Skip to main content

PBAKL: Part III


Assalamu'alaikum

Tak sangka aku berkesempatan untuk menjengah ke PBKL 2010 buat kali kedua semalam. Mulanya aku tidak merancang untuk pergi lagi, kerana aku ada urusan lain. Tapi akhirnya ke sana juga.

Semalam pengunjung-pengunjung terlalulah sangat ramai. Lebih ramai daripada hari pertama iaitu pada hari Jumaat. Mungkin kerana hujung minggu. Boleh lawan PC fair.

Pada hari pertama sebenarnya aku hanya banyak mengunjungi gerai-gerai pilihan. Iaitu gerai-gerai yang banyak buku-buku ilmiah. Semalam aku lebih terbuka, hampir semua gerai aku kunjungi. Rupanya banyak lagi buku-buku menarik yang aku tidak perasan ada. Nanti aku ceritakan tentangya.

Ada beberapa perkara baru yang aku jumpa di PBAKL kali ini. Semalam kali pertama aku melihat orang datang ke pesta buku di Malaysia membawa beg beroda (mempunyai roda). Jika di Mesir, pemandangan ini adala biasa. Terutamanya bagi orang kita. Kerana mereka biasanya membeli buku banyak dan mereka mengisinya di dalam beg beroda. Paling kurang beg galas. Di Malaysia jarang kulihat perkara ini. Inilah kali pertama. Aku rasa ianya sesuai dibuat di Malaysia bagi sesiapa membeli buku terlalu banyak. Aku pun semalam mula merasa lenguh bahu apabila terpaksa membawa buku-buku di kiri kanan tangan dalam masa yang lama, walaupun tidaklah sebanyak mana.

Lagi, aku rasa elok menyediakan tag-tag nama dan diletakkan di semua beg-beg (termasuk anak) kepunyaan kita apabila berkunjung di tempat ramai. Kerana semalam aku mendengar ada pengumuman berjumpa beg dan nasib baik ada nama pemiliknya. Jika tidak, tentu susah.

Oklah, kembali kepada cerita tentang buku. Jika tahun lepas aku jumpa buku himpunan post blog Tun Mahathir. Pada kali ini aku jumpa himpunan post 50 hari blog anaknya pula, iaitu Marina Mahathir. Mungkn ada sesuatu yang best pada tulisannya kerana aku dengar blognya adalah antara blog bahasa Inggeris Malaysia yang popular. Aku tidak membelinya. Lain kali sahajalah.

Antara buku yang aku beli adalah buku Taxi. Semasa di Mesir, aku pernah jumpa buku itu. Buku itu buku best seller di sana. Aku pernah membaca sedikit isinya. Rasanya macam best. Sebab ia menceritakan tentang dunia teksi yang sememangnya menjadi episod penting dalam kehidupan seharian rakyat Mesir.

Bagi orang Mesir sendiri dan sesiapa yang pernah ke Mesir, pengalaman melihat atau menaiki teksi di Mesir tentu menjadi nostalgia indah dalam hidup mereka. Mungkin sebab itu buku itu menjadi best seller. Aku pernah menceritakan sedikit tentang menaiki teksi di Mesir. Lihat sini dan sini.

Tapi dulu aku tidak membelinya kerana harganya agak mahal. Aku rasa lebih kurang RM70. (Maklumlah best seller). Tapi semalam aku terkejut apabila terjumpa yang harganya RM25(lain penerbit, RM22 after less). Jadi aku terus membelinya.

Ada satu lagi buku yang kubeli, iaitu buku Mutiara Kata, susunan Adi Alhadi, terbitan Black $ White Publication. Aku suka membaca kata-kata hikmah. Aku membeli buku ini kerana di samping kumpulan kata2 hikmahnya, di belakangnya disertakan sedikit maklumat tentang orang yang berkata kata-kata itu. Harga asal RM35, after less RM25. Oklah 400 muka surat.

Pesanku, beli buku biarlah berbaloi. Jangan membeli hanya kerana kulitnya cantik. Fikirkan adakah isinya berbaloi dengan harganya.

Sekian. Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Membaca Novel

Ini adalah suatu topik yang telah lama aku pendamkan untuk menulisnya. Aku sering menangguhkan hasratku untuk menulisnya kerana sebelum ini aku tiada sokongan pendapat daripada orang lain. Namun baru-baru ini ketika aku sedang menyelak sebuah buku aku terjumpa suatu pendapat yang hampir serupa dengan pendapatku. Iaitu tentang kesan negatif membaca novel. Buku yang aku maksudkan adalah buku tulisan Dr. ‘Aidh Al-Qarni yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan judul “Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia”, (ianya kepunyaan seorang perempuan). Aku terpandang sedikit kata-katanya mengenai keburukan sesetengah novel. Iaitu baginya sesetengah novel boleh membuatkan manusia khayal, tidak berpijak di dunia yang nyata malah membahayakan diri mereka sendiri. Beliau berkatanya: “ Sesungguhnya kebahagiaan anda terletak pada ilmu pengetahuan dan pandangan hidup yang lurus, sedangkan hal seperti itu tidak diperolehi dari kisah-kisah romantic atau murahan yang membuat pembacanya mengkhayal dan melay...

Bahasa Arab Mesir

Umum mengetahui bahawa Mesir adalah sebuah negara Arab. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa bahasa pertuturan di Mesir bukanlah bahasa Arab yang biasa didengar atau dubaca; iaitu bahasa standard. Seperti bahasa Bahasa Al-Quran, Hadith, bahasa penulisan dan ucapan rasmi.Bahasa Arab pertututran di Mesir adalah bahasa Arab loghat atau dialek “”Ammiyyah”. Bagi sesetengah orang, mengertikannya bahasa pasar. Pokoknya ada banyak perubahan dan perbezaan antara bahasa Arab standard dan bahasa slanga sehingga tidak dapat difahami. Punca Bahasa Arab Mesir menjadi loghat ‘ammiyyah adalah kerana dikatakan Mesir pernah menjadi pusat ketamaddunan dunia, maka pelbagai bangsa pernah datang dan mereka memberi kesan kepada penambahan bahasa Mesir. Salah satu lagi faktor adalah kerana Mesir pernah dijajah dalam tempoh yang panjang oleh pelbagai penjajah asing. Perkara ini juga menyebabkan bahasa Mesir dimasuki oleh bahasa-bahasa penjajah asing itu. Maka menurut orang Mesir sendiri, bahasa Mesir adal...

Makkah dikejutkan dengan hujan lebat 2 jam

Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Makkah hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarng sekali menerima hujan. Cuaca panas di tanah suci Makkah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lalu dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam. Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Makkah, Aziziah, Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya. Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Makkah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam. Aliran trafik Kota Makkah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas. Kota Makkah berdebu berikutan pe...