Wednesday, November 3, 2010

Makkah dikejutkan dengan hujan lebat 2 jam

Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Makkah hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarng sekali menerima hujan.

Cuaca panas di tanah suci Makkah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lalu dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam.


Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Makkah, Aziziah, Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya.

Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Makkah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam.

Aliran trafik Kota Makkah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas.

Kota Makkah berdebu berikutan pembangunan pesat sekarang hilang sementara, disebabkan hujan tersebut dan cuaca kembali panas seperti biasa hari ini.

Sumber: Malaysiakini

Dahulu, Mekah pernah dilanda banjir beberapa kali. Pada abad ke20 lensa kamera telah dapat merakam beberapa gambar tentangnya. Sila lihat:

Banjir 1360H



Banjir 1376H

 Banjir 1968M





Thursday, August 19, 2010

Google Earth Membuktikan Kebenaran Perintah Rasulullah


Assalamu'alaikum

Sudah lama aku tidak mengupdate blog aku. Mungkin sudah lebih empat bulan. Sebenarnya punca aku tidak sempat mengupdate blog aku kerana aku tiada masa untuk melakukannya. Kerana sejak kebelakangan ini aku agak sibuk. Tetapi di sini aku telah jumpai satu artikel yang agak menarik yang boleh jadi bahan untuk aku mengupdate blog. Maka daripada tak ada bahan langsung, baik aku copy paste orang punya.

Firman Allah Taala: Sungguh Kami ( sering ) melihat mukamu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai.Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang diberi Al Kitab ( taurat dan injil ) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. (Al-Baqarah : 144)

Ketika semula arah kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis, Rasulullah SAW, pada tahun kedua hijrah,ketika beliau di Madinah Al-Munawarah diperintah oleh Allah SWT, bahawa arah kiblat harus diubah iaitu mengadap Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah. Sejak itu, Masjidil Haram menjadi kiblat untuk semua muslim dan sejak saat itu Islam terus menyebar dan dengan pertolongan Allah SWT Islam meraih kemenangan, dan orang2 memeluk agama Allah(Islam) secara berbondong2 dan sehingga orang2 Yaman menjadi muslim.

Setelah itu, Rasulullah saw mengirimkan mereka (orang2 Yaman) guru untuk mengajarkan mereka tentang agama. Maka Ali bin Abi Thalib ke Hamdan dan Muath ibn Jabel ke Janad dan ia mengirim utusan2 ke Sana’a(Yaman) . Dan diantara utusan2 itu, adalah Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee yang diutus sebagai pelindung (Sana’a) kemudian memerintahnya untuk membangunkan mereka sebuah masjid dengan ketentuan yang Rasulullah saw telah tentukan sendiri.

At-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat berkata : “Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee berkata : “Rasulullah SAW berkata padaku : ” jika kamu mendirikan masjid di Sana’a, bangunkanlah dikanan sebuah gunung bernama Deyn.” Al-Hafez Al-Rahzey dalam buku nya “History of Sana’a” mengatakan, Rasulullah saw yang memerintahkan Wabribn Yuhanas Al-Ansarey ketika ia mengutusnya ke Sana’a untuk menjadi pelindung berkata ” Panggillah mereka kepada Iman (kepercayaan/untuk membuktikan kebenaran). Jika mereka mentaatimu tentang hal itu maka aturlah mengenai solat. Jika mereka mentaatimu mengenai hal itu,bangunkanlah masjid di taman Bathan, di mana disitu ditemukan sebuah batu di Gamdan dan arahkan ke sebuah gunung bernama Deyn.” dan Al-Rahzey berkata: ” Rasulullah saw menulis kepada Wabr untuk membangunkan dinding Bathan masjid dan mengarah ke Deyn.”

Dan 14 abad setelah kejadian itu, roket-roket dibuat dan mereka dapat melintasi jarak2 yang jauh (ke angkasa) membawa satelit-satelit.

Demi bintang ketika terbenam.
kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm (Bintang) : 1-4

Satelit-satelit membuktikan kebenaran Rasulullah saw.

Sebuah research yang dilakukan syeikh Abdul Majid Al-Zandaney melalui Google earth, video tersebut menampilkan wilayah Sana’a dan kemudian di zoom in sehingga tampak sebuah Masjid besar (Masjid Agung) yang dibelakangnya ditemui Masjid Sana’a yang dibangun atas perintah Rasulullah saw yang sekarang dibatasi oleh batu Mulallamah seperti yang digambarkan Rasulullah saw.Kemudian video tersebut menampilkan mesjid Sana’a, yang dibangun atas perintah Rasulullah saw, dari dekat.

