Saturday, September 13, 2008

Mantapkan Iman Kita


Bagaimanakah kita boleh mengetahui tentang kewujudan Tuhan jika tanpa orang lain memberitahu kepada kita?

Bagaimanakah kita boleh mengetahui tentang sifat-sifat Tuhan jika tanpa ada kitab suci memberitahu kepada kita?

Bagaimanakah kita tahu bahawa Tuhan bukan yang mereka orang kafir sembah?

Bagaimanakah kita nak tentukan bilanganNya?

Bagaimanakah kita boleh menetukan bahawa Tuhan tidak berbentuk?

Bagaimanakah kita nak tahu bahawa Dialah yang mencipta alam semesta ini?

Bagaimankah kita nak mengetahui bahawa Tuhan tidak mempunyai isteri dan anak?

Nabi s.a.w. dan Quran turun untuk memberi petunjuk kepada kita. Selepas itu kita mempunyai akal untuk menemui jawapan-jawapan logik kepada soalan-soalan tadi. Maka secara logiknya marilah kita menjawab soalan-soalan tadi.

Cubalah orang-orang kafir pula menjawab soalan-soalan tadi. Mereka boleh menggunakan logik untuk mencari jawapan mereka. Logik yang sebenar akan menyampaikan mereka kepada jawapan seperti kita. Tapi jika logik itu lojik separuh benar ia akan menyampaikan mereka ke jalan buntu (no way).

1 comment:

  1. berkata guru: allah itu wajibul wujud. tanpaNya pasti akan sirna segalanya. Allah itu wajud sebelum wujud selainnya. WujudNya Qadim, wujud kita baharu. Adanya kita, sama seperti tiadanya kita, kerana adanya Allah mencukupi segalanya... salam dari bumi terengganu buat teman di bumi Firaun. :)

    ReplyDelete