Saturday, March 20, 2010

PBAKL: Part III


Assalamu'alaikum

Tak sangka aku berkesempatan untuk menjengah ke PBKL 2010 buat kali kedua semalam. Mulanya aku tidak merancang untuk pergi lagi, kerana aku ada urusan lain. Tapi akhirnya ke sana juga.

Semalam pengunjung-pengunjung terlalulah sangat ramai. Lebih ramai daripada hari pertama iaitu pada hari Jumaat. Mungkin kerana hujung minggu. Boleh lawan PC fair.

Pada hari pertama sebenarnya aku hanya banyak mengunjungi gerai-gerai pilihan. Iaitu gerai-gerai yang banyak buku-buku ilmiah. Semalam aku lebih terbuka, hampir semua gerai aku kunjungi. Rupanya banyak lagi buku-buku menarik yang aku tidak perasan ada. Nanti aku ceritakan tentangya.

Ada beberapa perkara baru yang aku jumpa di PBAKL kali ini. Semalam kali pertama aku melihat orang datang ke pesta buku di Malaysia membawa beg beroda (mempunyai roda). Jika di Mesir, pemandangan ini adala biasa. Terutamanya bagi orang kita. Kerana mereka biasanya membeli buku banyak dan mereka mengisinya di dalam beg beroda. Paling kurang beg galas. Di Malaysia jarang kulihat perkara ini. Inilah kali pertama. Aku rasa ianya sesuai dibuat di Malaysia bagi sesiapa membeli buku terlalu banyak. Aku pun semalam mula merasa lenguh bahu apabila terpaksa membawa buku-buku di kiri kanan tangan dalam masa yang lama, walaupun tidaklah sebanyak mana.

Lagi, aku rasa elok menyediakan tag-tag nama dan diletakkan di semua beg-beg (termasuk anak) kepunyaan kita apabila berkunjung di tempat ramai. Kerana semalam aku mendengar ada pengumuman berjumpa beg dan nasib baik ada nama pemiliknya. Jika tidak, tentu susah.

Oklah, kembali kepada cerita tentang buku. Jika tahun lepas aku jumpa buku himpunan post blog Tun Mahathir. Pada kali ini aku jumpa himpunan post 50 hari blog anaknya pula, iaitu Marina Mahathir. Mungkn ada sesuatu yang best pada tulisannya kerana aku dengar blognya adalah antara blog bahasa Inggeris Malaysia yang popular. Aku tidak membelinya. Lain kali sahajalah.

Antara buku yang aku beli adalah buku Taxi. Semasa di Mesir, aku pernah jumpa buku itu. Buku itu buku best seller di sana. Aku pernah membaca sedikit isinya. Rasanya macam best. Sebab ia menceritakan tentang dunia teksi yang sememangnya menjadi episod penting dalam kehidupan seharian rakyat Mesir.

Bagi orang Mesir sendiri dan sesiapa yang pernah ke Mesir, pengalaman melihat atau menaiki teksi di Mesir tentu menjadi nostalgia indah dalam hidup mereka. Mungkin sebab itu buku itu menjadi best seller. Aku pernah menceritakan sedikit tentang menaiki teksi di Mesir. Lihat sini dan sini.

Tapi dulu aku tidak membelinya kerana harganya agak mahal. Aku rasa lebih kurang RM70. (Maklumlah best seller). Tapi semalam aku terkejut apabila terjumpa yang harganya RM25(lain penerbit, RM22 after less). Jadi aku terus membelinya.

Ada satu lagi buku yang kubeli, iaitu buku Mutiara Kata, susunan Adi Alhadi, terbitan Black $ White Publication. Aku suka membaca kata-kata hikmah. Aku membeli buku ini kerana di samping kumpulan kata2 hikmahnya, di belakangnya disertakan sedikit maklumat tentang orang yang berkata kata-kata itu. Harga asal RM35, after less RM25. Oklah 400 muka surat.

Pesanku, beli buku biarlah berbaloi. Jangan membeli hanya kerana kulitnya cantik. Fikirkan adakah isinya berbaloi dengan harganya.

Sekian. Wassalam

Friday, March 19, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: Part II



Alhamdulillah, semalam aku sempat mengunjungi PBAKL 2010. Walaupun selama 3 jam aku berlegar2 di sana tapi bagai rasa tak puas. Rasa macam hendak pergi lagi sekali.

Anyhow, ok jugalah PBAKL kali ini. Dewan Tun Abd Razak 2 digunakan semula pada tahun, jadi tidaklah sesak sangat seperti tahun lepas.