Dalam video tersebut dibuat semacam sebuah garis kuning yang dimulakan dari kiblat Masjid Sana’a yang mengarah ke gunung Deyn, garis dari kiblat Masjid Sana’a ditarik ke arah PUNCAK gunung Deyn dan tampak garis itu melalui camp militer..maka terbentuklah sebuah garis lurus melintang dari kiblat Masjid Sana’a ke puncak gunung Deyn.

Dan kita diajak untuk meneruskan arah garis kuning itu lurus — benar-benar garis lurus — terus ke arah barat laut ke luar dari batas negara Yaman. dan Subhanallah.. Ternyata garis itu menuju ke mekah. tidak hanya itu, tidak ke tempat lain, garis itu tepat menuju Masjidil haram lebih dari itu, ketika di zoom in, tidak ke bahagian masjid yang lain,garis itu tepat menuju Kaabah tanpa meleset ke arah pusat Kabah.

Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Aku bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah.

Jarak antara Sana’a ke Mekah sekitar 815 km dan jarak dari Sana’a ke Gunung Deyn adalah 30 km.

Tidak ada satu pun manusia di bumi dapat menggambar sebuah garis lurus dipermukaan bumi antara dua wilayah yang begitu berjauhan, kecuali dengan bantuan peta yang sangat detail, yang sekarang dapat dibuat dengan adanya kapal terbang dan satelit, dan ilmu pengetahuan tentang garis bujur/garis lintang/ketinggian tanah dll. Dan Rasulullah SAW, 14 abad lalu, tidak menggunakan semua itu.

Subhanallah.

Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm :3-4

Inilah videonya

Saturday, March 20, 2010

PBAKL: Part III


Assalamu'alaikum

Tak sangka aku berkesempatan untuk menjengah ke PBKL 2010 buat kali kedua semalam. Mulanya aku tidak merancang untuk pergi lagi, kerana aku ada urusan lain. Tapi akhirnya ke sana juga.

Semalam pengunjung-pengunjung terlalulah sangat ramai. Lebih ramai daripada hari pertama iaitu pada hari Jumaat. Mungkin kerana hujung minggu. Boleh lawan PC fair.

Pada hari pertama sebenarnya aku hanya banyak mengunjungi gerai-gerai pilihan. Iaitu gerai-gerai yang banyak buku-buku ilmiah. Semalam aku lebih terbuka, hampir semua gerai aku kunjungi. Rupanya banyak lagi buku-buku menarik yang aku tidak perasan ada. Nanti aku ceritakan tentangya.

Ada beberapa perkara baru yang aku jumpa di PBAKL kali ini. Semalam kali pertama aku melihat orang datang ke pesta buku di Malaysia membawa beg beroda (mempunyai roda). Jika di Mesir, pemandangan ini adala biasa. Terutamanya bagi orang kita. Kerana mereka biasanya membeli buku banyak dan mereka mengisinya di dalam beg beroda. Paling kurang beg galas. Di Malaysia jarang kulihat perkara ini. Inilah kali pertama. Aku rasa ianya sesuai dibuat di Malaysia bagi sesiapa membeli buku terlalu banyak. Aku pun semalam mula merasa lenguh bahu apabila terpaksa membawa buku-buku di kiri kanan tangan dalam masa yang lama, walaupun tidaklah sebanyak mana.

Lagi, aku rasa elok menyediakan tag-tag nama dan diletakkan di semua beg-beg (termasuk anak) kepunyaan kita apabila berkunjung di tempat ramai. Kerana semalam aku mendengar ada pengumuman berjumpa beg dan nasib baik ada nama pemiliknya. Jika tidak, tentu susah.

Oklah, kembali kepada cerita tentang buku. Jika tahun lepas aku jumpa buku himpunan post blog Tun Mahathir. Pada kali ini aku jumpa himpunan post 50 hari blog anaknya pula, iaitu Marina Mahathir. Mungkn ada sesuatu yang best pada tulisannya kerana aku dengar blognya adalah antara blog bahasa Inggeris Malaysia yang popular. Aku tidak membelinya. Lain kali sahajalah.

