Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Antivirus Rohani

Antivirus apakah yang anda gunakan untuk diri anda? Sudah menjadi kebiasaan kita kita suka memberikan perumpamaan tentang manusia dengan benda-benda di sekeliling kita yang sering kita gunakan. Ia adalah suatu cara yang kreatif dan mudah difahami. Jika di zaman dahulu, orang melayu sering memberikan perumpamaan-perumpamaan dengan perkara-perkara disekeliling mereka seperti tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain. Bila zaman sudah agak maju sedikit, mereka menggunakan perumpamaan-perumpamaan dengan mengunakan benda-benda yang agak moden sebagai bahan perumpamaan. Seperti kereta, plastic, dan lain-lain. Contoh yang biasa kita dengar ialah… “sistem tubuh badan kita ibarat enjin kereta”, “Ibarat mencurah air ke atas plastik, dan sebagainya. Apabila zaman telah memasuki era IT, perumpamaan-perumpamaan baru yang sesuai dengan era ini pun timbul. Sebagai contoh, istilah “virus”. Walaupun istilah ini telah lama digunakan dalam bidang perubatan. Namun pengunaannya sejak era IT lebih banyak kede...

Kesan Membaca Novel

Ini adalah suatu topik yang telah lama aku pendamkan untuk menulisnya. Aku sering menangguhkan hasratku untuk menulisnya kerana sebelum ini aku tiada sokongan pendapat daripada orang lain. Namun baru-baru ini ketika aku sedang menyelak sebuah buku aku terjumpa suatu pendapat yang hampir serupa dengan pendapatku. Iaitu tentang kesan negatif membaca novel. Buku yang aku maksudkan adalah buku tulisan Dr. ‘Aidh Al-Qarni yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan judul “Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia”, (ianya kepunyaan seorang perempuan). Aku terpandang sedikit kata-katanya mengenai keburukan sesetengah novel. Iaitu baginya sesetengah novel boleh membuatkan manusia khayal, tidak berpijak di dunia yang nyata malah membahayakan diri mereka sendiri. Beliau berkatanya: “ Sesungguhnya kebahagiaan anda terletak pada ilmu pengetahuan dan pandangan hidup yang lurus, sedangkan hal seperti itu tidak diperolehi dari kisah-kisah romantic atau murahan yang membuat pembacanya mengkhayal dan melay...

Anekdot: Ramalan yang Tepat

Assalamu’alaikum wrt. Wbr. Sudah lama aku tidak mengupdate blog aku. Masalahnya adalah urusan-urusanku tidak mengizinkan aku untuk mencari idea-idea untuk menulis. Kebetulan baru-baru ini aku mendapat sedikit peluang. Lalu aku menyiapkan 3 artikel. Tapi malangnya setelah siap artikel-artikel itu, aku gagal mempostkannya. Aku tidak tahu apa puncanya. Setiap kali aku cuba sign in, aku gagal. Aku sangkakan server blogspot.com yang ada problem. Jadi ku biarkan. Namun tetap aku mencuba untuk beberapa hari sehingga seminggu. Tidak juga dapat. Tadi aku ke TM Point. Ketika di sana aku mencuba menggunakan internet freenya. Aku cuba sign in ke blogku, rupanya boleh. Rupa-rupanya tiada apa-apa masalah pada blogspot.com. Sahlah yang berproblem adalah PC aku. Artikel ini aku postkan menggunakan laptop orang lain. Genuhlah aku nanti. Jika setiap kali aku hendak post posting baru aku terpaksa pinjam laptop orang. Baiklah ini bingkisanku... Anekdot: Ramalan Islam yang tepat Baru-baru ini ketika aku s...