Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

'Eid Mubarak

Syiekh Abu Bakar Awang Meninggal Dunia...Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

(Gambar: Abu Bakar dengan anak-anak muridnya) oleh: Ismail Hashim ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua. Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya. Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah. Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama. Sebaik kembali dari Ira...

Kita ibarat pinggan

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.. Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.. Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina.. Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga.. Namun jika...

Barzakh Airlines

Diadaptasi dari artikel berbahasa Indonesia. Gambar hiasan Jadual penerbangan tuan-tuan dan puan-puan tidak tertera di mana-mana, namun tuan-tuan dan puan-puan jangan bimbang, kerana nama tuan-tuan dan puan-puan telah ada direkodkan untuk perjalanan ini. Tuan-tuan dan puan-puan diharapkan sentiasa bersedia kerana tuan-tuan dan puan-puan akan berangkat pada bila-bila masa sahaja. Diharapkan, tuan-tuan dan puan-puan dapat menunggu di “jalan yang lurus” sehingga nama tuan-tuan dan puan-puan dipanggil. Informasi tentang perjalanan ini tidak dapat didapati daripada brosure-brosure penerbangan biasa, tetapi ia melalui Al-Qur’an dan Al-Hadis. Sila ambil perhatian, pesawat penerbangan tuan-tuan dan puan-puan bukan Air Asia Airlines, MAS Airlines, ataupun Firefly Airlines. tetapi Al-Jenazah Airlines. Tiada had berat bagi bagasi tuan-tuan dan puan-puan kerana bagasi tuan-tuan dan puan-puan bukan lagi beg-beg seberat 23Kg, tetapi amalan baik buruk tuan-tuan dan puan-puan semasa di dunia, tak leb...