Ada dua tiga buku yang menarik perhatianku, antaranya buku-buku Altas Sejarah Islam, terbitan satu pustaka dari Indonesia. Buku-buku itu amat menarik dan cantik. Cuma harganya agak mahal, lebih kurang satu RM200 lebih. Jadi tidak dapatlah aku membelinya. Aku tahu buku-buku itu asalnya berbahasa Arab. Mereka menterjemahkannya. Bagiku untuk sesiapa yang faham bahasa Arab lebih baik mereka membeli yang bahasa Arab walaupun terjemahannya lebih menarik. Bagi yang tidak faham, buku-buku itu bagus untuk dijadikan sumber maklumat baru tentang sejarah Islam.

Dalam banyak-banyak buku, ada dua tiga buku yang menjadi pilihanku untuk kubeli. Iaitu buku-buku sejarah. Kebetulan keempat-empat buku yang kupilih adalah tentang sejarah. Aku pun tidak tahu mengapa aku minat kepada buku-buku sejarah sahaja kali ini. Sejarah memang salah satu subjek kegemaranku. Ini gambar-gambarnya.



Buku-buku tersebut adalah:

1. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara (less 20%) RM20
2. Sejarah Ikhtilaf Mazhab di Malaysia (less 20%) RM24
3. Daulah Uthmniyah dan Alam Melayu (less 20%)RM20
4. Gerakan Islam Tradisional di Malaysia (less 20%) RM14

Ada diantara buku-buku itu pada asalnya adalah nota kursus di IPT kemudian dijadikan buku. Tak mengapalah. Asal boleh baca. Ianya terbitan Karisma Publication.

Thursday, March 18, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: Part I



Mulai hari ini 19hb Mac 2010 hingga 28hb Mac akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 (PBAKL) di bangunan PWTC, KL. Inilah saat yang di tunggu-tunggu oleh ulat-ulat buku.

Di sini, aku belum ada apa-apa komen tentangnya. Aku cuma mahu memperingatkan sahaja tentang tarikhnya. Kerana masih ada orang yang bertanya kepadaku tentangnya. Tentang komen tentangnya, insyaAllah di PBAKL part II.

InsyaAllah petang ini atau esok pagi aku akan menyempatkan diri menjenguknya. Mudah-mudahan ada buku-buku yang menarik yang sesuai dengan aku yang boleh aku bawa pulang.

Di sini pautan laman web rasmi PBAB.

Dan di sini pula adalah pautan peta kedudukan gerai-gerai pameran.

Friday, March 12, 2010

Nasyid B. Inggeris Maher Zain (Mumtaz)

Assalaimu'alaikum.

Aku tak pasti adakah dia sudah dikenali di Malaysia atau belum. Dan adakah lagu-lagunya telah dimainkan di ikim.fm. Kalau belum, anda boleh mendengarnya melalui pautan di bawah nanti. Bagiku lagu-lagunya best-best belaka dan berstandard barat betul. Jarang kita jumpa orang arab dapat menyanyikan lagu barat berstandard barat betul.

Aku juga tak pasti tentang dirinya dan bila albumnya mula muncul. Aku mendapat maklumat tentangnya di blog teman aku. Nanti sesiapa yang ingin mendengar lagu-lagunya dalam MP3 boleh cek di blog teman aku itu.

Menurut satu laman web dia orang Lubnan dan dia pernah menyanyi di USA. Albumnya mula muncul sejak Ogos 2009. Rupanya klip-klip lagunya pun sudah banyak di youtube.

Bagi mereka yang memegang fatwa boleh muzik boleh layan lagu-lagunya. Tetapi bagi mereka yang memegang fatwa haram muzik sila abaikan sahaja posting ini.



Senarai lagu-lagunya.

01. Always Be There.mp3 669.0KB
02. Ya Nabi Salam Alayka.mp3 749.9KB
03. Inshallah.mp3 670.7KB
04. Palestine Will Be Free.mp3 741.9KB
05. Thank You Allah.mp3 827.6KB
06. Allah Allah Kiya Karo (… 787.2KB
07. The Chosen One.mp3 588.1KB
08. Baraka Allah Lakuma.mp3 678.7KB
09. For The Rest Of My Life… 588.1KB
10. Hold My Hand.mp3 618.9KB
11. Awaken.mp3 560.6KB
12. Subhana Allah (Ft Mesut… 740.2KB
13. Open Your Eyes.mp3 669.0KB
14. Ya Nabi (Arabic Version… 749.9KB
15. Thank You Allah (Acoust… 821.1KB

Untuk lagu dalam bentuk MP3 dan lirik-liriknya lihat di sini.

Untuk dengar contoh, play.

Sunday, March 7, 2010

Jangan Simpan Masalah

Kisah motivasi;

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa