Skip to main content

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: Part II



Alhamdulillah, semalam aku sempat mengunjungi PBAKL 2010. Walaupun selama 3 jam aku berlegar2 di sana tapi bagai rasa tak puas. Rasa macam hendak pergi lagi sekali.

Anyhow, ok jugalah PBAKL kali ini. Dewan Tun Abd Razak 2 digunakan semula pada tahun, jadi tidaklah sesak sangat seperti tahun lepas.

Ada dua tiga buku yang menarik perhatianku, antaranya buku-buku Altas Sejarah Islam, terbitan satu pustaka dari Indonesia. Buku-buku itu amat menarik dan cantik. Cuma harganya agak mahal, lebih kurang satu RM200 lebih. Jadi tidak dapatlah aku membelinya. Aku tahu buku-buku itu asalnya berbahasa Arab. Mereka menterjemahkannya. Bagiku untuk sesiapa yang faham bahasa Arab lebih baik mereka membeli yang bahasa Arab walaupun terjemahannya lebih menarik. Bagi yang tidak faham, buku-buku itu bagus untuk dijadikan sumber maklumat baru tentang sejarah Islam.

Dalam banyak-banyak buku, ada dua tiga buku yang menjadi pilihanku untuk kubeli. Iaitu buku-buku sejarah. Kebetulan keempat-empat buku yang kupilih adalah tentang sejarah. Aku pun tidak tahu mengapa aku minat kepada buku-buku sejarah sahaja kali ini. Sejarah memang salah satu subjek kegemaranku. Ini gambar-gambarnya.



Buku-buku tersebut adalah:

1. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara (less 20%) RM20
2. Sejarah Ikhtilaf Mazhab di Malaysia (less 20%) RM24
3. Daulah Uthmniyah dan Alam Melayu (less 20%)RM20
4. Gerakan Islam Tradisional di Malaysia (less 20%) RM14

Ada diantara buku-buku itu pada asalnya adalah nota kursus di IPT kemudian dijadikan buku. Tak mengapalah. Asal boleh baca. Ianya terbitan Karisma Publication.

Comments

Popular posts from this blog

Makkah dikejutkan dengan hujan lebat 2 jam

Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Makkah hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarng sekali menerima hujan. Cuaca panas di tanah suci Makkah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lalu dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam. Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Makkah, Aziziah, Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya. Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Makkah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam. Aliran trafik Kota Makkah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas. Kota Makkah berdebu berikutan pe...

Kesan Membaca Novel

Ini adalah suatu topik yang telah lama aku pendamkan untuk menulisnya. Aku sering menangguhkan hasratku untuk menulisnya kerana sebelum ini aku tiada sokongan pendapat daripada orang lain. Namun baru-baru ini ketika aku sedang menyelak sebuah buku aku terjumpa suatu pendapat yang hampir serupa dengan pendapatku. Iaitu tentang kesan negatif membaca novel. Buku yang aku maksudkan adalah buku tulisan Dr. ‘Aidh Al-Qarni yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan judul “Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia”, (ianya kepunyaan seorang perempuan). Aku terpandang sedikit kata-katanya mengenai keburukan sesetengah novel. Iaitu baginya sesetengah novel boleh membuatkan manusia khayal, tidak berpijak di dunia yang nyata malah membahayakan diri mereka sendiri. Beliau berkatanya: “ Sesungguhnya kebahagiaan anda terletak pada ilmu pengetahuan dan pandangan hidup yang lurus, sedangkan hal seperti itu tidak diperolehi dari kisah-kisah romantic atau murahan yang membuat pembacanya mengkhayal dan melay...

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: Part I

Mulai hari ini 19hb Mac 2010 hingga 28hb Mac akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 (PBAKL) di bangunan PWTC, KL. Inilah saat yang di tunggu-tunggu oleh ulat-ulat buku. Di sini, aku belum ada apa-apa komen tentangnya. Aku cuma mahu memperingatkan sahaja tentang tarikhnya. Kerana masih ada orang yang bertanya kepadaku tentangnya. Tentang komen tentangnya, insyaAllah di PBAKL part II. InsyaAllah petang ini atau esok pagi aku akan menyempatkan diri menjenguknya. Mudah-mudahan ada buku-buku yang menarik yang sesuai dengan aku yang boleh aku bawa pulang. Di sini pautan laman web rasmi PBAB. Dan di sini pula adalah pautan peta kedudukan gerai-gerai pameran.