Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya 'Idilfitri



Assalamualaikum wrt wbt

Sempena hari raya yang mulia ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia. Terutama kepada semua yang mengenali diriku dan kepada sesiapa yang melayari blog aku ini. Ku hulurkan sepuluh jari dari lebah Nil memohon jutaan kemaafan zahir dan batin atas segala kesilapan dan ketelanjuran. Semoga segala amal kebajikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan dapat diterima oleh Allah s.w.t.. Semoga Ramadhan berjaya meningkatkan keimanan kita dan menjadikan kita insan-insan yang jujur, ikhlas dan bertaqwa.

Friday, September 26, 2008

Berpuasa di Mesir

Assalamualaikum wrt. wbt.

Minta maaf kerana sudah lama aku tak menghantar apa-apa posting ke blog ini. Ini disebabkan aku agak sibuk menyiapkan suatu tugasan. Di tambah pula dengan suasana sedang berpuasa yang tidak memungkinkan aku mencari idea untuk menulis. Kesilapan ingin menukar template blog kepada template baru membawa padah kerana aku tak dapat kembali ke template lama yang telah banyak aku tambah layoutnya. Sudah ku cuba banyak kali tapi gagal. Jadi semangat nak update blog pun berkurang. Tapi tidak mengapalah. Nanti aku akan cuba selesaikan masalah ini dengan cara lain.

Alhamdulillah, tugasan aku sudah selesai. Maka bolehlah aku menarik nafas lega dan dapat menikmati hari-hari terakhir di bulan Ramadhan tahun ini di samping mengupdate blog aku.

Bagai tak sedar, pejam celik, Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Tapi kali ini aku belum mahu membincangkan tentang raya. Nanti panjang posting aku dan menjemukan pula. Di sini aku cuma nak bercerita tentang bulan Ramadhan di Mesir. Aku belum sempat bercerita tentang berpuasa di Mesir sejak aku tiba di sini kerana kesibukan yang aku katakan tadi.

Berpuasa di Mesir sama seperti berpuasa di mana-mana. Tiada apa-apa yang ajaib. Orang Mesir menyambut bulan Ramadhan dengan penuh keinsafan dan kemeriahan sama seperti orang Malaysia.

Pada tahun ini bulan puasa di Mesir jatuh pada hujung musim panas. Jadi cuacanya agak panas. Agak meletihkan juga jika banyak melakukan aktiviti luar. Mungkin kerana dehydration. Namun begitu cuaca masih baik kerana anginnya tidak begitu panas, malah agak nyaman. Jadi tidaklah teruk sangat panasnya.

Untuk menceritakan tentang berpuasa di Mesir aku mulakan dengan umat Islam Mesir mempunyai satu tradisi dalam menyambut Ramadhan. Iaitu mereka ada suatu simbol sepertilah orang kita meletakkan simbol ketupat, bulan sabit atau pelita ketika mahu menyambut hari raya. Orang Mesir pula menggantung “fanoos”. “Fanoos” adalah sejenis lampu seakan tanglung yang berbentuk panjang dan bersegi. Mereka menggantungnya di depan rumah, depan kedai dan di pasar-pasar. Di katakan "fanoos" ini asal usulnya dulu dipasang sepanjang malam sebelum adanya teknologi lampu moden untuk menghidupkan suasana malam di bulan Ramadhan. Untuk mengetahui tentang bentuk lampu itu, sila lihat gambar.

Tentang bazaar Ramadhan. Di sini tiada bazaar Ramadhan tidak seperti di Malaysia atau mungkin di negara-negara lain. Di sini kalau ada pun, hanyalah orang menjual 2 jenis air. Iaitu Air Asam Jawa dan Air Campuran “Santan”. Kuih-kuih yang ada pula adalah kuih-kuih yang sama yang ada di bulan-bulan lain.

Tentang makanan berbuka puasa bagi orang Arab Mesir. Aku tak berapa pasti apakah makanan berbuka mereka. Kerana aku tidak pernah berbuka di rumah orang Arab. Tetapi yang aku pasti adalah mereka juga mempunyai masalah makan lebih banyak di bulan Ramadhan daripada bulan-bulan lain seperti masyarakat kita. Aku mengetahui perkara ini daripada sebuah rancangan TV yang aku tonton sebelum Ramadhan.

Aku ada beberapa kali berbuka di masjid di sini. Di masjid, pihak masjid memberikan beberapa biji kurma sebelum solat maghrib kepada para jemaah. Kemudian setelah solat, mereka memberikan nasi kuning dalam mangkuk dengan lauk daging rebus seketul besar dan sayur. Air pula cari sendiri. (Air kosong)

Solat terawih di sini pula kebanyakannya didirikan hanya lapan rakaat. Kebanyakan masjid-masjid yang kapasitinya kecil, imam-imamnya membacakan satu muka surat daripada al-Quran pada setiap rakaat. Mereka membacanya sambil membuka al-Quran besar di depan mereka. Maka pada satu malam tak habis satu juzz. Tetapi bagi masjid-masjid yang kapasitinya besar, imamnya akan membaca surah al-Quran dengan hafalan sebanyak satu juzz dalam lapan rakaat. Maka setiap rakaat agak panjang.