Antara buku yang aku beli adalah buku Taxi. Semasa di Mesir, aku pernah jumpa buku itu. Buku itu buku best seller di sana. Aku pernah membaca sedikit isinya. Rasanya macam best. Sebab ia menceritakan tentang dunia teksi yang sememangnya menjadi episod penting dalam kehidupan seharian rakyat Mesir.

Bagi orang Mesir sendiri dan sesiapa yang pernah ke Mesir, pengalaman melihat atau menaiki teksi di Mesir tentu menjadi nostalgia indah dalam hidup mereka. Mungkin sebab itu buku itu menjadi best seller. Aku pernah menceritakan sedikit tentang menaiki teksi di Mesir. Lihat sini dan sini.

Tapi dulu aku tidak membelinya kerana harganya agak mahal. Aku rasa lebih kurang RM70. (Maklumlah best seller). Tapi semalam aku terkejut apabila terjumpa yang harganya RM25(lain penerbit, RM22 after less). Jadi aku terus membelinya.

Ada satu lagi buku yang kubeli, iaitu buku Mutiara Kata, susunan Adi Alhadi, terbitan Black $ White Publication. Aku suka membaca kata-kata hikmah. Aku membeli buku ini kerana di samping kumpulan kata2 hikmahnya, di belakangnya disertakan sedikit maklumat tentang orang yang berkata kata-kata itu. Harga asal RM35, after less RM25. Oklah 400 muka surat.

Pesanku, beli buku biarlah berbaloi. Jangan membeli hanya kerana kulitnya cantik. Fikirkan adakah isinya berbaloi dengan harganya.

Sekian. Wassalam

Friday, March 19, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: Part II



Alhamdulillah, semalam aku sempat mengunjungi PBAKL 2010. Walaupun selama 3 jam aku berlegar2 di sana tapi bagai rasa tak puas. Rasa macam hendak pergi lagi sekali.

Anyhow, ok jugalah PBAKL kali ini. Dewan Tun Abd Razak 2 digunakan semula pada tahun, jadi tidaklah sesak sangat seperti tahun lepas.

Ada dua tiga buku yang menarik perhatianku, antaranya buku-buku Altas Sejarah Islam, terbitan satu pustaka dari Indonesia. Buku-buku itu amat menarik dan cantik. Cuma harganya agak mahal, lebih kurang satu RM200 lebih. Jadi tidak dapatlah aku membelinya. Aku tahu buku-buku itu asalnya berbahasa Arab. Mereka menterjemahkannya. Bagiku untuk sesiapa yang faham bahasa Arab lebih baik mereka membeli yang bahasa Arab walaupun terjemahannya lebih menarik. Bagi yang tidak faham, buku-buku itu bagus untuk dijadikan sumber maklumat baru tentang sejarah Islam.

Dalam banyak-banyak buku, ada dua tiga buku yang menjadi pilihanku untuk kubeli. Iaitu buku-buku sejarah. Kebetulan keempat-empat buku yang kupilih adalah tentang sejarah. Aku pun tidak tahu mengapa aku minat kepada buku-buku sejarah sahaja kali ini. Sejarah memang salah satu subjek kegemaranku. Ini gambar-gambarnya.



Buku-buku tersebut adalah:

1. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara (less 20%) RM20
2. Sejarah Ikhtilaf Mazhab di Malaysia (less 20%) RM24
3. Daulah Uthmniyah dan Alam Melayu (less 20%)RM20
4. Gerakan Islam Tradisional di Malaysia (less 20%) RM14

Ada diantara buku-buku itu pada asalnya adalah nota kursus di IPT kemudian dijadikan buku. Tak mengapalah. Asal boleh baca. Ianya terbitan Karisma Publication.

Thursday, March 18, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: Part I



Mulai hari ini 19hb Mac 2010 hingga 28hb Mac akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 (PBAKL) di bangunan PWTC, KL. Inilah saat yang di tunggu-tunggu oleh ulat-ulat buku.

Di sini, aku belum ada apa-apa komen tentangnya. Aku cuma mahu memperingatkan sahaja tentang tarikhnya. Kerana masih ada orang yang bertanya kepadaku tentangnya. Tentang komen tentangnya, insyaAllah di PBAKL part II.

InsyaAllah petang ini atau esok pagi aku akan menyempatkan diri menjenguknya. Mudah-mudahan ada buku-buku yang menarik yang sesuai dengan aku yang boleh aku bawa pulang.

Di sini pautan laman web rasmi PBAB.

Dan di sini pula adalah pautan peta kedudukan gerai-gerai pameran.