Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

Sempena kedatangan tahun hijrah 1430H ini, aku mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Hijrah' kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga tahun hijrah yang baru ini bakal membawa seribu keberkatan dan kerahmatan. Semoga dosa-dosa kita sepanjang tahun lalu kepada Allah s.w.t. diampunkan olehNya. Dan dosa-dosa kita sesama manusia dimaafkan oleh mereka. Diharapkan agar kita dapat membuka suatu lembaran baru dalam hidup kita. Jadikanlah kekurangan yang telah berlaku pada tahun lalu sebagai iktibar untuk kita melangkah dengan lebih maju ke hadapan. Semoga kita dapat meningkatkan prestasi kerja buat kita dan amal ibadah kita. Semoga Allah s.w.t. akan membantu kita dalam segala urusan kita. Terutamanya dalam usaha kita untuk menjadi di kalangan hamba-hambaNya yang ta'at, patuh dan bertaqwa kepadaNya. 'Kullu 'Am wa Antum Bikhair'

Gambar menyayat hati 1429/2008

Gambar yang menyayat hati yang telah berlaku pada 1429/2008 A man carries the body of a child recovered from the rubble of a destroyed house after an air strike in Baghdad’s Sadr City in Iraq on April 29, 2008. (REUTERS/Kareem Raheem)

Beraya Haji di Mesir

Assalamualaikum wrt wbt Maaf kerana baru-baru ini pada raya Aidil Adha aku terlupa untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam kerana aku terlalu leka. Bila aku teringat, sudah pun raya. Namun walaubagaimanapun aku berharap semoga sesiapa saja yang melakukan ibadah korban baru-baru ini ibadahnya diterima oleh Allah s.w.t dan diberikan ganjaran yang setimpal. Pada raya haji baru-baru ini, pengalaman aku beraya di Mesir agak berbeza dengan pengalaman aku beraya Aidilfitri. Kerana jika pada raya ‘Aidilfitri aku beraya di Kaherah, ibukota Mesir. Pada raya haji baru-baru ini aku beraya di luar Kaherah. Iaitu di suatu tempat bernama Syibin. Aku sengaja beraya di luar Kahrah untuk merasakan pengalaman baru beraya di Mesir. Syibin terletak lebih kurang 60km daripada Kaherah. Ia adalah sebuah bandar kecil tetapi bukanlah kampung. Memang terdapat beberapa kawasan pertanian sebelum memasuki pekan Syibin, tetapi kerana di dalamnya terdapat beberapa kilang besa...

DOWNLOAD EBOOK AL-MA'THURAT

Sila klik pada gambar untuk download ebook Al-Mathurat. Sila klik di sini untuk download MP3 Al-Ma'thurat .

Ibadah Korban Menurut Sunnah Rasulullah SAW

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w. Firman ALLAH S.W.T: “DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” - Surah al-Mulk: 2. Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut: 1. Waktu perlaksanaan ibadah korban. Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanaka...

Kisah Wanita Yang Selalu Bertutur Dengan Bahasa Al-Qur’an

Kisah ini amat menarik. Aku pernah membacanya dalam teks Bahasa Arab. Aku ingin menterjemahkannya tapi tak sempat. Semalam aku terjumpa terjemahannya dalam Bahasa Indonesia dalam satu laman web. Aku mengolahbahasakannya ke Bahasa Melayu. Marilah kita sama-sama menikmatinya. Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta’ala: “Aku berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam. Ketika aku berada di suatu sudut jalan, tiba-tiba aku melihat sesosok tubuh berpakaian yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Aku berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog aku dengannya beberapa saat. Dalam dialog tersebut wanita tua itu , setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an. Walaupun jawabannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, kerana tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya. Abdullah : “Assalamu’alai...

