Monday, July 28, 2008

Terjemahan Nasyid Fi Lailatin Min Layali

Lagu ini kerap dikumandangkan di corong Radio Ikim.fm. Nyanyian Muhammad al-Hasyan. Aku terjemahkan untuk kita sama-ama menghayati maksudnya.

Lirik asal arab

في ليلة من الليال لست أدري ما إعتراني
ظلمة تغمرني يا رب
الأرض ضاقت والسماء وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي
عصيت والذنب كبير وإني في حزني أسير
مقيد بذنبي يا رب
فهل أستحق يا إلهي العفو مجرما
مقر بالذنوب يا إلهي
أنت الذي خلقتني ورحمتني ورزقتني
دوما يا رب قد كنت معي
لكنني نآيت عنك نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي
واليوم يا ربي أعود من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر
وأنا الغريق فلا أرى إلا سواك لي منقذا
لا ملجأ ولا منجى إلا أنت
يا إلاهي يا إلاهي

Terjemahannya
Pada suatu malam, aku tidak tahu apakah yang tidak kena pada diriku.
Tuhanku, kegelapan menyelubungiku.
Bumi dan langit telah menjadi sempit. Hatiku pula tidak mengenali cahaya.
Wahai Tuhanku. Airmataku menangis pada malam ini.
Wahai tuhan, aku telah menderhakaimu. Dosaku besar. Aku terpenjara dalam kesedihanku.
Tuhanku, aku terpasung dengan dosaku.
Tuhanku, adakah aku yang berdosa ini layak untuk mendapat keampunan?
Tuhanku, aku akui segala dosa-dosaku.
Engkaulah yang telah menciptaku, mengasihaniku dan memberiku rezeki.
Engkau telah sentiasa di sampingku.
Tapi aku menjauhkan diri daripadaMu. Aku lupa hakmu tuhanku...
...aku meneruskan perjalananku.
Tuhanku hari ini aku kembali dari kegelapan di belakang sana.
Hatiku luluh dan akalku bingung.
Aku lemas. Tiada penyelamat yang aku kenal kecuali Engkau.
Tiada tempat berlindung dan tiada tempat yang selamat kecuali kepada Engkau.

Untuk memdengar nasyid ini, mainkan player di bawah.


Subhanallah. Have No Excuse...




Untuk melihat lagi, sila klik di sini.

Sunday, July 27, 2008

Youtube Islam


Klik di sini http://www.youtubeislam.com/

Musim durian tiba lagi.


Musim durain tiba lagi. Gerai-gerai durian pun tumbuh merata-rata macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Alhamdulillah tahun ini bekalan durian masih mencukupi. Semua orang dapat merasakan durian. Tak ada orang yang kempunan dari makan durian. Orang Malaysia masih dapat menikmati durian walaupun harganya sudah tidak dapat semurah dahulu lagi. Walaupun minyak petrol dah naik, orang masih membeli durian .
Ramai orang masih macam biasa tetap berpusu-pusu mengunjungi gerai-gerai durian dan tidak mahu melepaskan peluang sekali-sekala ini. Macam-macam harga ada, start dari 1 biji RM10 hinggalah ke 10 biji RM10.
Rakyat Malaysia patut bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana masih dikurniakan musim durian dan dapat menikmatinya.
Nasib baik nasib durian tak jadi macam barang-barang makanan lain, yang kena soroklah...naik hargalah. Tapi bolehkah harga durian turun balik seperti dulu?

Saturday, July 19, 2008

Buku yang Menarik

Bismillahirahmannirahim

Assalamualaikum wrt. wbt.

2-3 hari lepas semasa aku berjalan-jalan di K.L. aku telah membeli sebuah buku yang amat mengagumkan yang berjudul "Apa yang perlu dikatakan apabila anda berbicara dengan diri sendiri" oleh Dr. Shad Helmstetter yang judul asalnya "What to say when you talk to yourself" yang diterjemahkan oleh Paridah Suid. Walaupun buku ini sudah lama diterbitkan (sejak 1987 di USA, di Malaysia sejak tahun 2000) namun isinya masih lagi relevan.

Buku ini adalah buku tentang kaedah meningkatkan potensi diri melalui cara bicara kendiri iaitu bercakap dengan diri sendiri. Buku ini bukanlah buku motivasi. Kerana pengarangnya tidak yakin dengan kaedah memberi motivasi. Bukan juga buku tentang hipnosis, walaupun dalam kaedah hipnosis terdapat kaedah bercakap dalam diri. Yang dimaksudkan dengan bercakap dengan diri sendiri dalam buku ini adalah memprogramkan kata-kata positif ke dalam diri sendiri dengan diri sendiri tanpa bantuan orang lain atau pakar motivasi.

Luaran buku ini nampak biasa sahaha, tapi isinya setelah lama kelamaan dibaca boleh membuatkan kita merasa beryakinan dan asyik.

Buku ini dimulakan dengan fakta bahawa kebanyakan sikap dan kebiasaan kita sebenarnya lahir daripada pengaruh luar atau persekitaran kita yang membentuk pemikiran kita, ia ditanam ke dalam minda separa sedar tanpa kita sedari sejak kecil lagi. Maka kita membesar dengannya serta pemikiran-pemikiran tambahan yang lain sehinggalah pemikiran-pemikiran itu membentuk tindakan kita dan kepercayaan kita. Malah ia telah menjadi punca kepada kebanyakan sikap negatif dan masalah yang kita hadapi, seperti sikap kurang berkeyakinan diri, pelupa, gagal dan sebagainya. Maka untuk merubahnya, program-program positif baru perlu diprogramkan ke dalam diri kita. Iaitu dengan membuang penyataan-penyataan negatif dan menggantikannya dengan penyataan-penyataan positif yang diprogramkan melalui bicara kendiri.

Beberapa kaedah memprogramkan bicara kendiri telah diutarakan dengan cara amat sistematik di dalam buku ini. Buku ini bukanlah buku ilmiah. Olahan buku ini amat menarik sekali dan tidak menjemukan.

Penulis buku menyatakan bahawa bisnis buku motivasi di Amerika Syarikat mencecah USD200 juta setahun, iaitu bisnis yang sangat menuntungkankan, dan program ceramah-ceramah motivasi diadakan di sana sini. Namun semua itu tidak menjamin apa-apa perubahan kekal kepada sikap seseorang. Buku-buku ataupun ceramah-ceramah motivasi tidak dapat menyelesaikan masalah kecuali pada masa buku itu dibaca atau ceramah itu disampaikan. Dia memberikan satu perumpamaan. Iaitu seperti seorang yang makan masakan Cina. Semasa makan dia merasa sedap. Tetapi setelah seketika, nikmat sedap itu hilang. Maka inilah perbezaan buku ini. Kerana ia mengutarakan satu teknik yang agak berlainan dalam kaedah meningkatkan potensi diri. Aku amat mengesyorkan buku ini untuk dibaca oleh orang ramai(bagi yang belum baca).

Bagi umat Islam kita digalakkan mempositifkan pemikiran kita. Cuma kita perlu menambah rasa tawakkal selepas kita berazam untuk merubah diri kita. Firman Allah s.w.t. ”Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah s.w.t.”

Aku memberi buku ini lima bintang (*****).

Tuesday, July 8, 2008

Berdialog dengan orang cina

Assalamualaikum wrt wbt

Bismillahirahmanirrahim

Setelah sekian lama membuka blog ini, ini barulah kali pertama aku sempat memasukkan satu posting untuk mengisinya. Sebenarnya aku rasa bukannya senang nak posting sesuatu ke dalam blog. Kerana aku fikir kalau setakat idea-idea yang remeh-temeh atau ayat tak power, bukan sekadar orang akan malas nak jenguk, malah mungkin ada orang akan mengkritik. Payah juga nak buat blog yang baik. Tapi masalahnya, kalau nak menulis posting yang menarik kena beri tumpuan masa yang lebih. Masa sukar dicari. Maka sukarlah nak memulakan langkah untuk menulis posting.

Mengikut pemerhatianku ke atas blog-blog yang sedia ada ruang maya ini, blog yang berjaya mendapat perhatian ramai biasanya adalah blog yang menarik isinya selain mempunyai gaya penulisan yang formal, campur gaya pasar, serius, santai, simple atau tak panjang dan ada sikit unusr humor. Sukar nak buatkan? Apatah lagi bagi orang yang macam aku yang bahasa ibu angkat banyak sangat.

Seperkara lagi, tentang keperibadian yang positif dan penggunaan ayat pasar. Perkara ini turut perlu dipelihara dalam menulis blog. Aku tak mahu kerana nak tunjuk kelantangan atau nak ambil perhatian orang lalu kesopanan melayu sanggup digadaikan di ruang maya.

Oklah. Sebenarnya hari ini aku nak menceritakan tentang perbualan aku semalam dengan seorang kenalan berbangsa cina tentang topik beragama. Bukan senang dapat peluang macam ni. Jarang orang dapat bercakap dengan penganut sendiri tentang agama mereka. Biasanya hanya baca tentang agama lain melalui buku-buku sahaja. Tentang lelaki itu, dia berumur lingkungan 50an. Aku mengenalinya kerana dia membuka kedai berdekatan dengan tempat aku. Walaupun dia orang biasa, dia minat tahu tentang banyak agama. Jadi untuk bersembang dengan dia aku pun kena tahu sedikit-sebanyak tentang agama-agama. Baru sedap sembang. Nasib baik aku ada sedikit pengetahuan tentang agama-agama. Kalau tak tak jadi perbualan kami.

Nak dijadikan cerita dia kata dia beragama Budha. Aku rasa dia jenis yang terbuka. Perbualan kami menyentuh banyak perkara tentang keagamaan.

Cuma di sini aku nak sebut tentang yang menarik dari perbualan kami. Iaitu kami sampai ke satu topik iaitu dia mengatakan bahawa orang cina sebenarnya bukan tak nak masuk Islam. Mereka boleh masuk Islam. Masalah tak boleh makan babi bukanlah masalah besar bagi mereka. Mereka boleh tinggalkan makan babi! Tetapi masalahnya mereka mereka takut kalau mereka masuk Islam pemikiran mereka akan menjadi sempit. Kerana mereka melihat orang Islam berfikiran sempit.

Aku cuba korek dari sudut mana yang dia katakan orang Islam berfikiran sempit. Kemudian dia memberikan satu contoh. Iaitu apabila seorang cina yang menyembunyikan keislamannya daripada keluarganya mati. Kemudian keluarganya mahu menguruskan mayatnya dengan cara cina. Tapi apabila orang Islam tahu, mereka datang merampas mayatnya untuk ditanamkan di perkuburan Islam. Dia kata, mereka tak kisah tentang harta pusaka. Tapi perbuatan orang Islam itu amat menyinggung perasaan mereka. Mereka rasa tak senang lalu berfikiran bukan-bukan terhadap Islam.

Baru kutahu rupanya begini cara mereka berfikir. Aku rasa ada kebenaran dalam kata-katanya. Apakah salahnya kalau mereka masih menyayanginya. Kerana mereka rasa mereka masih bersaudara. Jadi kalau nak rampas pun buatlah dengan cara yang sopan supaya mereka membenarkan dengan cara baik lalu mereka boleh terpikat dengan Islam. Bayangkan kalaulah ada seorang ibu yang telah membesarkan anaknya berpuluh-puluh tahun, tiba-tiba bila anaknya mati mayatnya dirampas. Bagaimanakah perasaan si ibu itu? Mungkin masalah ini boleh semak semula.

Yang kedua, katanya dia kesal kerana orang cina tidak pernah dibenarkan oleh orang Islam untuk memasuki masjid orang Islam. Meraka sebenarnya gerun terhadap masjid. Jadi mereka tak kenal Islam. Aku terfikir lagi, benar juga, mengapa mereka tak pernah didedahkan dengan masjid. Mengapa mereka tidak dibenarkan ke masjid untuk mereka melihat sendiri tentang amalan Islam di masjid?

Jadi inilah antara perkara yang dia utarakan. Ada lagi perkara-perkara yang lain. Tapi cukuplah yang ini sahaja.

Dua perkara ini amat menarik perhatian aku dalam perbualan kami kerana aku tak dapat menjawab kedua-dua masalah itu. Bukan kerana aku tak boleh jawab. Aku boleh jawab apa sahaja untuk membela Islam. Tapi aku fikir, kata-katanya ada kebenarannya walaupun masih boleh dipertikai.

Dalam masalah tanah perkuburan. Aku rasa kita sepatutnya memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikannya kerana itu adalah naluri kemanusiaan. Aku rasa amalan yang ada patut dikaji semula. Supaya dakwah Islam boleh disampaikan.

Tentang masalah kebenaran untuk masuk ke dalam masjid pula. Memang logik juga kalau mereka teringin memasuki masjid. Kerana mereka hidup lama bersama orang Islam. Mungkin mereka tertanya-tanya tentang fungsi masjid. Mereka juga selalu terdedah dengan berita-berita tentang masjid dan orang melayu yang pergi masjid di sana sini. Mereka mungkin nak tahu atau nak kenal Islam. Mungkin jika mereka dapati Islam itu selepas mereka memasuki masjid indah mereka boleh masuk Islam.

Maka perkara yang bermain difikiranku adalah mungkin masjid-masjid kita perlu menyediakan tempat-tempat khas untuk orang bukan Islam datang menzirahi masjid supaya mereka dapat mengenali Islam dengan lebih dekat lagi. (Bukan sebagai pelancong. Kerana masjid bukan tempat pelancongan). Tapi sebelum mereka memasuki masjid mereka perlu didedahkan dengan beberapa peraturan mendekati masjid. Sebaiknya dilantik seorang pegawai khas yang boleh memberi penerangan kepada mereka tentang Islam. Bagaimana bersediakah kita?

Jawapan hati kecil kita mungkin berkata (melihat kepada suasana masjid kita sekarang walaupun indah) kita belum bersedia.

Sebab keinginannya nak masuk masjid maka aku mengajaknya mengikutku pergi ke masjid. Dia cakap nak ikut tapi dengan syarat dia kata dia nak jemput wartawan-wartawan dari surat khabar berbahasa cina untuk mengikut kami. Dia nak suruh buat liputan tentang itu. Agar dia boleh memberitahu kepada dunia bahawa orang Islam benarkan orang cina menziarahi masjid. Bila dia cakap begitu, terkelu aku jadinya. Mana taknya, aku ingat setakat nak ajak dia seorang pergi ke masjid itu bila-bila masa aku boleh ajak. Tapi sampai nak bawa wartawan dan sampai nak masuk surat khabar...rasa-rasa boleh jadi kes besar. Tapi nak tolak rasa bersalah. Akhirnya aku cuba menerangkan kepadanya dahulu beberapa perkara tentang kehormatan masjid. Tentang masalah kemulian dan lain-lain supaya nanti kalau dia masih juga nak pergi ke masjid itu tidak akan menimbulkan masalah besar.