tazkirah dan penulisan. Selain daripada itu, mereka menggunakan bahasa Ammiyyah@pasar.

Antara ciri-ciri bahasa arab ‘ammiyah Mesir adalah mereka membunyikan huruf Qaf menjadi huruf Hamzah dan huruf Jim jadi huruf Ga.. Jadi jika perkataan itu berbunyi‘qabli’ (bererti hatiku) disebut ‘albi’. Dan jika nak sebut perkataan ‘jamil’ (ertinya cantik) jadi ‘gamil’. Dan daqiqah jadi daiiah. Setengah mereka mengatakan bahawa sebab terjadi perkara itu adalah kerana bagi mereka sukar bagi mereka untuk menyebut perkataan Qaf.. berat lidah. Wallahu’allam.

Pernah sekali aku bersama teman-teman menaiki sebuah teksi, kemudian kami menuturkan suatu perkataan meniru slang orang Mesir iaitu perkataan yang terdapat huruf Qaf menjadi huruf Hamzah. Pemandu teksi itu menegur kami, kononnya mahu membetulkan kesalahan sebutan kami. Kami memperbetulkannya, kerana kami pun pada awalan ingin memudahkan perbualan. Kemudian kami mengujinya. Kami menyuruhnya menyebut perkataan yang mempunyai huruf jim untuk mengetahui adakah dia juga mahu menukar huruf ga ke jim. Alangkah mengejutkan, dia gagal menyebutnya dengan betul sepanjang perjalanan kami!

Contoh perkataan ammiyyah yang tidak terdapat dapat bahasa arab perkataan (عائز) a’iyz bererti 'mahu'. Perkataan ‘Bardu’ ertinya 'juga', dan perkataan 'izzayy' ertinya 'bagaimana'. dan banyak lagi perkataan lain.

Antara perkataan yang terdapat perubahan padanya adalah, perkataan haza ertinya ini (male) menjadi ‘da’, hazihi bererti ini(female) menjadi ‘di’. Sayyarah ertinya kereta menjadi ‘arabiyyah’ dan banyak lagi.

Perubahan penggunaan bahasa dalam sesuatau masyarakat adalah suatu fenomena yang biasa di mana-mana. Di Malaysia sendiri, orang Melayu sudah tidak lagi menggunakan bahasa melayu standard (dalam percakapan harian). Kita pun banyak menggunakan bahasa pasar. Contohnya “diorang” = mereka., “sudah” = “dah”, “tu” untuk “itu” dan lain-lain lagi. Isu bahasa rojak juga belum selesai-selesai. Mungkin bagi orang asing yang telah belajar bahasa melayu di Negara-negara yang bukan berpenduduk melayu, apabila mereka datang ke Malaysia mereka akan sukar untuk memahami bahasa percakapan orang melayu. Bgitu jugalah keadaan bagi orang yang telah belajar bahasa arab di Negara-negara yang bukan berpenduduk arab apabila mereka datang ke Mesir mereka akan untuk memahami bahasa percakapan orang Mesir. (Aku tahu sebenarnya perkatan “dah” dan “tu” juga adalah bahasa standard. Cuma penggunaannya biasanya dalam puisi. Panjang cerita).

Seperti yang aku katakana tadi, fenomena perubahan bahasa adalah suatu perkara yang biasa. Orang kita biasanya mengakui kesilapan yang kita lakukan tidak menggunakan bahasa baku. Memang sukar bagi mana-mana bangsa hendak kembali ke bahasa standard mereka. Namun tak mengapalah kerana bahasa kita bukan bahasa al-Quran dan bukan bahasa agama. Tapi bagi orang Mesir, Bahasa mereka adalah bahasa al-Quran dan bahasa rasmi ummat Islam tapi mereka lebih degil untuk mengakui kesilapan mereka. Bagi mereka, mereka berbangga dengan bahasa yang mereka gunakan sekarang.

Bagi aku, sepatutnya mereka memelihara bahasa mereka. Kerana bahasa mereka adalah Bahasa al-Quran dan bahasa rasmi ummat Islam. Mereka boleh membantu ummat lain untuk memahami al-Quran jika mereka memeliharanya dengan baik. Kini, sukar bagi orang bukan arab hendak belajar bahasa Arab dengan betul di Mesir. Panjang topic ini jika mahu dibincangkan. Cukuplah sekadar catatan ini.

Friday, March 20, 2009

Pengangkutan awam di Mesir

Pengalaman menaiki pengangkutan awam di Mesir pasti adalah antara topik yang suka diceritakan bagi orang asing yang tinggal lama di Mesir. Walaupun ianya agak menjengkelkan tapi ia tetap ada keistimewannya. Pelbagai pengalaman dapat dilalui ketika menaiki pengangkutan awam di Mesir. Inilah serba ringkas bingkisanku.

Secara umumnya pengangkutan awam yang paling utama di Mesir adalah teksi, bas, dan van. Bagi aku yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, tentulah kederaan awam adalah kenderaan utama aku untuk ke mana-mana.

Di kota Kaherah, oleh kerana penduduknya ramai, iaitu puluhan juta, maka pengangkutan awamnya pun banyak. Di kota kaherah sahaja, dikatakan jumlah teksi yang sedang berada di atas jalanraya adalah 80,000. itu tidak termasuk bas van dan sebagainya. Mungkin mencecah angka jutaan.