Tips Dakwah; Pengucapan Awam (Edisi Inggeris)

TECHNIQUES OF DA'WAH RELATED PUBLIC SPEAKING I - IMPORTANT TIPS 1. Body Language is very, very important. 2. It is preferable that the talk be given without the help of notes. 3. Speak without a podium to enable the audience to observe the body language. 4. Before beginning your speech, remove any disturbances that may cause obstruction or hindrance. II -PERSONAL APPEARANCE: 1. Keep a Beard.(Sahih Bukhari Vol. 7, Book of Dress, Chapter no. 64 and 65 Hadith no. 780 & 781) 2. It is preferable to wear a cap which is clean or cover your head.(if the label shows your intent, wear it!) 3. Wear formal clothes (avoid T-shirts, jeans and other casual wear). 4. Wear formal shoes (avoid track shoes, slippers, etc.). If footwear are not allowed, wear only clean, untorn socks. 5. Do not wear neck chains or wrist chains. 6. Avoid wearing glamorous things like shining watches, rings, etc. 7. Do not wear belts with big showy buckles. 8. Button your shirt (except for collar button, all the o...

Pepsi and Coca cola contains Pork extracts?

Related Article: http://wiki.answers.com/Q/What_does_Coca-Cola_have_that_other_sodas_do_not

Beraya di Mesir

Biar pun agak terlewat aku menulis posting ini, kerana raya sudah hampir habis. Tetapi memandangkan ada teman-teman yang menginginkan aku menceritakan tentang pengalaman beraya di Mesir, maka aku tuliskan juga topik ini sekadar yang aku mampu untuk tatapan semua. Beraya di Mesir sememangnya amat berbeza dari beraya di Malaysia. Ini kerana tiada dendangan lagu-lagu raya di mana-mana, tiada jualan murah atau jualan benda-benda lain yang berkaitan dengan raya dan tiada hiasan tertentu untuk raya. Keadaan hari-hari hampir dekat raya sama seperti hari-hari biasa. Tiada beza. Pada pagi raya, sebelum sembahyang raya diadakan, barulah ada suara-suara takbir berkumandang di corong-corong pembesar suara daripada masjid-masjid Mesir. Sembahyang raya tidak diadakan di dalam masjid. Sebaliknya diadakan di kawasan-kawasan lapang yang berdekatan dengan masjid. Seperti di tempat letak kereta ataupun di jalan-jalan raya yang luas yang bukan jalan utama (bagi masjid yang tiada tempat lapang berdekatan d...

Masjid Unik

Sekali tengok...macam bukit biasa. Rupanya sebuah masjid. Terletak di Ras, UAE.

Perasankah kita...

Perasankah kita semasa kita bangun tidur di waktu pagi kita masih lagi bernyawa? Sedangkan kematian boleh datang semasa kita tidur untuk kita terus tidak bangun. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t. kerana masih menghidupkan kita. Perasankah kita terhadap setiap angota badan kita dan fungsi-fungsinya? Siapakah kalau bukan Allah yang menciptanya dan memberikannya kepada kita. Perasankah kita pada setiap hari kita menggunakan air, udara, cahaya matahari dan nikamat-nikmat lain. Siapakah yang memberikannya kepada kita kalau bukan Allah s.w.t. Perasankah kita lidah kita masih boleh merasai makanan dan bertutur dan anggota badan kita tiada seinci pun yang mengalami kesakitan? Bayangkan jika nikmat lidah sudah tiada dan terdapat seinci di tubuh kita yang sedang mengalami kesakitan, walaupun ianya kecil, bukankah seluruh hidup kita akan susah? Perasankah kita bila kita sering melakukan dosa, Allah s.w.t. tidak terus mengambil tindakan terhadap kita? Malah Dia memberikan kita peluang untuk bertaub...

