Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

PBAKL: Part III

Assalamu'alaikum Tak sangka aku berkesempatan untuk menjengah ke PBKL 2010 buat kali kedua semalam. Mulanya aku tidak merancang untuk pergi lagi, kerana aku ada urusan lain. Tapi akhirnya ke sana juga. Semalam pengunjung-pengunjung terlalulah sangat ramai. Lebih ramai daripada hari pertama iaitu pada hari Jumaat. Mungkin kerana hujung minggu. Boleh lawan PC fair. Pada hari pertama sebenarnya aku hanya banyak mengunjungi gerai-gerai pilihan. Iaitu gerai-gerai yang banyak buku-buku ilmiah. Semalam aku lebih terbuka, hampir semua gerai aku kunjungi. Rupanya banyak lagi buku-buku menarik yang aku tidak perasan ada. Nanti aku ceritakan tentangya. Ada beberapa perkara baru yang aku jumpa di PBAKL kali ini. Semalam kali pertama aku melihat orang datang ke pesta buku di Malaysia membawa beg beroda (mempunyai roda). Jika di Mesir, pemandangan ini adala biasa. Terutamanya bagi orang kita. Kerana mereka biasanya membeli buku banyak dan mereka mengisinya di dalam beg beroda. Paling kurang beg ...

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: Part II

Alhamdulillah, semalam aku sempat mengunjungi PBAKL 2010. Walaupun selama 3 jam aku berlegar2 di sana tapi bagai rasa tak puas. Rasa macam hendak pergi lagi sekali. Anyhow, ok jugalah PBAKL kali ini. Dewan Tun Abd Razak 2 digunakan semula pada tahun, jadi tidaklah sesak sangat seperti tahun lepas. Ada dua tiga buku yang menarik perhatianku, antaranya buku-buku Altas Sejarah Islam, terbitan satu pustaka dari Indonesia. Buku-buku itu amat menarik dan cantik. Cuma harganya agak mahal, lebih kurang satu RM200 lebih. Jadi tidak dapatlah aku membelinya. Aku tahu buku-buku itu asalnya berbahasa Arab. Mereka menterjemahkannya. Bagiku untuk sesiapa yang faham bahasa Arab lebih baik mereka membeli yang bahasa Arab walaupun terjemahannya lebih menarik. Bagi yang tidak faham, buku-buku itu bagus untuk dijadikan sumber maklumat baru tentang sejarah Islam. Dalam banyak-banyak buku, ada dua tiga buku yang menjadi pilihanku untuk kubeli. Iaitu buku-buku sejarah. Kebetulan keempat-empat buku yang kupil...

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: Part I

Mulai hari ini 19hb Mac 2010 hingga 28hb Mac akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 (PBAKL) di bangunan PWTC, KL. Inilah saat yang di tunggu-tunggu oleh ulat-ulat buku. Di sini, aku belum ada apa-apa komen tentangnya. Aku cuma mahu memperingatkan sahaja tentang tarikhnya. Kerana masih ada orang yang bertanya kepadaku tentangnya. Tentang komen tentangnya, insyaAllah di PBAKL part II. InsyaAllah petang ini atau esok pagi aku akan menyempatkan diri menjenguknya. Mudah-mudahan ada buku-buku yang menarik yang sesuai dengan aku yang boleh aku bawa pulang. Di sini pautan laman web rasmi PBAB. Dan di sini pula adalah pautan peta kedudukan gerai-gerai pameran.

Nasyid B. Inggeris Maher Zain (Mumtaz)

Assalaimu'alaikum. Aku tak pasti adakah dia sudah dikenali di Malaysia atau belum. Dan adakah lagu-lagunya telah dimainkan di ikim.fm. Kalau belum, anda boleh mendengarnya melalui pautan di bawah nanti. Bagiku lagu-lagunya best-best belaka dan berstandard barat betul. Jarang kita jumpa orang arab dapat menyanyikan lagu barat berstandard barat betul. Aku juga tak pasti tentang dirinya dan bila albumnya mula muncul. Aku mendapat maklumat tentangnya di blog teman aku. Nanti sesiapa yang ingin mendengar lagu-lagunya dalam MP3 boleh cek di blog teman aku itu. Menurut satu laman web dia orang Lubnan dan dia pernah menyanyi di USA. Albumnya mula muncul sejak Ogos 2009. Rupanya klip-klip lagunya pun sudah banyak di youtube. Bagi mereka yang memegang fatwa boleh muzik boleh layan lagu-lagunya. Tetapi bagi mereka yang memegang fatwa haram muzik sila abaikan sahaja posting ini. Senarai lagu-lagunya. 01. Always Be There.mp3 669.0KB 02. Ya Nabi Salam Alayka.mp3 749.9KB 03. Inshallah.mp3 670.7K...

Jangan Simpan Masalah

Kisah motivasi; Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?” “10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!” Murid-murid menjawab. Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit? “Tiada apa-apa!” Murid menjawab Kalau saya memegang selama setengah jam? “Tangan lenguh!” Murid menjawab, Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya? “Tidak!” murid menjawab. Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari? “Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas. Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?” Murid-murid mula pening, gilo ker apo? Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital? “Lepaskan sahaja gelas itu!” Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ...