Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431H

Gambar Hukum Hudud di Somalia

Penduduk lihat hukuman rejam yang MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu. MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh. Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh. Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu. “Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman. “Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya. “Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan. “Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya. SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed. Sebelum d...