Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Tip berucap di khalayak ramai

Menurut kebanyakan pendapat, penyampaian ucapan atau ceramah yang baik bergantung pada tiga perkara utama: Siapakah yang menyampaikan? Bagaimanakah maklumat tersebut disampaikan? Apakah yang disampaikan? Jika diteliti, faktor orang yang menyampaikan diletakkan paling atas sekali dalam senarai. Mengapa? Lazimnya, apabila dimaklumkan bahawa akan ada satu ceramah di tempat anda, apakah perkara pertama yang akan anda tanya? Soalannya pasti "Siapa penceramahnya?" Identiti penceramah sangat penting kerana identiti merupakan daya penarik bagi penganjur untuk menarik lebih banyak penonton. Walaupun terdapat hanya seorang penceramah yang terkenal dan penceramah lain ialah penceramah biasa yang belum dikenali, daya tarikan dan reputasi penceramah utama tadi mampu untuk menarik kehadiran penonton. Situasi yang sama juga berlaku dalam penganjuran sesuatu konsert. Apabila tiket konsert mula dijual, penganjur akan meletakkan nama penyanyi yang paling terkenal di atas untuk menarik perhatia...

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

Assalaamu'alaikum Baru-baru ini, iaitu dari 17hb hingga 26hb April 2009, telah berlangsung di PWTC, KL, Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) 2009. Seperti biasa, lebih seminggu ianya diadakan, Dan seperti biasa, akulah orang yang jarang melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Namun tidak seperti pada PBAKL sebelum-sebelum ini, pada tahun ini, aku terlambat sedikit mengunjunginya. Aku mula menjengahnya pada hari ke 5. Tidak seperti biasa. Biasanya pada awal-awal ia dirasmikan aku telah menjengahnya. Ada banyak sebabnya mengapa kali ini aku terlewat sedikit. Antaranya, bajet buku aku untuk tahun ini sudah habis. Aku telah menggunakannya ketika aku mengunjungi pesta buku Mesir baru-baru ini. Sebab itulah semangat aku untuk membeli buku di PBAKL ini sudah tiada. Dan sebab itu jugalah aku melambatkan kunjunganku ke sana. Aku biasanya pada awal-awal PBAKL dirasmikan aku telah menjengahnya kerana aku tidak mahu terlepas buku-buku yang terkadang awal-awal lagi sudah kehabisan. Untuk mengela...

Selamat Tinggal Mesir

Assalamualaikum wrt. wbt . Agak lama aku tidak mengupdate blog aku. Sejak pulang ke Malaysia, minat dan keluangan masaku sudah tidak sama lagi sepertimana ketika aku di Mesir. Di Malaysia, walaupun aku mempunyai keluangan masa, namun semangat untuk mengupdate blog sudah berubah. Jangankan kata hendak mengupdate blog, hendak melayari internet pun jarang. Di sini aku cuba melakarkan sepatah dua kata agar ia dapat menjadi penerus semangat dan kesinambunganku untuk terus berkongsi bicara di ruang maya ini dan aku dapat terus bertitle 'blogger' (Walaupun selama ini aku belum layak bergelar dengan gelaran itu). Alhamdulillah aku telah selamat menjejakkan kakiku semula ke tanahairku Malaysia pada beberapa minggu lalu. Aku mengucapkan ‘Sayonara Mesir’ kepada tempat saudara-saudaraku seIslam di Mesir. Semoga kalian dirahmati, dilindungi Allah s.w.t dan jumpa lagi insyaAllah. Bersyukurlah aku selamat tiba di Malayisa. Alhamdulillah aku sihat, tidak mengalami apa-apa masalah perubahan cua...

Bersolat di Mesir

Mungkin agak pelik tajuk ini. Namun setelah aku terangkan nanti mungkin baru dapat difahami maksudnya. Bersolat di Mesir sebenarnya tiada apa-apa perbezaannya dengan solat di mana-mana. Orang Islam Mesir bukanlah bermazhab Maliki yang mempunyai banyak perbezaan solatnya dengan solat mazhab-mazhab lain. Contoh solat mazhab Maliki; tangan dilepaskan, jari digerakkan dalam tasyahhud dan sebagainya. Orang Mesir kebanyakkannya bermazhab…Syafie. Jadi cara mereka solat adalah sama dengan kita. Aku teragak-agak untuk mengatakan bahawa mereka bermazhab Syafie adalah kerana sepanjang aku solat subuh di masjid di Mesir hanya sekali sahaja imamnya membaca Qunut subuh . Namun sebenarnya bukanlah perkara ini yang ingin aku tonjolkan di sini. Apa yang aku ingin kongsikan adalah praktik mereka bersolat. Kelainan orang Mesir bersolat adalah antaranya; bagi pekerja atau peniaga yang tidak pergi solat berjemaah, mereka biasanya akan bersolat di kali lima kedai atau restoran mereka atau di mana-mana ruang...