Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431H

Gambar Hukum Hudud di Somalia

Penduduk lihat hukuman rejam yang MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu. MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh. Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh. Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu. “Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman. “Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya. “Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan. “Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya. SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed. Sebelum d...

'Eid Mubarak

Syiekh Abu Bakar Awang Meninggal Dunia...Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

(Gambar: Abu Bakar dengan anak-anak muridnya) oleh: Ismail Hashim ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua. Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya. Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah. Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama. Sebaik kembali dari Ira...

Kita ibarat pinggan

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.. Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.. Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina.. Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga.. Namun jika...

Barzakh Airlines

Diadaptasi dari artikel berbahasa Indonesia. Gambar hiasan Jadual penerbangan tuan-tuan dan puan-puan tidak tertera di mana-mana, namun tuan-tuan dan puan-puan jangan bimbang, kerana nama tuan-tuan dan puan-puan telah ada direkodkan untuk perjalanan ini. Tuan-tuan dan puan-puan diharapkan sentiasa bersedia kerana tuan-tuan dan puan-puan akan berangkat pada bila-bila masa sahaja. Diharapkan, tuan-tuan dan puan-puan dapat menunggu di “jalan yang lurus” sehingga nama tuan-tuan dan puan-puan dipanggil. Informasi tentang perjalanan ini tidak dapat didapati daripada brosure-brosure penerbangan biasa, tetapi ia melalui Al-Qur’an dan Al-Hadis. Sila ambil perhatian, pesawat penerbangan tuan-tuan dan puan-puan bukan Air Asia Airlines, MAS Airlines, ataupun Firefly Airlines. tetapi Al-Jenazah Airlines. Tiada had berat bagi bagasi tuan-tuan dan puan-puan kerana bagasi tuan-tuan dan puan-puan bukan lagi beg-beg seberat 23Kg, tetapi amalan baik buruk tuan-tuan dan puan-puan semasa di dunia, tak leb...

Ta'ziah Buat Mangsa Gempa

Ta’ziah buat mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Kesedihan dan kesukaran yang kalian tanggung tentunya cukup besar. Kerana itu tiada kata-kata yang layak diungkap untuk menggambarkan rasa simpati. Semoga kalian bersabar terhadap ujian Allah s.w.t. Dan semoga Dia memberikan kalian yang ganjaran pahala yang besar ke atas kesabaran kalian.

Salam 'Edil Fitr

Jangan lawat Indonesia?

Isu kemarahan segetintir warga Indonesia terhadap rakyat Malaysia akibat iklan promosi Malaysia yang dibuat oleh Discovery Channel yang mengandungi ‘tarian Pentet’ yang akhirnya mengakibatkan Malaysia dan warganya diprovokasikan membuatkan aku rasa tidak selesa. Di sini, aku tidak hendak mengulas isu tersebut secara terperici. Mungkin orang lain boleh mengulasnya. Cuma apa yang aku ingin kongsikan di sini adalah tentang sedikit pendapatku dalam isu ini. Pagi tadi aku membaca beberapa sms yang dihantar oleh pembaca sebuah akhar tempatan kepada akhbar itu. Rata-rata mereka geram terhadap sikap segelintir rakyat Indonesia yang melakukan provokasi tersebut. Marah benar mereka. Tapi apa yang aku tertarik adalah ada satu surat yang disiarkan dari seorang pembaca yang menyarankan agar rakyat Malaysia tidak melawat Indonesia. Dia menyarankan agar rakyat Malaysia bertukar memilih untuk melawat negara-negara jiran Malaysia yang lain seperti Thailand, Singapore dan lain-lain. Bagiku, lihatlah aki...