Catatan Subuh Syawal

Alangkah syahdunya perasaan di subuh syawal. Bukan kerana adanya laungan takbir yang bersambut-sambut di corong-corong pembesar suara dari masjid-masjid Mesir. Tiada laungan takbir yang bersambut-sambut di sini seperti di Malaysia. Kesyahduan itu timbul kerana hilangnya satu teman yang amat berharga di subuh ini. Perasaan ini mungkin sukar timbul di Malaysia. Kerana biasanya di subuh Syawal di Malayisa kita sibuk dengan pelbagai perkara. Teman yang aku maksudkan itu adalah Ramadhan. Dia tiada lagi setelah sebulan siang malam hidup bersamanya. Susah senang dengannya. Datangnya membawa rahmat. Melayannya membawa berkat. Setelah ia tiada lagi di pagi ini, agak sepi subuh pagi ini. Tapi itulah lumrah kehidupan. Setiap yang datang akan pergi. Kecuali Allah s.w.t. Aku teringat kata-kata Saidina Abu Bakar r.a. kepada Saidina Umar r.a. ketika Saidina Umar r.a. tidak dapat menerima kewafatan Baginda Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar r.a. berkata :“Sesiapa yang menyembah Muhammad sesungguhunya M...

Selamat Hari Raya 'Idilfitri

Assalamualaikum wrt wbt Sempena hari raya yang mulia ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia. Terutama kepada semua yang mengenali diriku dan kepada sesiapa yang melayari blog aku ini. Ku hulurkan sepuluh jari dari lebah Nil memohon jutaan kemaafan zahir dan batin atas segala kesilapan dan ketelanjuran. Semoga segala amal kebajikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan dapat diterima oleh Allah s.w.t.. Semoga Ramadhan berjaya meningkatkan keimanan kita dan menjadikan kita insan-insan yang jujur, ikhlas dan bertaqwa.

Berpuasa di Mesir

Assalamualaikum wrt. wbt. Minta maaf kerana sudah lama aku tak menghantar apa-apa posting ke blog ini. Ini disebabkan aku agak sibuk menyiapkan suatu tugasan. Di tambah pula dengan suasana sedang berpuasa yang tidak memungkinkan aku mencari idea untuk menulis. Kesilapan ingin menukar template blog kepada template baru membawa padah kerana aku tak dapat kembali ke template lama yang telah banyak aku tambah layoutnya. Sudah ku cuba banyak kali tapi gagal. Jadi semangat nak update blog pun berkurang. Tapi tidak mengapalah. Nanti aku akan cuba selesaikan masalah ini dengan cara lain. Alhamdulillah, tugasan aku sudah selesai. Maka bolehlah aku menarik nafas lega dan dapat menikmati hari-hari terakhir di bulan Ramadhan tahun ini di samping mengupdate blog aku. Bagai tak sedar, pejam celik, Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Tapi kali ini aku belum mahu membincangkan tentang raya. Nanti panjang posting aku dan menjemukan pula. Di sini aku cuma nak bercerita tentang bulan Ramadhan ...

Mantapkan Iman Kita

Bagaimanakah kita boleh mengetahui tentang kewujudan Tuhan jika tanpa orang lain memberitahu kepada kita? Bagaimanakah kita boleh mengetahui tentang sifat-sifat Tuhan jika tanpa ada kitab suci memberitahu kepada kita? Bagaimanakah kita tahu bahawa Tuhan bukan yang mereka orang kafir sembah? Bagaimanakah kita nak tentukan bilanganNya? Bagaimanakah kita boleh menetukan bahawa Tuhan tidak berbentuk? Bagaimanakah kita nak tahu bahawa Dialah yang mencipta alam semesta ini? Bagaimankah kita nak mengetahui bahawa Tuhan tidak mempunyai isteri dan anak? Nabi s.a.w. dan Quran turun untuk memberi petunjuk kepada kita. Selepas itu kita mempunyai akal untuk menemui jawapan-jawapan logik kepada soalan-soalan tadi. Maka secara logiknya marilah kita menjawab soalan-soalan tadi. Cubalah orang-orang kafir pula menjawab soalan-soalan tadi. Mereka boleh menggunakan logik untuk mencari jawapan mereka. Logik yang sebenar akan menyampaikan mereka kepada jawapan seperti kita. Tapi jika logik itu lojik separu...

Penemuan Pendeta Hindu

Cerita ini mungkin sudah lama di siarkan di mana-mana. Tapi aku baru sahaja dapat cerita ini dari temanku. Wallahu'alam tentang kesahihannya. Tapi cerita ini (kalau benar)agak menarik. Marilah kita sama-sama membacanya. Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad menulis dan menerbitkan buku berjudul Kalki Utar yang bererti Pembimbing Agung. Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki Utar. Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ...

Tiba di Mesir

Di airport KLIA Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. kerana aku telah selamat sampai ke bumi Mesir pada waktu zohor waktu Mesir kelmarin. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Mesir yang amat masyhur dengan pelbagai sejarahnya ini. Tak sabar rasanya nak menerokai khazanah sejarahnya dan ilmunya. Aku telah dijemput oleh dua orang penuntut Malaysia di Al-Azhar yang telah bersabar menantiku selama 2 jam di airport kerana penerbanganku yang telah lewat 1 jam. Buat masa ini, tidak banyak cerita yang aku dapat kongsikan bersama tentang bumi Firaun ini. Kerana aku baru sampai di sini. Tiada apa yang boleh aku analisa. Buat masa ini, apa yang aku boleh beritahu ialah suhu di Kaherah adalah 37C. Jadi lebih kurang suhu Malaysialah. Walaupun agak panas. Tapi masih boleh ditanggung kerana di Kuala Lumpur pun suhunya lebih kurang je, malah terkadang boleh mencecah sampai 40C. Suhu malam di sini pula agak nyaman. Tiada hujan. Matawang di sini pula agak rendah. Dikatakan RM 1 = EG...

Akibat Marah, kisah teladan

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu,pada setiap hari yang ia lalui tanpa ...

New Makkah insya Allah

7 alasan mengapa saintis percaya wujudnya tuhan

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta. Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan. Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini. Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan di...

Sirih: Hantaran Pertunangan

Baru-baru ni ada seorang hamba Allah tu hendak bertunang. Masa malam sebelum hari pergi ke rumah pihak perempuan, dia dimaklumkan oleh pihak perempuan bahawa adat negeri mereka biasanya mereka akan menerima hantaran sirih daripada pihak lelaki. Jadi terkejut juga si hamba Allah tu buat seketika. Mana nak cari sirih pada waktu malam tu. Tapi nasib baiklah pihak perempuan tidak strict sangat dengan adat tu. Mereka tidak kisah. Kalau tidak jenuh dia menggagau mencari di satu daerah. Tak sangka ada lagi adat yang tak jelas tujuannya yang masih dipakai di zaman ini. Nak kata syarat sah kawin tak juga. Nak kata ada orang yang nak makan tak juga. Nak kata bau wangi tidak juga. Dan nak kata untuk nak buat hiasan, tak kan nak suruh pihak lain siapkan? Jadi...susah. Inilah salah satu adat perkahwinan melayu yang tak dapat jelas tujuannya yang masih dikekalkan dalam masyarakat melayu. Kalau zaman dahulu takpelah perkara ini. Asal usul adat menghantar sirih pada zaman dahulu adalah disebabkan siri...

Terjemahan Nasyid Fi Lailatin Min Layali

Lagu ini kerap dikumandangkan di corong Radio Ikim.fm. Nyanyian Muhammad al-Hasyan. Aku terjemahkan untuk kita sama-ama menghayati maksudnya. Lirik asal arab في ليلة من الليال لست أدري ما إعتراني ظلمة تغمرني يا رب الأرض ضاقت والسماء وقلبي ما عرف الضياء والدمع بات يبكي يا إلهي عصيت والذنب كبير وإني في حزني أسير مقيد بذنبي يا رب فهل أستحق يا إلهي العفو مجرما مقر بالذنوب يا إلهي أنت الذي خلقتني ورحمتني ورزقتني دوما يا رب قد كنت معي لكنني نآيت عنك نسيت ما قد كان لك وسرت في طريقي يا إلهي واليوم يا ربي أعود من ظلمة خلف الحدود فالقلب منكسر وطرفي حائر وأنا الغريق فلا أرى إلا سواك لي منقذا لا ملجأ ولا منجى إلا أنت يا إلاهي يا إلاهي Terjemahannya Pada suatu malam, aku tidak tahu apakah yang tidak kena pada diriku. Tuhanku, kegelapan menyelubungiku. Bumi dan langit telah menjadi sempit. Hatiku pula tidak mengenali cahaya. Wahai Tuhanku. Airmataku menangis pada malam ini. Wahai tuhan, aku telah menderhakaimu. Dosaku besar. Aku terpenjara dalam kesedihanku. Tuhanku...