Maaidah Rahman

Selain di masjid-masjid, sesuatu yang agak berlainan di sini adalah di pinggir-pinggir jalan di sini terdapat khemah-khemah yang didirikan khas untuk orang ramai berbuka puasa secara percuma. Ia ditaja oleh dermawan-dermawan Mesir. Khemah-khemah tersebut dipanggil “Maaidah al-Rahman” Biasanya terdapat kain rentang yang tertulis “Maaidah al-Rahman” di khemah-khemah itu untuk memudahkan orang mengetahui tentangnya. Makanan yang disediakan agak lumayan. Aku belum sempat ke khemah-khemah tersebut. Kerana tempat aku agak jauh dari tempat-tempat itu. Lihat gambar khemah “Maaidah al-Rahman”. Itu gambar sebelum orang datang berbuka.

Bacaan Paling Popular

Seperkara lagi yang agak menarik di Mesir pada bulan Ramadhan adalah bacaan paling popular di bulan ini di sini adalah al-Quran. Di mana-mana, samaada di dalam kenderaan awam; bas, keretapi dan “trenco” (istilah bagi van kenderaan awam) atau di dalam kereta persendirian, ramai orang memegang al-Quran dan membacanya. Mereka bukan sahaja di kalangan orang dewasa, malah remaja-remaja, samaada remaja lelaki yang berpakaian smart atau anak-anak gadis yang bertudung dan berseluar jeans tekun membaca al-Quran di mana-mana di depan orang ramai. Aku tak ada gambar tentang ini. Kalau ada lagi best.

Pembayaran Zakat

Ini adalah perkara yang terakhir tentang Ramadhan di Mesir yang dapat aku coretkan di sini. Tiada amil untuk menerima zakat fitrah di sini. Tidak seperti di Malaysia. Di sini, sesiapa yang ingin membayar zakat fitrah mereka hanya perlu meletakkan duit zakat ke dalam tong-tong zakat yang di sediakan di masjid-masjid yang tertulis padanya “Zakat Fitrah”. Tiada amil di situ. Agak aneh bukan?

Aku dengar raya di sini tak meriah. Aku belum tahu keadaannya yang sebenar kerana aku belum melaluinya. Nanti selepas raya setelah aku melaluinya aku akan ceritakan insyaAllah. Baiklah sekadar ini coretan ku buat kali ini. Sekian.

The pictures in this article were borrowed from other sites. That is due to the limitation of my time to take it by myself.

Saturday, September 13, 2008

Mantapkan Iman Kita


Bagaimanakah kita boleh mengetahui tentang kewujudan Tuhan jika tanpa orang lain memberitahu kepada kita?

Bagaimanakah kita boleh mengetahui tentang sifat-sifat Tuhan jika tanpa ada kitab suci memberitahu kepada kita?

Bagaimanakah kita tahu bahawa Tuhan bukan yang mereka orang kafir sembah?

Bagaimanakah kita nak tentukan bilanganNya?

Bagaimanakah kita boleh menetukan bahawa Tuhan tidak berbentuk?

Bagaimanakah kita nak tahu bahawa Dialah yang mencipta alam semesta ini?

Bagaimankah kita nak mengetahui bahawa Tuhan tidak mempunyai isteri dan anak?

Nabi s.a.w. dan Quran turun untuk memberi petunjuk kepada kita. Selepas itu kita mempunyai akal untuk menemui jawapan-jawapan logik kepada soalan-soalan tadi. Maka secara logiknya marilah kita menjawab soalan-soalan tadi.

Cubalah orang-orang kafir pula menjawab soalan-soalan tadi. Mereka boleh menggunakan logik untuk mencari jawapan mereka. Logik yang sebenar akan menyampaikan mereka kepada jawapan seperti kita. Tapi jika logik itu lojik separuh benar ia akan menyampaikan mereka ke jalan buntu (no way).

Tuesday, September 9, 2008

Penemuan Pendeta Hindu

Cerita ini mungkin sudah lama di siarkan di mana-mana. Tapi aku baru sahaja dapat cerita ini dari temanku. Wallahu'alam tentang kesahihannya. Tapi cerita ini (kalau benar)agak menarik. Marilah kita sama-sama membacanya.

Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad menulis dan menerbitkan buku berjudul Kalki Utar yang bererti Pembimbing Agung. Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki Utar.

Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.

Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau ( di dalam mana-mana kitab sejarah Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.

Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa Arab Abdullah.

Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.

Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.

Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.

Untuk text asal Bahasa Inggerisnya, sila klik di sini http://www.milligazette.com/Archives/2005/01-15Feb05-Print-Edition/011502200574.htm atau http://armageddon20.tripod.com/Smile_E-zine/id14.html