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua rakan neters. Rasanya agak terlewat aku mengucapkan salam ’ceria’ ini. Maklumlah tidak berkesempatan. Namun, kalaupun terlewat, setidak-tidak aku telah mengucapkannya kepada semua sebelum Ramadhan lagi. Tetapi dalam bentuk e-kad. Dalam bentuk essay...inilah kali pertama aku mengucapkannya untuk tahun ini. Diam tak diam, tidak sampai separuh bulan sahaja kita berpuasa. Cukup pantas masa berlalu. Rasanya bagai belum terasa sangat kehangatan puasa kali ini, tidak lama lagi ia akan pergi. Tumpuan manusia pun belum penuh terhadapnya dan mereka kini beralih pula kepada tumpuan perkara lain. Iaitu persiapan hari raya. Bagi kakitangan kerajaan, mungkin ada di kalangan mereka memikirkan tentang adakah dapat bonus atau tidak raya kali ini. Bagi yang baru berkahwin; mungkin tentang beraya di mana tahun ini. Bagiku, pada awal Ramadhan tahun ini, masih terasa lagi akan suasana Ramadhan yang aku lalui di Mesir pada tahun lalu. Walaupun sudah setahun berlalu. S...

Ramadhan Kariiiiim!

An Exhortation

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia. Jangka hayat virus Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut. Apa yg perlu tahu ? Asal virus ini Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tang...

Promosi Hebat Sempena Ramadhan

Pengwarwaran: Seminar Takhrij Hadith

SEMINAR TAKHRIJ HADITH: REALITI DAN KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut: 1- Mendedahkan keperluan dan usaha takhrij hadith dalam masyarakat serantau. 2- Mengenal pasti peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat awam serantau. 3- Mengenal pasti cabaran dan rintangan dalam memastikan kesahihan hadith-hadith Nabi s.a.w TEMA "Ilmu Takhrij Pemangkin Keutuhan Maklumat" Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut: Ilmu Takrij Dan Kaedah-Kaedah Takhrij Keperluan dan Kepentingan Takhrij Di Institusi Pengajian Tinggi dan Dalam Masyarakat Awam Cabaran dan Permasalahan Dalam Mentakhrij Hadith Takhrij Menggunakan Kaedah ICT Keperluan Takhrij Dalam Bidang Aqidah, Fiqh, Tasawuf Keperluan Takhrij Kitab-Kitab Jawi Keperluan Takhrij Dalam Buku-Buku Bacaan Awam/ Surat khabar/majalah/khutbah Jumaat Bahaya Penyebaran Hadith-Hadith Pa...

Radio Islamik Online Negara Jiran

Siaran radio yang baik dari Pulau Batam, Indonesia. Siarannya penuh dengan bacaan-bacaan Al Quran, hadis, doa. Tidak dicemari dengan lagu-lagu yang melalaikan. Bagi sesiapa yang tinggal di selatan Johor, mereka boleh mencapai siarannya di 106.00 dan bagi sesiapa yang ingin mendengarnya melalui internet bolehlah ke http://www.hang106.com/

Diet Rasulullah S.A.W

Benefits: - Milk contains vitamins and minerals that fruits have. - Pressed Dates help the liver resist toxic elements using the anti-toxic or antibiotics that the dates contains. - Pressed dates help the body get rid of the harmful chemical elements that the body has to deal with, like the lead that a high rate of it in the body can cause renal failure.

Empayar Nestle (Mesti baca)

100 Tahun Yang Lalu Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu. Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun. Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja. Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan. Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir seti...

Keajaiban di peperangan Gaza

Assalamualaikum... Buat pedoman kita...yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah. yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang. Allah-hu-akbar. Keajaiban di peperangan Gaza Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza: Peristiwa 1 Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut danmemusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tib...

Indahnya Masjid Nabawi sekarang!

Tip berucap di khalayak ramai

Menurut kebanyakan pendapat, penyampaian ucapan atau ceramah yang baik bergantung pada tiga perkara utama: Siapakah yang menyampaikan? Bagaimanakah maklumat tersebut disampaikan? Apakah yang disampaikan? Jika diteliti, faktor orang yang menyampaikan diletakkan paling atas sekali dalam senarai. Mengapa? Lazimnya, apabila dimaklumkan bahawa akan ada satu ceramah di tempat anda, apakah perkara pertama yang akan anda tanya? Soalannya pasti "Siapa penceramahnya?" Identiti penceramah sangat penting kerana identiti merupakan daya penarik bagi penganjur untuk menarik lebih banyak penonton. Walaupun terdapat hanya seorang penceramah yang terkenal dan penceramah lain ialah penceramah biasa yang belum dikenali, daya tarikan dan reputasi penceramah utama tadi mampu untuk menarik kehadiran penonton. Situasi yang sama juga berlaku dalam penganjuran sesuatu konsert. Apabila tiket konsert mula dijual, penganjur akan meletakkan nama penyanyi yang paling terkenal di atas untuk menarik perhatia...

