Skip to main content

Buku yang Menarik

Bismillahirahmannirahim

Assalamualaikum wrt. wbt.

2-3 hari lepas semasa aku berjalan-jalan di K.L. aku telah membeli sebuah buku yang amat mengagumkan yang berjudul "Apa yang perlu dikatakan apabila anda berbicara dengan diri sendiri" oleh Dr. Shad Helmstetter yang judul asalnya "What to say when you talk to yourself" yang diterjemahkan oleh Paridah Suid. Walaupun buku ini sudah lama diterbitkan (sejak 1987 di USA, di Malaysia sejak tahun 2000) namun isinya masih lagi relevan.

Buku ini adalah buku tentang kaedah meningkatkan potensi diri melalui cara bicara kendiri iaitu bercakap dengan diri sendiri. Buku ini bukanlah buku motivasi. Kerana pengarangnya tidak yakin dengan kaedah memberi motivasi. Bukan juga buku tentang hipnosis, walaupun dalam kaedah hipnosis terdapat kaedah bercakap dalam diri. Yang dimaksudkan dengan bercakap dengan diri sendiri dalam buku ini adalah memprogramkan kata-kata positif ke dalam diri sendiri dengan diri sendiri tanpa bantuan orang lain atau pakar motivasi.

Luaran buku ini nampak biasa sahaha, tapi isinya setelah lama kelamaan dibaca boleh membuatkan kita merasa beryakinan dan asyik.

Buku ini dimulakan dengan fakta bahawa kebanyakan sikap dan kebiasaan kita sebenarnya lahir daripada pengaruh luar atau persekitaran kita yang membentuk pemikiran kita, ia ditanam ke dalam minda separa sedar tanpa kita sedari sejak kecil lagi. Maka kita membesar dengannya serta pemikiran-pemikiran tambahan yang lain sehinggalah pemikiran-pemikiran itu membentuk tindakan kita dan kepercayaan kita. Malah ia telah menjadi punca kepada kebanyakan sikap negatif dan masalah yang kita hadapi, seperti sikap kurang berkeyakinan diri, pelupa, gagal dan sebagainya. Maka untuk merubahnya, program-program positif baru perlu diprogramkan ke dalam diri kita. Iaitu dengan membuang penyataan-penyataan negatif dan menggantikannya dengan penyataan-penyataan positif yang diprogramkan melalui bicara kendiri.

Beberapa kaedah memprogramkan bicara kendiri telah diutarakan dengan cara amat sistematik di dalam buku ini. Buku ini bukanlah buku ilmiah. Olahan buku ini amat menarik sekali dan tidak menjemukan.

Penulis buku menyatakan bahawa bisnis buku motivasi di Amerika Syarikat mencecah USD200 juta setahun, iaitu bisnis yang sangat menuntungkankan, dan program ceramah-ceramah motivasi diadakan di sana sini. Namun semua itu tidak menjamin apa-apa perubahan kekal kepada sikap seseorang. Buku-buku ataupun ceramah-ceramah motivasi tidak dapat menyelesaikan masalah kecuali pada masa buku itu dibaca atau ceramah itu disampaikan. Dia memberikan satu perumpamaan. Iaitu seperti seorang yang makan masakan Cina. Semasa makan dia merasa sedap. Tetapi setelah seketika, nikmat sedap itu hilang. Maka inilah perbezaan buku ini. Kerana ia mengutarakan satu teknik yang agak berlainan dalam kaedah meningkatkan potensi diri. Aku amat mengesyorkan buku ini untuk dibaca oleh orang ramai(bagi yang belum baca).

Bagi umat Islam kita digalakkan mempositifkan pemikiran kita. Cuma kita perlu menambah rasa tawakkal selepas kita berazam untuk merubah diri kita. Firman Allah s.w.t. ”Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah s.w.t.”

Aku memberi buku ini lima bintang (*****).

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Membaca Novel

Ini adalah suatu topik yang telah lama aku pendamkan untuk menulisnya. Aku sering menangguhkan hasratku untuk menulisnya kerana sebelum ini aku tiada sokongan pendapat daripada orang lain. Namun baru-baru ini ketika aku sedang menyelak sebuah buku aku terjumpa suatu pendapat yang hampir serupa dengan pendapatku. Iaitu tentang kesan negatif membaca novel. Buku yang aku maksudkan adalah buku tulisan Dr. ‘Aidh Al-Qarni yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan judul “Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia”, (ianya kepunyaan seorang perempuan). Aku terpandang sedikit kata-katanya mengenai keburukan sesetengah novel. Iaitu baginya sesetengah novel boleh membuatkan manusia khayal, tidak berpijak di dunia yang nyata malah membahayakan diri mereka sendiri. Beliau berkatanya: “ Sesungguhnya kebahagiaan anda terletak pada ilmu pengetahuan dan pandangan hidup yang lurus, sedangkan hal seperti itu tidak diperolehi dari kisah-kisah romantic atau murahan yang membuat pembacanya mengkhayal dan melay...

Bahasa Arab Mesir

Umum mengetahui bahawa Mesir adalah sebuah negara Arab. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa bahasa pertuturan di Mesir bukanlah bahasa Arab yang biasa didengar atau dubaca; iaitu bahasa standard. Seperti bahasa Bahasa Al-Quran, Hadith, bahasa penulisan dan ucapan rasmi.Bahasa Arab pertututran di Mesir adalah bahasa Arab loghat atau dialek “”Ammiyyah”. Bagi sesetengah orang, mengertikannya bahasa pasar. Pokoknya ada banyak perubahan dan perbezaan antara bahasa Arab standard dan bahasa slanga sehingga tidak dapat difahami. Punca Bahasa Arab Mesir menjadi loghat ‘ammiyyah adalah kerana dikatakan Mesir pernah menjadi pusat ketamaddunan dunia, maka pelbagai bangsa pernah datang dan mereka memberi kesan kepada penambahan bahasa Mesir. Salah satu lagi faktor adalah kerana Mesir pernah dijajah dalam tempoh yang panjang oleh pelbagai penjajah asing. Perkara ini juga menyebabkan bahasa Mesir dimasuki oleh bahasa-bahasa penjajah asing itu. Maka menurut orang Mesir sendiri, bahasa Mesir adal...

Makkah dikejutkan dengan hujan lebat 2 jam

Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Makkah hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarng sekali menerima hujan. Cuaca panas di tanah suci Makkah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lalu dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam. Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Makkah, Aziziah, Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya. Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Makkah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam. Aliran trafik Kota Makkah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas. Kota Makkah berdebu berikutan pe...