Skip to main content

Tiba di Mesir


Di airport KLIA

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. kerana aku telah selamat sampai ke bumi Mesir pada waktu zohor waktu Mesir kelmarin. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Mesir yang amat masyhur dengan pelbagai sejarahnya ini. Tak sabar rasanya nak menerokai khazanah sejarahnya dan ilmunya.

Aku telah dijemput oleh dua orang penuntut Malaysia di Al-Azhar yang telah bersabar menantiku selama 2 jam di airport kerana penerbanganku yang telah lewat 1 jam.

Buat masa ini, tidak banyak cerita yang aku dapat kongsikan bersama tentang bumi Firaun ini. Kerana aku baru sampai di sini. Tiada apa yang boleh aku analisa. Buat masa ini, apa yang aku boleh beritahu ialah suhu di Kaherah adalah 37C. Jadi lebih kurang suhu Malaysialah. Walaupun agak panas. Tapi masih boleh ditanggung kerana di Kuala Lumpur pun suhunya lebih kurang je, malah terkadang boleh mencecah sampai 40C. Suhu malam di sini pula agak nyaman. Tiada hujan. Matawang di sini pula agak rendah. Dikatakan RM 1 = EGP 1.60. Ertinya Ringgit Malaysia lebih mahal 0.60 daripada EGP. Tapi dari segi nilai harga barang, tidak banyak perbezaan. Contohnya harga air mineral di kedai runcit biasa di sini bagi 600ml adalah EGP1.50. Di Malaysia pula RM1. Jadi lebih kurang sahaja. Perkara awal yang aku perhatikan ialah perbandaran di sini lemah. Tak bersih seperti Malaysia.

Aku buat masa ini tinggal di Malaysian Hall. Besar juga bangunannya. Makanan-makanan masakan Malaysia ada di situ. Masak kicap, masak lemak, masak sambal. Semuanya ada. Jadi dari sudut makanan aku tidak banyak menghadapi masalahlah. Tapi aku belum sempat menjamah makanan Mesir yang asli. Malah aku belum sempat berjalan-jalan di Bandar Kaherah kerana penuntut-penuntut Malaysia yang berada di Malaysia Hall yang boleh membawa aku bersiar-siar sedang mengikuti suatu kursus. Baiklah setakat ini buat hari ini tentang perjalananku di Mesir. Kalau ada cerita baru nanti aku akan tulis.

Transit di Bahrain



Bangunan baru di Bahrain

Bersama jemaah umrah Malaysia di Bahrain

Kelmarin aku transit di Bahrain. Negara arab yang terdiri dari dua buah pulau kecil yang terletak di tepi Teluk Arab. Negara arab ini agak dikenali walaupun saiznya yang kecil. Ianya bukan hanya kerana airportnya yang maju. Malah kerana kekayaan petrolnya. Walaupun negara ini kecil, keluasannya hanyalah 30 batu panjang dan 20 batu lebar, terdapat banyak bangunan mencakar langit yang moden sedang dibina di sana. Lautnya pun kelihatan seperti sedang ditambak. Nak buat macam Dubai kut gamaknya. Rakyatnya tak ramai. Perkara yang mengejutkan ialah jumlah rakyatnya hanya 800.000. dan rakyat asalnya hanya 300.000 sahaja!! Kedai-kedai kebanyakan diuruskan (mungkin dimiliki) oleh orang India.

Malam di Bahrain agak hidup. Ramai pekerja-pekerja asing, terutama dari India keluar membeli belah di pasar-pasarnya yang kebanyakan peniaganya pun dari India. Terasa seperti berada di India bila berada di pasar itu. (Aku memang pernah ke India. Bukan hanya jalan masjid India. Nantilah bila ada masa aku cerita tentang India pula) Suhu di Bahrain agak panas. 42C. Tengah malam terasa bahang. Apatah lagi siang hari. Sekian pula coretan untuk di Bahrain.

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Membaca Novel

Ini adalah suatu topik yang telah lama aku pendamkan untuk menulisnya. Aku sering menangguhkan hasratku untuk menulisnya kerana sebelum ini aku tiada sokongan pendapat daripada orang lain. Namun baru-baru ini ketika aku sedang menyelak sebuah buku aku terjumpa suatu pendapat yang hampir serupa dengan pendapatku. Iaitu tentang kesan negatif membaca novel. Buku yang aku maksudkan adalah buku tulisan Dr. ‘Aidh Al-Qarni yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan judul “Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia”, (ianya kepunyaan seorang perempuan). Aku terpandang sedikit kata-katanya mengenai keburukan sesetengah novel. Iaitu baginya sesetengah novel boleh membuatkan manusia khayal, tidak berpijak di dunia yang nyata malah membahayakan diri mereka sendiri. Beliau berkatanya: “ Sesungguhnya kebahagiaan anda terletak pada ilmu pengetahuan dan pandangan hidup yang lurus, sedangkan hal seperti itu tidak diperolehi dari kisah-kisah romantic atau murahan yang membuat pembacanya mengkhayal dan melay...

Makkah dikejutkan dengan hujan lebat 2 jam

Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Makkah hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarng sekali menerima hujan. Cuaca panas di tanah suci Makkah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lalu dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam. Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Makkah, Aziziah, Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya. Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Makkah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam. Aliran trafik Kota Makkah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas. Kota Makkah berdebu berikutan pe...

Google Earth Membuktikan Kebenaran Perintah Rasulullah

Assalamu'alaikum Sudah lama aku tidak mengupdate blog aku. Mungkin sudah lebih empat bulan. Sebenarnya punca aku tidak sempat mengupdate blog aku kerana aku tiada masa untuk melakukannya. Kerana sejak kebelakangan ini aku agak sibuk. Tetapi di sini aku telah jumpai satu artikel yang agak menarik yang boleh jadi bahan untuk aku mengupdate blog. Maka daripada tak ada bahan langsung, baik aku copy paste orang punya. Firman Allah Taala: Sungguh Kami ( sering ) melihat mukamu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai.Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang diberi Al Kitab ( taurat dan injil ) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. (Al-Baqarah : 144) Ketika semula arah kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis, Rasu...