Biar pun agak terlewat aku menulis posting ini, kerana raya sudah hampir habis. Tetapi memandangkan ada teman-teman yang menginginkan aku menceritakan tentang pengalaman beraya di Mesir, maka aku tuliskan juga topik ini sekadar yang aku mampu untuk tatapan semua. Beraya di Mesir sememangnya amat berbeza dari beraya di Malaysia. Ini kerana tiada dendangan lagu-lagu raya di mana-mana, tiada jualan murah atau jualan benda-benda lain yang berkaitan dengan raya dan tiada hiasan tertentu untuk raya. Keadaan hari-hari hampir dekat raya sama seperti hari-hari biasa. Tiada beza. Pada pagi raya, sebelum sembahyang raya diadakan, barulah ada suara-suara takbir berkumandang di corong-corong pembesar suara daripada masjid-masjid Mesir. Sembahyang raya tidak diadakan di dalam masjid. Sebaliknya diadakan di kawasan-kawasan lapang yang berdekatan dengan masjid. Seperti di tempat letak kereta ataupun di jalan-jalan raya yang luas yang bukan jalan utama (bagi masjid yang tiada tempat lapang berdekatan d...