Teksi di Mesir kebanyakkannya adalah kereta lama, iaitu model Fiat Lada, buatan tahun 70an. Bukan sahaja teksi, kereta biasa pun masih banyak kereta model itu. (lain kali aku cerita). Kondisin teksi biasanya bukanlah elok sangat. Sesetengahnya bagai asal roda jalan, tempat duduk elok boleh jalan. Stabil tak stabil belakang cerita.

Kebanyakkan teksi di Mesir tidak menggunakan meter walaupun wujud mesin meter pada setiap teksi. Harga tambangnya, biasanya bagi orang asing seperti orang Malaysia, terpaksa tawar menawar dahulu sebelum menaiki. Jika tidak, takut pemandu-pemandunya menaikkan harga tambang kerana orang asing. Dan yang penting sekali adalah sediakan duit kecil. Jika tidak, harga yang disepakati hilang.

Bas bandaran di Kaherah pula, secara umumnya terdapat dua jenis, jenis biasa dan yang disubsidi oleh kerajaan. Kedua-duanya harga tambangnya selaras. Iaitu 1.50 untuk satu perjalanan bagi yang biasa dan 0.50 untuk satu perjalanan untuk bas yang disubsidi oleh kerajaan. Jarak perjalanannya boleh dikatakan jauh juga.




Bas-bas yang disubsudi oleh kerajaan biasanya penuh, kerana murah. Yang paling tak enak, sukar mendapat tempat duduk kerana penumpang terlalu ramai. Jadi jika satu perjalanan itu memakan masa satu jam, selama satu jamlah terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. Terkadang sampai tiba ke destinasi pun masih tak dapat tempat duduk.

Kebanyakkan bas mesir mempamerkan nombor bas dan destinasi laluan. Tetapi dalam tulisan arab. Bagi orang yang belum terbiasa membaca laluan bas dalam tulisan arab dan dia mengharapkan kepada nombor bas. Dia mungkin akan menghadapi kesulitan. Kerana kemungkinan bas bernombor itu sedikit. Sedangkan bas yang melalui destinasi yang sama dengan nombor yang lain banyak.

Di dalam bas, rakyat Mesir biasanya agak bersopan. Anak muda atau orang lelaki biasanya akan memberikan tempat duduk kepada kaum wanita atau orang yang lebih tua yang sedang berdiri. Jika baru ada tempat duduk kosong, biasanya mereka akan saling mempersilakan memberi peluang duduk antara satu sama lain 2-3 kali.

Pengankutan van pula (kami panggil ‘tramco’), muatannya bagi yang saiz biasa, adalah 12 orang penumpang. Ada yang jenis besar, aku jarang naik, jadi tidak pasti berapa orang penumpangnya. Harga tambangnya pula adalah mengikut jarak perjalanan. Samaada 0.50, 1.00, atau 1.50. itupun juga tidaklah mahal sangat.



Namun apa yang menariknya pada ketiga-tiga kenderaan awam itu, penumpangnya jika naik, biasanya mereka akan memberikan salam. Jadi banyangkan jika orang naik teksi bagi salam dan naik bas bagi salam. Itulah keaadaannya.

Jarang pemandu-pemandu kenderaan awam di Mesir memasang lagu dalam kenderaan mereka. Ada, tetapi jarang jumpa. Tetapi biasanya mereka memasang bacaan al-Quran. Itulah yang keistemewaan kenderaan awam di Mesir. Walaupun pemandu-pemandunya juga terkenal dengan sikap kasar, (sama sahaja pemandu-pemandu kenderaan awam di mana-mana) tetapi mereka masih suka memasang bacaan al-Quran di dalam kenderaan awam mereka. Tidak kira sama ada ianya bas, van atau teksi. Kita tidak pernah menemui perkara ini di Malaysia.

Kebanyakkan bas dan sesetengah van tidak mempunyai kunduktur. Maka cara membayar tambang adalah para penumpang membanyar terus kepada pemandu. Biasanya ini dilakukan ketika dalam keadaan bas atau van itu sedang bergerak. maka si pemandu akan menerima wang, mengira, kemudian memberikan tiket dan wang baki(jika ada), perkara ini dilakukannya dalam keadaan bas atau van sedang bergerak. Perlu diingat, pada ketika itu kemungkinan pemandu itu sedang mahu memotong, menukar gear atau sedang membunyikan hon.

Bagi penumpang yang dibelakang atau telah ke belakang mereka akan mempasskan wang tambang mereka kepada orang yang di hadapan mereka. Kemudian orang yang di hadapan mereka akan mempasskan wang itu kepada orang yang di hadapan mereka. Begitulah seterusnya hinggalah wang itu sampai kepada pemandu atau kepada kunduktur yang berada di belakang. Kemudian si pemandu atau si kunduktur itu akan memberikan tiket serta wang baki dengan cara yang sama sampailah kepada pembayar itu. Sungguh unik panorama ini. Seolah-olah mereka bekerja sama.

Seperkara yang menarik lagi, kebanyakkan penumpang biasanya akan naik dan turun daripada perhentian. Tetapi jika mahu, mereka boleh sahaja naik dan turun di mana-mana sahaja hatta di tengah-tengah jalan. Maksudku ‘tengah’ bukanlah tempat yang tiada perhentian. Tetapi di lorong tengah di tengah-tengah jalan raya.

Ramai orang pernah jatuh daripada bas. Termasuk aku. Namun pengalaman itu tidak membuatkan aku fobia dengan system bas di mesir. Aku menganggapnya sebagai satu asam garam naik bas di Mesir. Sekian.