Subhanallah. Have No Excuse...

Untuk melihat lagi, sila klik di sini .

Youtube Islam

Klik di sini http://www.youtubeislam.com/

Musim durian tiba lagi.

Musim durain tiba lagi. Gerai-gerai durian pun tumbuh merata-rata macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Alhamdulillah tahun ini bekalan durian masih mencukupi. Semua orang dapat merasakan durian. Tak ada orang yang kempunan dari makan durian. Orang Malaysia masih dapat menikmati durian walaupun harganya sudah tidak dapat semurah dahulu lagi. Walaupun minyak petrol dah naik, orang masih membeli durian . Ramai orang masih macam biasa tetap berpusu-pusu mengunjungi gerai-gerai durian dan tidak mahu melepaskan peluang sekali-sekala ini. Macam-macam harga ada, start dari 1 biji RM10 hinggalah ke 10 biji RM10. Rakyat Malaysia patut bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana masih dikurniakan musim durian dan dapat menikmatinya. Nasib baik nasib durian tak jadi macam barang-barang makanan lain, yang kena soroklah...naik hargalah. Tapi bolehkah harga durian turun balik seperti dulu?

Buku yang Menarik

Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum wrt. wbt. 2-3 hari lepas semasa aku berjalan-jalan di K.L. aku telah membeli sebuah buku yang amat mengagumkan yang berjudul "Apa yang perlu dikatakan apabila anda berbicara dengan diri sendiri" oleh Dr. Shad Helmstetter yang judul asalnya "What to say when you talk to yourself" yang diterjemahkan oleh Paridah Suid. Walaupun buku ini sudah lama diterbitkan (sejak 1987 di USA, di Malaysia sejak tahun 2000) namun isinya masih lagi relevan. Buku ini adalah buku tentang kaedah meningkatkan potensi diri melalui cara bicara kendiri iaitu bercakap dengan diri sendiri. Buku ini bukanlah buku motivasi. Kerana pengarangnya tidak yakin dengan kaedah memberi motivasi. Bukan juga buku tentang hipnosis, walaupun dalam kaedah hipnosis terdapat kaedah bercakap dalam diri. Yang dimaksudkan dengan bercakap dengan diri sendiri dalam buku ini adalah memprogramkan kata-kata positif ke dalam diri sendiri dengan diri sendiri tanpa bantuan orang lain...

Berdialog dengan orang cina

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirahmanirrahim Setelah sekian lama membuka blog ini, ini barulah kali pertama aku sempat memasukkan satu posting untuk mengisinya. Sebenarnya aku rasa bukannya senang nak posting sesuatu ke dalam blog. Kerana aku fikir kalau setakat idea-idea yang remeh-temeh atau ayat tak power, bukan sekadar orang akan malas nak jenguk, malah mungkin ada orang akan mengkritik. Payah juga nak buat blog yang baik. Tapi masalahnya, kalau nak menulis posting yang menarik kena beri tumpuan masa yang lebih. Masa sukar dicari. Maka sukarlah nak memulakan langkah untuk menulis posting. Mengikut pemerhatianku ke atas blog-blog yang sedia ada ruang maya ini, blog yang berjaya mendapat perhatian ramai biasanya adalah blog yang menarik isinya selain mempunyai gaya penulisan yang formal, campur gaya pasar, serius, santai, simple atau tak panjang dan ada sikit unusr humor. Sukar nak buatkan? Apatah lagi bagi orang yang macam aku yang bahasa ibu angkat banyak sangat. Seperkara lag...