Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Musim sejuk di Mesir 2008/2009

Semenjak bulan November lalu hingga kini, iaitu bulan Mac, musim sejuk di Mesir belum tamat-tamat. Mungkin bagi setengah orang, pengalaman melalui musim sejuk adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kerana kita di Malaysia sememangnya suka kepada udara sejuk, air sejuk dan sebagainya. Kali terakhir aku melalui musim sejuk adalah ketika aku di India. Bagi yang pernah mengalami musim sejuk, musim sejuk bukanlah suatu musim yang mengenakkan. Musim sejuk terkadang boleh menjadi musim paling menyiksakan. Kerana itu, banyak tajuk post-post teman-teman bloger Mesir aku berbunyi ‘Berperang dengan Musim Sejuk di Mesir’. Mungkin ada orang yang tertanya-tanya; adakah di Mesir ada musim sejuk? Persoalan ini mungkin timbul kerana kita biasanya membayangkan bahawa Mesir ini dipenuhi dengan padang pasir dan padang pasir biasanya disinominkan dengan panas. Namun realitinya tidaklah begitu. Kerana bukanlah seluruh Mesir ini dipenuhi dengan padang pasir. Malah tempat-tempat yang berdekatan sungai Nil adalah ...

Bahasa Arab Mesir

Umum mengetahui bahawa Mesir adalah sebuah negara Arab. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa bahasa pertuturan di Mesir bukanlah bahasa Arab yang biasa didengar atau dubaca; iaitu bahasa standard. Seperti bahasa Bahasa Al-Quran, Hadith, bahasa penulisan dan ucapan rasmi.Bahasa Arab pertututran di Mesir adalah bahasa Arab loghat atau dialek “”Ammiyyah”. Bagi sesetengah orang, mengertikannya bahasa pasar. Pokoknya ada banyak perubahan dan perbezaan antara bahasa Arab standard dan bahasa slanga sehingga tidak dapat difahami. Punca Bahasa Arab Mesir menjadi loghat ‘ammiyyah adalah kerana dikatakan Mesir pernah menjadi pusat ketamaddunan dunia, maka pelbagai bangsa pernah datang dan mereka memberi kesan kepada penambahan bahasa Mesir. Salah satu lagi faktor adalah kerana Mesir pernah dijajah dalam tempoh yang panjang oleh pelbagai penjajah asing. Perkara ini juga menyebabkan bahasa Mesir dimasuki oleh bahasa-bahasa penjajah asing itu. Maka menurut orang Mesir sendiri, bahasa Mesir adal...

Pengangkutan awam di Mesir

Pengalaman menaiki pengangkutan awam di Mesir pasti adalah antara topik yang suka diceritakan bagi orang asing yang tinggal lama di Mesir. Walaupun ianya agak menjengkelkan tapi ia tetap ada keistimewannya. Pelbagai pengalaman dapat dilalui ketika menaiki pengangkutan awam di Mesir. Inilah serba ringkas bingkisanku. Secara umumnya pengangkutan awam yang paling utama di Mesir adalah teksi, bas, dan van. Bagi aku yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, tentulah kederaan awam adalah kenderaan utama aku untuk ke mana-mana. Di kota Kaherah, oleh kerana penduduknya ramai, iaitu puluhan juta, maka pengangkutan awamnya pun banyak. Di kota kaherah sahaja, dikatakan jumlah teksi yang sedang berada di atas jalanraya adalah 80,000. itu tidak termasuk bas van dan sebagainya. Mungkin mencecah angka jutaan. Teksi di Mesir kebanyakkannya adalah kereta lama, iaitu model Fiat Lada, buatan tahun 70an. Bukan sahaja teksi, kereta biasa pun masih banyak kereta model itu. (lain kali aku cerita). Kondisin tek...

Kristianisasi di Iraq

Assalamualaikum wrt. wbt. Klip di bawah adalah suatu pendedahan sebenar daripada sebuah stesen TV di Eropah. Walaupun berita ini mungkin sudah agak lama disiarkan. Namun selagi tentera Amerika tidak keluar daripada bumi Iraq, gerakan kristianisasi pasti akan terus aktif di bumi Iraq. Mereka menyamar dengan pelbagai nama; sukarelawan perang, bantuan kemanusiaan dan sebagainya. Lihat klip ini sebagai bukti.