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

Assalaamu'alaikum Baru-baru ini, iaitu dari 17hb hingga 26hb April 2009, telah berlangsung di PWTC, KL, Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) 2009. Seperti biasa, lebih seminggu ianya diadakan, Dan seperti biasa, akulah orang yang jarang melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Namun tidak seperti pada PBAKL sebelum-sebelum ini, pada tahun ini, aku terlambat sedikit mengunjunginya. Aku mula menjengahnya pada hari ke 5. Tidak seperti biasa. Biasanya pada awal-awal ia dirasmikan aku telah menjengahnya. Ada banyak sebabnya mengapa kali ini aku terlewat sedikit. Antaranya, bajet buku aku untuk tahun ini sudah habis. Aku telah menggunakannya ketika aku mengunjungi pesta buku Mesir baru-baru ini. Sebab itulah semangat aku untuk membeli buku di PBAKL ini sudah tiada. Dan sebab itu jugalah aku melambatkan kunjunganku ke sana. Aku biasanya pada awal-awal PBAKL dirasmikan aku telah menjengahnya kerana aku tidak mahu terlepas buku-buku yang terkadang awal-awal lagi sudah kehabisan. Untuk mengela...

Selamat Tinggal Mesir

Assalamualaikum wrt. wbt . Agak lama aku tidak mengupdate blog aku. Sejak pulang ke Malaysia, minat dan keluangan masaku sudah tidak sama lagi sepertimana ketika aku di Mesir. Di Malaysia, walaupun aku mempunyai keluangan masa, namun semangat untuk mengupdate blog sudah berubah. Jangankan kata hendak mengupdate blog, hendak melayari internet pun jarang. Di sini aku cuba melakarkan sepatah dua kata agar ia dapat menjadi penerus semangat dan kesinambunganku untuk terus berkongsi bicara di ruang maya ini dan aku dapat terus bertitle 'blogger' (Walaupun selama ini aku belum layak bergelar dengan gelaran itu). Alhamdulillah aku telah selamat menjejakkan kakiku semula ke tanahairku Malaysia pada beberapa minggu lalu. Aku mengucapkan ‘Sayonara Mesir’ kepada tempat saudara-saudaraku seIslam di Mesir. Semoga kalian dirahmati, dilindungi Allah s.w.t dan jumpa lagi insyaAllah. Bersyukurlah aku selamat tiba di Malayisa. Alhamdulillah aku sihat, tidak mengalami apa-apa masalah perubahan cua...

Bersolat di Mesir

Mungkin agak pelik tajuk ini. Namun setelah aku terangkan nanti mungkin baru dapat difahami maksudnya. Bersolat di Mesir sebenarnya tiada apa-apa perbezaannya dengan solat di mana-mana. Orang Islam Mesir bukanlah bermazhab Maliki yang mempunyai banyak perbezaan solatnya dengan solat mazhab-mazhab lain. Contoh solat mazhab Maliki; tangan dilepaskan, jari digerakkan dalam tasyahhud dan sebagainya. Orang Mesir kebanyakkannya bermazhab…Syafie. Jadi cara mereka solat adalah sama dengan kita. Aku teragak-agak untuk mengatakan bahawa mereka bermazhab Syafie adalah kerana sepanjang aku solat subuh di masjid di Mesir hanya sekali sahaja imamnya membaca Qunut subuh . Namun sebenarnya bukanlah perkara ini yang ingin aku tonjolkan di sini. Apa yang aku ingin kongsikan adalah praktik mereka bersolat. Kelainan orang Mesir bersolat adalah antaranya; bagi pekerja atau peniaga yang tidak pergi solat berjemaah, mereka biasanya akan bersolat di kali lima kedai atau restoran mereka atau di mana-mana ruang...

Musim sejuk di Mesir 2008/2009

Semenjak bulan November lalu hingga kini, iaitu bulan Mac, musim sejuk di Mesir belum tamat-tamat. Mungkin bagi setengah orang, pengalaman melalui musim sejuk adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kerana kita di Malaysia sememangnya suka kepada udara sejuk, air sejuk dan sebagainya. Kali terakhir aku melalui musim sejuk adalah ketika aku di India. Bagi yang pernah mengalami musim sejuk, musim sejuk bukanlah suatu musim yang mengenakkan. Musim sejuk terkadang boleh menjadi musim paling menyiksakan. Kerana itu, banyak tajuk post-post teman-teman bloger Mesir aku berbunyi ‘Berperang dengan Musim Sejuk di Mesir’. Mungkin ada orang yang tertanya-tanya; adakah di Mesir ada musim sejuk? Persoalan ini mungkin timbul kerana kita biasanya membayangkan bahawa Mesir ini dipenuhi dengan padang pasir dan padang pasir biasanya disinominkan dengan panas. Namun realitinya tidaklah begitu. Kerana bukanlah seluruh Mesir ini dipenuhi dengan padang pasir. Malah tempat-tempat yang berdekatan sungai Nil adalah ...

Bahasa Arab Mesir

Umum mengetahui bahawa Mesir adalah sebuah negara Arab. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa bahasa pertuturan di Mesir bukanlah bahasa Arab yang biasa didengar atau dubaca; iaitu bahasa standard. Seperti bahasa Bahasa Al-Quran, Hadith, bahasa penulisan dan ucapan rasmi.Bahasa Arab pertututran di Mesir adalah bahasa Arab loghat atau dialek “”Ammiyyah”. Bagi sesetengah orang, mengertikannya bahasa pasar. Pokoknya ada banyak perubahan dan perbezaan antara bahasa Arab standard dan bahasa slanga sehingga tidak dapat difahami. Punca Bahasa Arab Mesir menjadi loghat ‘ammiyyah adalah kerana dikatakan Mesir pernah menjadi pusat ketamaddunan dunia, maka pelbagai bangsa pernah datang dan mereka memberi kesan kepada penambahan bahasa Mesir. Salah satu lagi faktor adalah kerana Mesir pernah dijajah dalam tempoh yang panjang oleh pelbagai penjajah asing. Perkara ini juga menyebabkan bahasa Mesir dimasuki oleh bahasa-bahasa penjajah asing itu. Maka menurut orang Mesir sendiri, bahasa Mesir adal...

Pengangkutan awam di Mesir

Pengalaman menaiki pengangkutan awam di Mesir pasti adalah antara topik yang suka diceritakan bagi orang asing yang tinggal lama di Mesir. Walaupun ianya agak menjengkelkan tapi ia tetap ada keistimewannya. Pelbagai pengalaman dapat dilalui ketika menaiki pengangkutan awam di Mesir. Inilah serba ringkas bingkisanku. Secara umumnya pengangkutan awam yang paling utama di Mesir adalah teksi, bas, dan van. Bagi aku yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, tentulah kederaan awam adalah kenderaan utama aku untuk ke mana-mana. Di kota Kaherah, oleh kerana penduduknya ramai, iaitu puluhan juta, maka pengangkutan awamnya pun banyak. Di kota kaherah sahaja, dikatakan jumlah teksi yang sedang berada di atas jalanraya adalah 80,000. itu tidak termasuk bas van dan sebagainya. Mungkin mencecah angka jutaan. Teksi di Mesir kebanyakkannya adalah kereta lama, iaitu model Fiat Lada, buatan tahun 70an. Bukan sahaja teksi, kereta biasa pun masih banyak kereta model itu. (lain kali aku cerita). Kondisin tek...