Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Laut tak bercampur

p/s: insyaAllah bila-bila aku komen.

Terkini: Pengeboman di Kaherah

Semalam telah berlaku suatu pengeboman di Khan Khalili, iaitu suatu bazaar popular di Kaherah. Pengeboman itu telah mengakibatkan 4 orang terbunuh termasuk pelancong asing dan 20 orang cedera. Untuk berita lanjut sila lihat The Star . Khan Khalil adalah satu bazaar yang sering dikunjungi pelancong-pelancong yang mahu membeli cenderamata dan buah tangan Mesir. Tempat itu dikawal oleh ramai polis sepanjang masa. Kawalannya seolah-olah kemas. Tapi tak sangka juga berlaku kes pengeboman. Tempat berlakunya pengeboman itu adalah di deretan cafe yang biasanya tempat pelancong asing melepak. Belum pasti siapa yang melakukannya. Tetapi yang pasti dalam masa terdekat bazaar itu akan ditutup untuk siasatan.

Kembara Sinai 2009

Sudah menjadi kebiasaan pelajar-pelajar Malayisa di Mesir pada setiap tahun pada musim sejuk akan mengadakan rombongan ke Sinai. Sinai adalah sebuah negeri yang terletak di Tenggara Mesir, bersempadan dengan Israel, Jordan dan Arab Saudi. Antara sebab mengapa Sinai dikunjungi adalah kerana di sana terdapat beberapa tempat bersejarah. Antaranya 1. laluan Nabi Musa a.s membawa kaumnya Bani Israel ketika keluar dari Mesir. 2. Gunung Tur Sina, iaitu gunung yang Nabi Musa a.s. bercakap dengan Allah s.w.t. di atasnya 3. batu yang dikatakan dipukul oleh Nabi Musa .a.s. untuk mendapakan air, 4. kesan lembu Samiri yang pernah disembah oleh Bani Israel, 5. maqam beberapa orang nabi, iaitu Nabi Saleh a.s. dan Nabi Harun a.s., 6. kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan juga beberapa tempat pelancongan lain, seperti pantai Dahab, Taba dan Sharm al-Sheikh. Baru-baru ini aku sempat mengikut salah satu rombongan mereka ke negeri itu. Sinai bukanlah sebuah negeri yang subur. Kebanyakan permukaan buminya k...

Kisah Orang Masuk Islam

Assalamu'alaikum wwrt wbt Banyak lagi klip-klip tentang kisah orang memeluk Islam di youtube. Silalah layari. Terdapat beberapa kesimpulan yang boleh aku ambil daripada kisah-kisah orang memeluk Islam itu. 1. Hidayah hanylah daripada Allah s.w.t. 2. Masjid memainkan peranan penting. 3. Sebarkan Islam walaupun tanpa merancang.

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-41

"Sungguh meletihkan", itulah ungkapan yang biasanya aku luahkan setiap kali hampir keluar dari pintu keluar Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke 41. Baru-baru ini telah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ke 41 pada 21hb Januari hingga ke 5hb Febuari 2009. Selama 2 minggu pesta buku itu berlangsung, 8 hari aku berulang-alik mengunjunginya. Terasa amat teruja dengan pengalaman ini. Inilah kali pertama aku berpeluang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kaherah yang dikatakan ke 2 terbesar di dunia. Memang amat besar. Lebih besar dari pesta buku di India yang dikatakan 3 hari baru dapat dihabiskan satu pusingan. Dan 10 kali ganda lebih besar daripada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Terdapat 765 penerbit daripada 27 buah negara menyertainya.Tiket masuk dikenakan kepada para pengunjung LE1. Iaitu seperti RM1 duit Malaysia . Pesta buku ini diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa di Kaherah. Di tapak pusat pameran tersebut, terdapat 6 buah dewan besar yang berasing...